Daftar masuk lebih awal, masa lebih terkawal.
Daftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang dan akses pas masuk dengan mudah melalui Traveloka. Lebih tenang tanpa perlu terkejar-kejar.
Melalui menu Tempahan Saya atau Daftar Masuk Web di laman utama, buka e-tiket dan tekan Daftar Masuk Web.
Setelah anda bersetuju dengan Polisi Daftar Masuk Web, isi butiran daftar masuk anda. Kemudian, tekan Daftar Masuk.
Jika daftar masuk anda berjaya, anda akan dapat melihat pas masuk melalui e-tiket. Pas masuk juga akan dihantar ke emel anda.
Melalui e-tiket, anda dapat melihat, memuat turun, atau menghantar pas masuk kepada penumpang lain dalam tempahan anda.
Cetak pas masuk anda
Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda mencetak pas masuk sendiri manakala sesetengah lagi mungkin mewajibkan anda untuk mencetak pas masuk di kaunter daftar masuk lapangan terbang.
Sediakan dokumen perjalanan anda
Walaupun anda telah melakukan daftar masuk web, anda tetap perlu menyediakan dokumen perjalanan seperti dokumen pengenalan, pasport, visa, atau sijil kesihatan yang sah.
Daftar masuk bagasi di lapangan terbang
Jika anda membawa bagasi, pastikan anda mendaftar masuk bagasi anda di kaunter daftar masuk atau kaunter penyerahan bagasi lapangan terbang sebelum kaunter ditutup.
Sahkan maklumat penerbangan anda di lapangan terbang
Pintu masuk pesawat mungkin berubah tanpa sebarang notis. Sila semak dan sahkan maklumat penerbangan anda sejurus selepas anda tiba di lapangan terbang.
Tiba di pintu masuk pesawat tepat pada masanya
Semak waktu masuk pesawat yang tertera pada pas masuk anda. Pastikan anda tiba di pintu masuk pesawat sebelum pintu ditutup.