Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui tentang sejarah dan budaya kopi Vietnam. Lawatan ini akan membawa anda ke beberapa kedai kopi di Saigon untuk merasa beberapa jenis kopi vietnam yang disediakan melalui cara yang berbeza. Sambil itu, anda juga boleh mendengar anekdot yang menceritakan tentang sejarah dan budaya kopi Vietnam. Lebih menyeronokkan lagi, anda akan berpeluang untuk menyaksikan proses pembuatan kopi oleh penduduk tempatan dan melihat bagaimana ia berkait dengan kehidupan mereka. Ia pasti pengembaraan yang seronok bagi peminat kopi!
- Ini merupakan lawatan persendirian.
- Penjemputan dan penghantaran pulang ke hotel secara percuma disediakan di hotel-hotel yang terletak di District 1, 3, dan 5.
- Penjemputan dan penghantaran pulang di lokasi di luar kawasan yang dinyatakan akan dikenakan bayaran tambahan. Sila berikan maklumat lokasi di ruangan "Additional requests".
- Jadual waktu lawatan: Pagi (jam 08:00 - 12:00), tengah hari (jam 13:00 - 17:00) dan petang (jam 18:00 - 22:00).
- Sekiranya anda mempunyai keperluan diet anda yang khusus, sila nyatakan di ruangan "Additional requests" ketika urusan penempahan dibuat.
- Gambar yang diambil ketika lawatan anda akan diemel kemudian.
- Kanak-kanak perlu ditemani oleh seorang dewasa.
- Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.
Alamat | 2nd Floor 6/28 Cách Mạng Tháng 8, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |