7 resort tepi pantai yang akan buat anda mahu bercuti sekarang ⛱

Traveloka MY
01 Dec 2017 - Bacaan 5 minit

Pantai sememangnya tempat untuk anda melenyapkan diri buat seketika daripada masalah dan tekanan harian. Bersantai di bawah sinaran matahari, merasai pasir yang lembut di bawah tapak kaki, dan menghayati bunyi ombak menghempas pantai yang menenangkan.

1. Royale Chulan Cherating | Cherating, Pahang

Terletak di bandar resort yang tenang di Cherating, Royale Chulan Cherating menyediakan percutian tepi pantai yang menghilangkan kerisauan anda. Untuk anda yang menyukai haiwan, datang antara April hingga Ogos dan lawat Pusat Lindungan Penyu Chendor untuk melihat penyu bertelur di kawasan pantai.

Kadar bermula dari: RM660++

*****

2. Lexis HIbiscus Port Dickson | Port Dickson, Negeri Sembilan

Lihat seperti di atas, banglo atas air yang membentuk bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya. Selain itu juga, banglo yang luas ini tersedia dengan kolam peribadi dan mempunyai banyak aktiviti luar seperti banana boat, jetski dan kayak) serta taman air untuk kanak-kanak.

Kadar bermula dari: RM970++

******

3. Gayana Eco Resort | Pulau Gaya, Sabah

Gayana Eco Resort, yang terdiri daripada 52 vila atas air, terletak di pinggir Pulau Gaya di luar pantai Sabah. Mewujudkan konsep "eko resort", Gayana menjadi tuan rumah Pusat Penyelidikan Ekologi Marin yang anda boleh lawati. Pusat penyelidikan ini didedikasikan untuk membiak spesis Kerang Gergasi yang terancam dan memulihkan terumbu karang semula jadi.

Kadar bermula dari: RM1,050++

*****

4. The Grand Beach Resort Port Dickson | Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Beach Resort terletak di sepanjang pantai pantai Port Dickson, menghadap Selat Melaka. Hanya dalam masa sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, menjadikannya sempurna untuk percutian hujung minggu. Bilik-bilik ini menggabungkan unsur-unsur reka bentuk tradisional Melayu di samping kemudahan resort moden.

Kadar bermula dari: RM100++

******

5. Damai Beach Resort | Santubong, Sarawak

Di Damai Beach Resort, tidak kira apa pun yang anda melihat, anda akan melihat pemandangan yang menakjubkan - di satu sisi anda akan meilhat perairan bertona biru di Laut China Selatan, dan di sisi lain anda akan melihat dengan kagum pada Gunung Santubong yang megah, dikelilingi oleh hutan hujan yang subur. Teruskan pengembaraan anda dengan menaiki bot ke Taman Negara Satang, atau meneroka hutan di Taman Negara Santubong.

Kadar bermula dari: RM240++

*****

6. Ombak Villa Resort | Kampung Kuala Muda, Langkawi

Terletak di sebelah barat Pulau Langkawi, Vila Mewah di Ombak Villa Resort menggabungkan kemewahan moden dengan sentuhan seni bina tradisional Melayu. Setiap suite dan vila mewah dilengkapi dengan beranda peribadi untuk anda boleh menikmati pemandangan Laut Andaman yang menakjubkan.

Kadar bermula dari: RM1,950++

7. Nexus Resort & Spa Karambunai | Karambunai, Sabah

Nexus Resort Karambunai, terletak 30 kilometer di timur laut Kota Kinabalu, dan dibina di atas 65 ekar dataran lanskap yang subur di Semenanjung Karambunai. Vila mewahnya menawarkan pemandangan indah taman, pantai atau padang golf. Bersantai di bawah sinaran matahari di pantai atau berikan sedikit hadiah untuk diri anda dengan rawatan spa di Borneo Spa yang eksklusif.

Kadar bermula dari: RM440++

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved