Keluar dari zon selesa anda dan bina keyakinan diri dengan cabaran tali di The Top, Menara Komtar, Pulau Pinang. Terdapat enam aktiviti yang unik iaitu, The Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X Point, Z-wire dan G-rocky, yang mempunyai cabaran dan tahap kesukaran yang tersendiri. Apabila anda tiba di titik terakhir, anda boleh melihat pemandangan Pulau Pinang yang menakjubkan sebagai hadiah kerana telah melepasi salah satu sukan platform beraltitud tinggi di Asean. Bawa rakan serta keluarga anda untuk berseronok bersama.