Berbeza dengan hotel rangkaian yang memberikan aura yang sama tidak kira di mana anda berada, hotel butik terkenal dengan keistimewaannya yang tersendiri.
Meskipun hotel butik memiliki bilangan bilik yang terhad, hiasan dalaman hotel butik lebih artistik dan kreatif. Kebanyakan hotel butik mengutamakan konsep kontemporari yang tampak lebih eksklusif, tetapi bersifat peribadi. Antara hotel butik pilihan kami:
Sekiranya anda menginap di River Suite Room, anda dapat bersantai di beranda bilik sambil melihat panorama indah Sungai Melaka. Bermula sebagai sebuah gudang tepung yang diusahakan oleh pedagang berbangsa Cina, Hotel 1825 Gallery ini telah diubah suai dengan menggabungkan elemen Cina dan British dalam hiasan dalamannya. Suasana dalaman hotel cukup menenangkan dengan sentuhan kayu yang digilap, patung-patung yang diperbuat dari batu dan kehijauan taman.
Kadar penginapan bermula dari: RM140++
Dengan hiasan dalamannya yang elegan dan selesa, Hotel Merton bakal membuatkan anda berasa seakan-akan di rumah. Terletak hanya 15 minit dari Ipoh, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan tarikan pelancong seperti Kuil Sam Poh Tong dan Perkampungan Budaya Qing Xin Ling juga berdekatan dengan hotel ini.
Kadar penginapan bermula dari: RM110++
Bukan hanya kemodenan hiasan dalaman Hotel Butik Batik yang menjadikannya salah satu hotel butik terkenal di Kuching, tetapi juga keramahan staf yang mengalu-alukan kedatangan anda. Singgah di Medan Selera Top Spot untuk santapan makanan tempatan yang enak dan Monumen Kucing, destinasi wajib untuk pencinta kucing.
Rates start from: RM250++
Terdiri daripada empat bangunan kedai sejak zaman pra peperangan yang telah dibaik pulih oleh sekumpulan arkitek, hiasan dalaman hotel ini mengambil inspirasi bukan sahaja daripada budaya tempatan, tetapi juga Maghribi, Sepanyol dan India. Di Spices Boutique Residence, hiasan yang paling mencuri tumpuan tentunya pokok Bodhi yang sudah berdekad lamanya sehingga bergabung dengan dinding bangunan.
Laman dengan pokok Bodhi.
Pemandangan dari bumbung hotel.
Kadar penginapan bermula dari: RM170++
Mudah untuk anda ke mana-mana dari Hotel Butik Monaco - boleh berjalan kaki ke Kota Kinabalu Waterfront, pusat sehenti untuk makanan dan hiburan atau singgah ke Pasar Gaya pada setiap hari Ahad untuk membeli kraftangan buatan penduduk tempatan atau makanan jalanan yang enak-enak belaka.
Kadar penginapan bermula dari: RM100++
Terletak di tengah-tengah bandar mewah di Kuala Lumpur, Manhattan Business Hotel TTDI membawa anda ke Manhattan dengan hiasan dalaman dan susun atur yang mengingatkan anda pada kesibukan bandar New York itu. Singgah di restoran dan kafe hipster dalam kawasan kejiranan atau terokai lebih jauh dengan menaiki MRT yang terletak lebih kurang 5 minit daripada hotel.
Kadar penginapan bermula dari: RM120++
Pengembaraan anda untuk menerokai dunia seni Pulau Pinang bermula di sini. Bangunan yang dahulunya merupakan bengkel saudagar kopi, justeru namanya, kini menjadi gabungan penginapan yang unik, menawarkan hidangan makanan yang diilhamkan dari Mediterranean, sebuah galeri seni dan muzium kopi.
Kadar penginapan bermula dari: RM350++
Awas ‘kaki shopping’, anda tentu tidak dapat menahan diri daripada berbagai-bagai jenis pusat membeli-belah yang mengelilingi hotel, daripada harga yang berpatutan sehinggalah mewah. Hotel yang bertemakan kamera ini terletak di tengah-tengah Bukit Bintang menawarkan penginapan yang memudahkan perjalanan anda untuk menerokai Kuala Lumpur.
Kadar penginapan bermula dari: RM110++
Dengan tarikan dan aktiviti di sekitar bandar seperti Bangunan Stadthuys dan Persiaran Jonker dalam jarak berjalan kaki sahaja, The Rucksack Caratel akan memudahkan percutian anda di Melaka. Banyak sebab untuk jatuh cinta dengan hotel ini - hiasan dalaman yang berwarna-warni dan makan malam ala Barat yang lazat!
Berehat dalam buaian gantung.
Kadar penginapan bermula dari: RM240++
Laman hotel.
Buat kaki bergambar dan selfie, menginap di Rosa Malacca memang pilihan yang tepat sekali. Penuhi Instagram anda dengan reka bentuk perindustrian yang kontemporari tetapi tetap ringkas. Bersantai sambil minum petang di halaman di tengah-tengah hotel - hiasan memukau dengan dinding bata merah, siling kaca tinggi.
Suite keluarga.
Tempat bersantai.
Kadar penginapan bermula dari: RM190++
_____
Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!
Diterjemahkan oleh: Nadhirah Hasnan.