Lakukan aktiviti luar yang aktif dan seronok di sekitar Ulu Geruntum, Perak! di dalam lawatan ini, anda akan berakit melalui jeram gred I - III di Sungai Kampar sambil ditemani jurupandu arah yang diiktiraf dan berpengalaman. Makan tengah hari akan dihidangkan sebelum ana meneroka Gua Kandu. Amati laluan gua di dalam Gua Kandu apa bila anda merangkak, menyelit dan menggelongsor melalui mereka. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk pengalaman aktiviti luar yang menyeronokkan.
- Peserta mesti mempunyai kadar kecerdasan yang baik kerana aktiviti ini khusus untuk mereka yang sukakan cabaran.
- Sila nyatakan dalam ruangan permintaan tambahan jika peserta mempunyai batasan diet tertentu (contoh: vegetarian)
- Peserta boleh membeli gambar setelah tamat aktiviti (bergantung kepada ketersediaan)
- Sekiranya anda ingin ke Gua Tempurung, sila maklumkan melalui alamat emel book@riverbug.asia atau hubungi talian +6 012 313 1006. Untuk pakej ini, penerokaan Gua Tempurung mengambil masa 1 1/2 jam sahaja.
Peserta perlu membawa:
Sandal bertali.
Seluar pendek dan kemeja-T (pakai warna yang gelap)
Pakaian mandi
Topeng muka (disarankan)
Baucar pembayaran/perkhidmatan
Duit tambahan
Ubat menghalang gigitan serangga
Losyen penghalang cahaya matahari
Sepersalinan pakaian
Tuala
Topi
Alamat | Gopeng, Perak, Malaysia. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |