Tentang Genting Highlands Premium Outlets Cable Car

Genting Highlands Premium Outlet Cable Car, juga dikenali sebagai Awana SkyWay, adalah salah satu tarikan utama di Genting Highlands, Malaysia. Perkhidmatan kereta kabel ini menghubungkan Awana Station dengan SkyAvenue Station, yang terletak berhampiran dengan Genting Highlands Premium Outlets dan Resorts World Genting.
Pengunjung boleh menikmati perjalanan udara yang lancar dengan pemandangan indah kawasan bukit, hutan hujan tropika, dan pergunungan di sekitar Genting. Perjalanan ini biasanya mengambil masa kira-kira 10 minit, dan terdapat dua jenis gondola: gondola standard dan gondola kaca (glass floor gondola) yang membolehkan pemandangan lebih jelas ke bawah.
Kereta kabel ini juga berhenti di Chin Swee Station, yang membolehkan pengunjung singgah untuk melawat Tokong Chin Swee yang terkenal. Sistem Awana SkyWay direka untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung, dengan kapasiti membawa ribuan penumpang setiap jam, menjadikannya salah satu pilihan pengangkutan yang paling mudah dan mesra alam untuk ke Genting Highlands. Anda boleh menempah tiket Awana SkyWay bersamaan dengan tiket Cable Car.
Dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau, kereta kabel ini merupakan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang mengunjungi Genting Highlands.
Harga Tiket Cable Car Genting Highlands Premium Outlet
- Kereta Kabel Outlet Premium Genting Highlands - Gondola Standard (Perjalanan Pergi-balik) : RM17.97
- Sehala (Gondola Standard) : RM10.00
- KOMBO DUA TARIKAN: Kereta Kabel Outlet Premium Genting Highlands Sehala + Taman Tema Tertutup Skytropolis (Malaysia) : RM 72.87
- KOMBO DUA TARIKAN: Genting SkyWorlds + Kereta Kabel Outlet Premium Genting Highlands Sehala (Malaysia) : RM 144.71
- KOMBO DUA TARIKAN: Genting SkyWorlds + Kereta Kabel Outlet Premium Genting Highlands Pergi-balik (Malaysia) : RM 154.70
- KOMBO TIGA TARIKAN: Genting SkyWorlds + Taman Tema Tertutup Skytropolis + Kereta Kabel Outlet Premium Genting Highlands Sehala : RM 228.58
Waktu Operasi Cable Car Genting Highlands Premium Outlet
Destinasi menarik ini dibuka setiap hari dari Minggu hingga Isnin, dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Sedangkan Stasiun Chin Swee - dimana pengunjung boleh melawat tokong - buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 7.30 malam. Maka dari itu, jika Anda ingin sekaligus melawat tokong, hindarkan datang terlalu pagi atau terlalu malam.
Aktiviti Menarik Sekitar Perkhidmatan Genting Highlands Premium Outlet Cable Car

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan tarikan yang boleh dinikmati di sekitar Genting Highlands Premium Outlet Cable Car, yang menjadikan kawasan ini destinasi pilihan ramai pelancong. Berikut adalah beberapa aktiviti dan tarikan utama:
1. Menaiki Kereta Kabel Genting
Perjalanan dengan kereta kabel memberikan pemandangan menakjubkan dari atas hutan hujan tropika dan landskap bukit-bukit. Terdapat dua jenis gondola yang boleh Anda pilih iaitu:
Gondola Standard
Gondola ini ialah pilihan biasa untuk menaiki Awana SkyWay Genting. Ia menawarkan tempat duduk yang selesa dan pemandangan panorama yang cantik dari ketinggian, dan memuatkan sehingga 10 orang.
Gondola Lantai Kaca (Glass Floor Gondola)
Gondola ini dilengkapi dengan lantai kaca yang membolehkan anda melihat terus ke bawah ketika perjalanan. Pengalaman ini lebih menakjubkan kerana anda boleh melihat hutan tropika di bawah kaki anda. Gondola ini pun memuatkan sehingga 10 orang.
2. Membeli Belah di Genting Highlands Premium Outlets
Sebaik tiba di Genting Highlands Premium Outlets, anda boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Di sini, terdapat pelbagai jenama mewah dan terkenal dengan potongan harga yang besar. Outlet ini menawarkan lebih daripada 150 kedai fesyen, barangan sukan, dan aksesori.
3. Bermain di Resorts World Genting
Setelah menaiki Awana SkyWay hingga ke stesen terakhir di SkyAvenue, anda akan tiba di Resorts World Genting. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti kasino, taman tema dalaman Skytropolis, serta pelbagai hiburan lain yang sesuai untuk seisi keluarga.
4. Bermain di Taman Tema Skytropolis
Ini adalah taman tema dalaman yang terletak di Resorts World Genting. Ia menawarkan pelbagai permainan dan tunggangan menyeronokkan untuk semua peringkat umur, termasuk roller coaster, carousel, dan permainan interaktif yang mengasyikkan.
5. Lawatan ke Tokong Chin Swee
Awana SkyWay berhenti di Chin Swee Station, membolehkan anda melawat Tokong Chin Swee yang terkenal dengan seni bina tradisional China yang indah. Di sini, anda boleh menikmati suasana yang tenang sambil melihat pemandangan pergunungan yang memukau.
6. Family Time di Genting SkyWorlds Theme Park
Taman tema terbuka yang baru ini adalah tarikan yang sangat dinanti-nantikan, menampilkan tunggangan yang berinspirasi dari filem-filem popular. Ini memberikan pengalaman taman tema yang mengasyikkan dan menyeronokkan bagi keluarga dan pelawat dari semua peringkat umur.
Tips Melawat Genting Highlands Premium Outlet Cable Car

Jika anda merancang untuk melancong ke The Top Penang, terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menjadikan percutian anda lebih selesa dan menyeronokkan:
1. Bawa Tiket Digital
Anda boleh membeli tiket secara online melalui aplikasi seperti Traveloka untuk mengelakkan beratur di kaunter. Tiket digital lebih praktikal dan mudah diakses.
2. Bawa Kamera
Kereta kabel menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari bukit-bukit Genting Highlands. Jadi jangan lupa untuk membawa kamera atau telefon bimbit anda. Pemandangan dari dalam kereta sangat sesuai untuk diabadikan, jadi pastikan bateri anda penuh!
3. Beli Cenderamata
Jangan lepaskan peluang untuk membeli cenderamata setelah menikmati pengalaman anda di kereta gantung Genting Highland. Terdapat pelbagai souvenir unik dan menarik yang mencerminkan budaya dan sejarah Melaka, seperti kraftangan, keychain, dan makanan tempatan.
4. Gunakan Pakaian yang Selesa
Pastikan anda memakai pakaian yang selesa kerana anda mungkin perlu beratur sebelum masuk. Selain itu, jangan lupa untuk mengoleskan sunscreen pada kulit anda untuk melindungi daripada sinaran matahari, terutama jika anda mengunjungi pada waktu siang.
Lokasi & Cara Naik Cable Car Genting Highlands Premium Outlet
Genting Highlands Premium Outlet Cable Car terletak di Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Terdapat beberapa cara untuk sampai ke Genting Highlands Premium Outlet Cable Car (Awana SkyWay), bergantung kepada lokasi anda dan jenis pengangkutan yang anda pilih:
1. Go Genting Express Bas
Dari Kuala Lumpur (KL Sentral / Gombak / Terminal Bersepadu Selatan), naik bas ekspres dari KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), atau stesen LRT Gombak terus ke Genting Highlands. Kebanyakan bas berhenti di Awana Bus Terminal, yang terletak bersebelahan dengan Awana SkyWay Station. Dari terminal bas, anda boleh terus ke stesen Awana SkyWay untuk menaiki kereta kabel menuju ke Genting Highlands.
2. Teksi Konvensional atau Perkhidmatan E-Hailing
Anda boleh menempah teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke Awana SkyWay Station. Dari Kuala Lumpur, perjalanan dengan teksi biasanya mengambil masa 45 minit hingga 1 jam, bergantung kepada trafik.
3. Pakej Lawatan / Shuttle Genting
Beberapa agensi pelancongan dan Resorts World Genting menawarkan pakej lawatan yang termasuk pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands. Selain itu, terdapat juga shuttle service yang disediakan oleh Genting untuk perjalanan dari Kuala Lumpur dan tempat lain di sekitar Lembah Klang ke Genting Highlands.
4. Keretapi + Bas (KTM Komuter / LRT)
KTM Komuter / LRT ke Gombak: Anda boleh menaiki KTM Komuter atau LRT ke stesen Gombak. Dari stesen Gombak, naik bas ke Genting Highlands, yang akan berhenti di Awana Bus Terminal, berhampiran stesen Awana SkyWay.
5. Kereta Sewa
Memandu dari Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada trafik. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8), kemudian keluar di persimpangan Genting Highlands. Ikuti papan tanda menuju ke Awana SkyWay Station yang terletak berhampiran Genting Highlands Premium Outlets. Awana SkyWay Station menyediakan tempat letak kereta yang luas, jadi anda boleh meletakkan kereta anda di sini sebelum menaiki kereta kabel ke atas.
Setelah sampai di Awana SkyWay Station, anda boleh terus menaiki kereta kabel untuk menuju ke Genting Highlands Premium Outlets dan destinasi lain di atas bukit seperti Resorts World Genting atau Skytropolis.
Genting Highlands Premium Outlets Cable Car adalah adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi Anda yang ingin menikmati keindahan Genting Highlands dari ketinggian. Anda akan merasai pengalaman unik sambil menikmati pemandangan menakjubkan seluruh Genting Highlands. Genting Highlands juga menawarkan pelbagai tarikan menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur, menjadikannya tempat yang popular untuk keluarga dan pelancong.