Phuket adalah gabungan sempuran percutian yang menyeronokkan dan bandar yang kaya budaya untuk diteroka. Pada satu masa dahulu bandar ini terletak dalam laluan perdagangan yang makmur di antara India dan China, Phuket telah mewarisi kepelbagaian budaya yang masih ada hingga kini.
Bermula daripada Laem Thap dan teruskan kayuhan melalui jalan pantai ke Koh Sirey, di mana terletaknya komuniti Chao-Le atau gipsi laut. Di sini anda dapat melihat bagaimana kehidupan mereka sangat harmoni dengan laut. Daripada tempat ini juga anda boleh lihat replika mini Golden Rock - yang diinspirasikan daripada kuil di Myanmar. Kemudian anda boleh lihat lebih dekat monyet-monyet dan berjalan di sepanjang pelabuhan nelayan untuk menyaksikan banyak ikan-ikan segar dibawa masuk. Selepas itu teruskan kayuhan ke pusat bandar dan lihat kepelbagaian budaya dalam seni bina Sino-Portuguese, makanan dan adat-resam keagamaan. Di sini juga anda akan dapat pelajari tentang sejarah Phuket di Muzium Thai Hua dan memberi penghormatan di Kuil Jiu Tui, yang terkenal dengan Phuket Vegetarian Festival. Sebelum menamatkan lawatan, lawatan taman rekreasi Saphan Hin, dan barulah ke Khao Khad - anjung tinjau yang popular yang menawarkan pemandangan laut Phuket yang menakjubkan.
- Peserta akan berbasikal secara santai dengan pelbagai tempat berhenti untuk bergambar dan minuman.
- Perjalanan sejauh 27-km ini termasuklah dengan jalan yang dalam berkeadaan baik, walaupun ada sedikit yang berbukit untuk sampai ke tempat pemandangan menarik.
- Basikal gunung standard termasuk dalam lawatan. Dua saiz basikal elektrik (E-basikal) juga boleh disewa. (Saiz S ialah 155 - 170 cm, dan saiz M adalah 171 - 180 cm.)
Waktu Operasi | 08:00-14:00. |
---|---|
Alamat | 194 Soi 6 Si Sunthon, Thalang District, Phuket 83110. |
Kategori | Sukan Rekreasi. |