Sabah terkenal di seluruh dunia dengan alam semula jadinya yang mengagumkan, dihiasi dengan batu karang yang berwarna-warni, hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna yang menjadi khazanah negara. Tapi jika anda lebih suka percutian di bandar, jadi Kota Kinabalu lah jawapannya.
Malah, mungkin tiada tempat yang lebih baik dari KK (kerana tempat ini dikenali bagi) sesiapa yang mahu bersantai. Tak kisahlah apa jua cara pencutian anda, tempat penginapan hebat kali ini ada semuanya untuk anda:
Marina Court Resort Condominium popular dengan pengunjung kerana ia terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu dan dekat dengan tarikan pelancong, seperti KK Waterfront dan Pasar Hasil Kraftangan Filipina.
Anda datang dalam kumpulan yang ramai, jadi The Nest ialah tempat yang tepat untuk anda kerana homestay tiga bilik tidur ini boleh memuatkan 15 orang tetamu dan hiasan dalamnnya baru sahaja diubahsuai.
Ia juga dilengkapi dengan dapur kecil, peti ais, mesin basuh dan televisyen.
Kadar bermula dari: RM650 / semalam
*****
Untuk kumpulan yang lebih kecil, pilihan lain di Marina Court Condominium ialah Jack’s CondoApartment. Terdapat pelbagai apartment lain untuk tetamu dari empat ke lapa orang.
Memandangkan ia berdekatan dengan tepi pantai, terdapat banyak tempat makan dan membeli-belah, sama ada sepanjang jalan yang cantik atau dalam mana-mana pusat membeli-belah yang berdekatn seperti Oceanus Waterfront Mall atau Centre Point Sabah.
Jika anda bawa bersama anak-anak kecil, anda pasti suka taman permainan dan kolam mandi di Marina Court. Anda juga boleh bawa mereka ke Ocean Play, taman permainan dalaman yang terletak di Oceanus Waterfront Mall.
Kadar bermula dari: RM288 / semalam
*****
Teringin bercuti ditepi pantai tapi masih dekat dengan bandar? Hanya 10 minit dari Kota Kinabalu, terletaknya Orion Residence, yang juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Suit apartment mewah ini boleh memuatkan 5 orang tetamu dan didatangkan dengan kelengkapan dapur yang lengkap, termasuklah peti ais dan ketuhar gelombang mikro. Ruang tempat makan dan ruang tamu juga dihiasi dengan reka bentuk dalaman yang moden.
Untuk ke Pantai Tanjung Aru, anda hanya perlu berjalan selama 15 minit atau 6 minit dengan memandu. Melihat matahari terbenam di sini ialah aktiviti wajib sementara anda boleh menjamu selera di gerai-gerai makan yang menyediakan makanan sehingga lewat malam atau menikmati hidangan makanan laut di Restoran Makanan Laut Tanjung Aru.
Kadar bermula dari: RM650 / semalam
*****
Anda suka berada dekat pusat membeli-belah? Sunset & Seaview Vacation Condos bersambung dengan IMAGO Shopping Mall.
Kalau anda datang dengan pasangan pula, studio suite yang selesa ini tersedia untuk anda. Ia juga dilengkapi dengan kelengkapan dapur, sementara Suite Keluarga 3 bilik tidur boleh memuatkan 10 orang tetamu.
Hanya 10 minit dengan memandu, anda boleh mengunjungi Muzium Sabah, untuk mempelajari dengan lebih dekat budaya dan sejarah. Termasuk dalam kompleks muzium ialah Pusat Sains dan Teknologi, Desa Warisan, Taman Etno-Botani dan Muzium Tamadun Islam Sabah.
Kadar bermula dari: RM262 / semalam
Tempah sekarang
*****
Homestay yang indah dekat sungai ini memberikan anda pemandangan bandar yang hebat dari dek kolam renang atas bumbung. Suite pangsapurinya, dilengkapi TV kabel dan dapur kecil, serta boleh menampung sehingga lima orang.
Bagi tarikan yang berdekatan, Pasar Ahad Gaya Street yang popular adalah mesti dilawati. Di sini, anda boleh berjalan-jalan sambil melihat gerai menjual buah-buahan segar dan sayur-sayuran hingga ke cenderamata.
Untuk melihat bandar Kota Kinabalu dari atas, naik ke Platform Observatorium Signal Hill, yang berbentuk ikonik seperti UFO.
Kadar bermula dari: RM243 / semalam
__________________________________________________________________
Datang ke Kota Kinabalu untuk mengalami percutian yang santai dan temui tarikan yang berbaloi untuk dikunjungi. Tempah penerbangan dan penginapan anda di Traveloka hari ini!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali