Ada sebab mengapa El Nido terkenal dalam kalangan para pelancong:
ia mempunyai formasi batu yang hebat, cenuram batu kapur yang tidak disentuh, pantai pasir putih halus, terumbu karang yang berwarna warni dan perairan yang biru dan jernih. Selain itu, El Nido mempunyai kehidupan liar yang pelbagai di darat dan juga di dalam laut. Terokai khazanah semula jadinya dengan mengikuti lawatan ini yang akan membawa anda ke beberapa lagun dan pulau, di mana anda boleh selam snorkel, berenang, berjemur, berjalan-jalan, melihat haiwan-haiwan yang ada serta meninggalkan segala kerisauan anda buat seketika.
- Bawa baju mandi, sepersalinan pakaian, topi, dan krim pelindungan matahari.
- Air botol dan plastik tidak dibenarkan di kesemua lawatan.
- Air yang ditapis akan disediakan di dalam cawan yang boleh dikitar semula atau anda boleh bawa botol anda sendiri.
- Utamakan kebersihan dan bawa pulang sampah anda ke bandar untuk dibuang dengan betul.
Berikut merupakan perkara yang tidak termasuk di dalam pakej anda:
- Permit pejabat “PAO-Protected Area” untuk setiap lagun (P200 untuk setiap orang).
- Yuran Pembangunan Eko-Pelancongan ETDF (P200 untuk setiap orang/bayaran satu kali untuk kesemua pulau yang dikenakan ETDF, sah untuk 10 hari).
- Sewaan kayak (P200 untuk lagun kecil atau P250 untuk lagun besar).
- Penghantaran pulang ke hotel.
Alamat | El Nido, Palawan, Philippines. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |