Kaya dengan lanskap semula jadi dan nilai-nilai budaya yang tinggi, daerah Ninh Binh ialah tempat di mana impian setiap pengembara menjadi nyata. Anda boleh lawati Bai Dinh Pagoda, kompleks tokong agama Buddha yang terbesar di Vietnam yang bukan hanya terkenal kerana nilai sejarahnya tapi juga strukturnya yang sangat mengagumkan. Kemudian, anda akan dibawa ke Trang An untuk menjelajahi groto atau lawati lokasi penggambaran filem blockbuster Hollywood iaitu "Kong: Skull Island". Ini adalah pengalaman yang tak patut dilepaskan!
- Kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa pada setiap masa.
- Masuk percuma untuk 1 kanak-kanak di bawah umur 6 tahun apabila disertai oleh 2 orang dewasa yang membayar.
- Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pulang hanya tersedia untuk hotel yang terletak di Old Quarter dan Hanoi Opera House.
- Pengambilan dan penghantaran pulang di lokasi di luar kawasan yang ditetapkan akan dikenakan caj tambahan. Sila berikan butiran lokasi anda di bahagian "Special Request".
- Sila maklumkan di bahagian "Special Request" jika anda mempunyai sebarang alergi makanan atau apa-apa keperluan pemakanan tertentu.
- Hidangan vegetarian disediakan. Sila tempah 2 hari lebih awal dan memberitahu jika ada permintaan tambahan yang diperlukan.
Apa yang perlu dipakai:
- Pakaian konservatif
- Baju atas yang menutupi bahu
- Bahagian bawah yang menutupi lutut dan buku lali
- Tiada seluar pendek untuk lelaki atau skirt pendek untuk wanita
- Kasut tertutup
Alamat | Gia Sinh, Gia Viễn, Gia Sinh Gia Viễn Ninh Bình 432449, Vietnam. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |