Mengaku atau tidak, apabila anda terfikirkan resort, anda pasti terbayangkan penginapan di tepi pantai. Tapi siapa kata resort yang ‘best’ hanya di tepi pantai?
Malaysia sebenarnya ada banyak resort tanpa pantai yang menawarkan keseronokkan dan ketenangan yang sama. Di sini, kami senaraikan antara resort terbaik di tepi tasik indah dan padang golf, atau tersembunyi di sebalik hutan hujan yang nyaman, khas untuk anda yang mahukan penginapan yang lain daripada yang lain:
Rehat dan bersantai di vila tepi tasik Mangala Resort & Spa yang direka khas dengan kolam dan beranda peribadi supaya anda boleh menikmati pemandangan tanpa gangguan. Jika anda alami tekanan, biar profesional di Mangala Spa memberi urutan yang menghilangkan kebimbangan anda. Untuk memenuhkan masa terluang anda, cuba aktiviti mengayuh basikal dan kayak atau melawat tarikan berdekatan, seperti Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah dan Pusat Perlindungan Penyu Cherating.
Kadar bermula dari: RM580++
*****
Le Grandeur Palm Resort hanya 3 minit dari Lapangan Terbang Senai dan semua kemudahan yang anda perlukan, dari spa dan kolam renang hingga golf dan restoran. Pusat Aktiviti & Sukan menawarkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi termasuk tempat bermain bowling dan taman permainan. Tapi jika anda mahu menjelajah Johor Bahru, ia hanya 30 minit dari resort ini.
Kadar bermula dari: Rm160++
*****
Di Meru Valley Resort, lapangan golf bertaraf antarabangsa berada di hadapan pintu anda, di samping pelbagai kemudahan yang baik, seperti gelanggang tenis dan gim. Suit-suit dan vila modennya selesa dan dengan citarasa yang baik untuk hiasan perabotnya, bagi memastikan anda mendapat kegembiraan dan rehat yang anda perlukan.
Kadar bermula dari: RM330++
*****
Pulai Springs Resort adalah sebuah resort golf dan rekreasi bertaraf dunia yang direka bentuk dengan gaya istana Melayu diraja tradisional. Terletak dalam hutan tropika di luar Johor Bahru, suit pangsapuri gaya pangsapuri yang selesa ini merupakan gabungan mewah, moden dan sedikit suntikan reka bentuk tradisional. Bagi mereka yang sukakan masakan Cina, kunjungi Qing Palace Chinese Restaurant yang mengkhusus dalam hidangan Szechuan.
Kadar bermula dari: RM150++
******
Bawa bersama kasut koboi anda dan bersiap-siap untuk berseronok di Eagle Ranch Resort bagi anda yang sukakan filem-filem koboi. Antara log kabin, chalet paddock, kereta kuda, atau khemah teepee, pastianda sukar untuk memilih tempat untuk menginap. Kalau anda sukakan bilik mandi yang privisi, jangan risau, semua bilik dilengkapi dengan bilik mandi dalam suit.
Kadar bermula dari: RM80++
*****
Berehat sambil berendam dalam kolam air panas semula jadi di The Retreat Hotsprings Banjaran, yang terletak di lembah yang dikelilingi oleh batu kapur. Di sini, anda boleh menyegarkan diri dengan air panas terapeutik atau berenang di air terjun. Vila-vila mewah di resort ini menawarkan privasi sepenuhnya, sementara spa menyediakan kebahagiaan yang tidak terhingga dengan menggabungkan Perubatan Tradisional Cina, terapi Ayurveda, ritual penyembuhan Melayu dalam rawatannya.
Kadar bermula dari: RM1,400++
*****
Selamat datang ke destinasi tropika yang tersembunyi dari permodenan. Di Aiman Batang Ai Resort, anda mengelilingi diri anda dengan kedamaian hutan yang belum diterokai. Berjalan melalui hutan dengan Canopy Walk. Untuk pemandangan matahari terbenam yang terbaik, "tanju" (beranda) adalah tempat yang sempurna untuk melihat pemandangan tasik dan resort. Anda juga pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasai masakan Sarawak yang terkenal di Restoran Nanga Mepi, seperti ayam yang dimasak dalam buluh.
Canopy walk.
Kadar bermula dari: RM330++
*****
Terletak di kawasan utama tidak jauh dari Pantai Cenang dan tarikan pelancong yang popular, The Daun Resortcukup jauh untuk membolehkan anda mengalami masa rehat yang mencukupi. Seni bina rumah orang Melayu yang diilhamkan resort ini menggabungkan unsur-unsur tradisional di samping semua kemudahan moden yang lengkap untuk anda - bayangkan bumbung jerami dan jakuzi luar yang mewah!
Kadar bermula dari: RM340++
*****
A'Famosa Villa menawarkan pengalaman penginapan desa yang mewah dengan harga yang berpatutan. Vila 3-bilik tidur dan 4 bilik tidur yang besar adalah apa yang anda perlukan untuk percutian keluarga anda yang seterusnya. Setiap vila juga mempunyai kolam renang peribadi. Tarikan menarik untuk anak-anak anda juga tersedia berdekatan vila ini seperti Safari Wonderland dan Taman Tema Air.
Kadar bermula dari: RM970++
*****
Terletak hanya 3 jam dari Kuala Lumpur, Bukit Merah adalah tempat yang popular untuk percutian keluarga. Di Bukit Merah Laketown Resort, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di Kampung Air atau Laketown Hotel. Suit-suit dan vila-vila di Kampung Air menawarkan pemandangan tasik yang tiada tandingan, sementara bilik-bilik di Laketown Hotel menyediakan keselesaan dan kemudahan. Ecopark yang menghubungkan resort ini membolehkan anda untuk mendekati haiwan comel dan anda pasti dapat berseronok di Taman Tema Air.
Kadar bermula dari: RM80++
-----
Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali