Dah makan, bro?
Berjalan di kawasan komersial Kuala Lumpur pada waktu tengah hari dan suasana tiba-tiba saja penuh dengan pekerja-pekerja pejabat yang keluar untuk makan tengah hari, diikuti dengan telatah Mamak yang kecoh menyediakan roti canai terbaik. Di sini jelas sekali menunjukkan yang Malaysia adalah negara yang obses dengan makanan dan amat menyukai teh tarik.
Negara ini juga dikenali sebagai negara yang kaya dan terkenal dengan makanannya. Pergi ke Pulau Pinang untuk char kuey teow atau ke Ipoh untuk merasai nasi ayam dan hor fun yang asli!
Dan sudah tentu Melaka yang menjadi pertembungan sejarah dan pelbagai budaya yang didominasi oleh orang Eropah, Cina, Melayu dan India; melahirkan makanan Peranakan dan Nyonya yang enak-enak belaka.
Ini antara makanan yang patut anda cuba kerana keunikan dan rasanya yang umph!
Asli dari Melaka, bebola nasi ayam ini antara makanan yang patut anda cuba di pasar malam Jonker Street. Bebola nasi yang pejal ini dibuat dengan menggunakan nasi berperisa dan sup ayam pedas, memberikan rupa yang lebih unik dari segi tekstur dan rasa.
Di Kopitiam yang paling terkenal di Melaka, hidangan lazat ini dihidangkan dengan daging ayam yang lembut dengan sos yang halus dan selalunya campuran-campuran sos buatan sendiri, cili merah, bawang putih dan limau nipis. Celup bola nasi ayam anda ke dalam sos pedas ini untuk pesta sebenar dalam mulut.
Sumber: chee.hong / Flickr
Jika anda peminat satay dan kuah kacang yang berlemak, anda pastu suka satay celup. Lebih kurang sama dengan stail periuk panas di banyak restoran, satay celup di Melaka ini membolehkan anda memasak daging dan sayur-sayuran dalam periuk panas yang menggandungi kuah satay. Kebanyakan gerai menawarkan bahan-bahan segar seperti bebola ikan, bebola ayam, udang, lada bengala, tauhu dan sotong. Anda boleh memilih sendiri dan mencucuk bahan-bahan ini pada lidi satay, celupkan dalam kuah satay dan makan panas-panas.
Tempat terbaik untuk menikmati hidangan ini ialah di Capitol Satay Celup. Kedai makan ini memang disukai oleh orang tempatan dan pelancong. Tapi anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda dapat duduk. Tapi berbaloi menunggu tau!
Laksa atau mi kari adalah kegemaran rakyat negara ini, dengan setiap negeri di Malaysia menyediakannya dengan kepedasan dan kepekatan kuah yang yang berbeza-beza. Nyonya Asam Laksa yang terkenal di Melaka dimasak dengan kuih yang kaya dengan rasa, santan, udang bersaiz besar, bebola ikan dan tau pok (tauhu goreng) yang selalunya dihidangkan dengan timun yang dipotong halus.
Ramuan rasa yang datang dengan rasa tersendiri ini adalah contoh sempurna masyarakat pelbagai budaya di Melaka dan pengaruh yang mereka ada pada masakan tersebut. Walau apa pun cara, menghirup semangkuk mi enak ini membuatkan anda mahu lagi dan lagi, walaupun ketika cuaca panas.
Pergi ke Jonker 88 untuk merasa beberapa Nyonya Asam Laksa dan tambahkan keenakan rasa dengan semangkuk cendol mereka.
Tempat makan yang hebat sambil menjelajah pasar malam ini tentulah bebola ikan dengan kuah kari yang enak. Hanya berharga RM3-5 dan anda boleh menemui deretan gerai di pasar malam Jonker yang menjual bebola ikan yang akan menggembirkan perut anda.
Bebola ikan mungkin sesuatu yang biasa bagi anda tapi kuah kari yang manis dan pedas, ditambah pula dengan bebola yang dibuat sendiri, memberikan makanan biasa yang dianggap biasa ini rasa yang lebih menarik.
Sekiranya anda bukan peminat kari, anda juga boleh mencuba bebola ikan yang dihidangkan bersama tauhu goreng dan sayur-sayuran bagi snek yang lebih sihat dan mengenyangkan.
Berasal dari China, Nyonya Popiah dibuat daripada balutan telur yang segar dan gerai-gerai popiah di Jonker Street menawarkan pelbagai inti yang enak dan lembut seperti tauhu, sayur-sayuran dan makanan laut yang dihidangkan bersama sos cili yang manis dan pedas. Kalau anda mahu popiah yang halal, pastikan anda bertanya dahulu kepada penjual gerai kerana ada gerai yang menggunakan lemak babi pada popiah mereka. Jangan risau, anda masih boleh merasai hidangan ini di restoran halal Nyonya di sini.
Sumber: Timothy Merrill / Flickr
Juga sama seperti takoyaki yang berasal dari Jepun, telur puyuh goreng ini adalah antara snek terbaik kalau anda berada di pasar malam ini. Telur puyuh yang lembut ini dimasak rangup dan ditambah bahan lain seperti sosej ayam, kari ayam Nyonya, jejari ketam, tauhu dan jagung. Apa yang membuatkan makanan ini mengecurkan air liur ialah mayonis, keju dan sos barbeku. Satu pasti tak cukup!
Selalunya dipanggil 'kuih topi', Pie Tee merupakan satu lagi kuih tradisional Nyonya yang dibuat dengan menggoreng tepung yang dibentukkan menjadi cawan dan kemudian menghiasinya dengan campuran makanan laut, sayur-sayuran, limau dan cili yang menyegarkan. Cuba makanan ini sebagai pembuka selera sebelum anda menikmati hidangan Asam pedas dan kangkung belacan.
Kalau ke Melaka, lawatan anda tak akan lengkap tanpa merasa cendol gula melaka yang asyik disebut-sebut orang. Kelainannya? Kalau di tempat lain, gula merah digunakan, tapi di sini gula melaka tempatan digunakan bagi melengkapkan lagi rasa santan segar, jeli pandan, kacang merah, jagung dan cendol hijau. Nak rasa yang asli? Anda perlu ke sini!
Walaupun cendol gula melaka cukup lazat tanpa apa-apa tambahan unik, sesetengah gerai di pasar malam Jonker menambah durian segar dalam semangkuk sejuk cendol ais. (Peminat durian pasti bersorak!)
Sekiranya cendol durian tidak mencukupi untuk anda, cuba pastri durian. Lapisan dengan inti krim segar dan lembut yang diperbuat daripada isi durian pastinya memberi letusan rasa yang menggembirakan dalam mulut anda.
Sekiranya anda mencari sesuatu untuk dibawa pulang, kami sangat mengesyorkan sekotak tart nenas yang baru dibakar. Ada sesuatu yang begitu menarik tentang pastri ini ialah intinya yang penuh dengan jem nenas, menjadikan kuih ini antara kuih kegemaran rakyat Malaysia.
Ada satu lagi snek yang perlu anda makan di sini. Tart telur Portugis yang baru dibuat dengan pastri yang lembut dan campuran telur yang seimbang. Dijual dalam saiz yang mudah dimakan dan berharga hanya dari RM6-8 sekeping, ini juga merupakan kegembiraan mudah yang untuk dimakan sementara anda mencari tempat makana tersembunyi yang lain pasar malam Jonker.
_____________________________________________________________________
Tahu tempat makan lain di Melaka? Kongsikan dengan kami!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali