Ingin merasa pengalaman terjun udara di persekitaran yang selamat? AirRider merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Sama ada anda penerbang kali pertama atau penerbang profesional, semua orang dialu-alukan untuk merasai pengalaman penerbangan yang menarik. Bagi yang pertama kali mengikuti aktiviti ini, latihan secara menyeluruh disediakan sebelum sesi anda dan anda tidak perlu risau tentang apa pun kerana jurulatih yang berpengalaman akan menemani anda sepanjang masa dalam simulator itu. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda di media sosial dengan memuat naik gambar yang diambil oleh kamera yang ada di dalam tiub itu. Jika anda ingin melakukan aktiviti ini sepuas hati, anda dialu-alukan untuk meyertai komuniti iFley dan jadikannya sukan pilihan anda.
- Pakai pakaian yang selesa dan kasut yang elok.
- Barang perhiasan dan jam tangan adalah dilarang ketika sesi penerbangan.
- Anda hanya boleh menggunakan baucar ini 3 hari selepas tarikh pembelian.
- AirRider hanya memproses penebusan anda dari Isnin - Jumaat, 0900 - 1700.
- Semua tempahan memberi keutamaan kepada pelawat yang tiba terlebih dahulu.
- Peserta perlu menempah seawal 3 hingga 5 hari sebelum tarikh lawatan. Semua slot waktu bergantung kepada ketersediaan.
- Anda perlu ke meja penyambut tetamu untuk mendaftar masuk dan menandatangani surat pelepasan liabiliti.
- Setiap sesi penerbangan di dalam terowong angin hanya boleh menampung satu orang sahaja. Setiap peserta akan ditemani oleh salah satu pelatih yang bertauliah untuk membantu mereka.
- Keseluruhan aktiviti ini akan mengambil masa selama 1 jam dan 45 minit, bergantung kepada jumlah peserta dalam sesi yang anda tempah.
- Sila hadir 1 jam sebelum waktu penerbangan anda yang dinyatakan dalam pengesahan tempahan anda.
- Tiada sebarang pergantian atau pembayaran semula ke atas baucar yang tamat tempoh, pembatalan baucar atau kehadiran lewat.
- Sebarang penjadualan semula akan dikenakan yuran sebanyak RM20 kepada AirRider.
Waktu Operasi | 10:00-22:00. |
---|---|
Alamat | 1 Utama E, 圣雷, City, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. |
Kategori | Sukan Rekreasi. |