Maklumat & Keperluan Perjalanan

Cari senarai destinasi terbuka yang paling terkini, lengkap dengan keperluan dan peraturan mereka.

Cari peraturan perjalanan anda

Petua Pakar: Untuk mendapatkan peraturan yang paling lengkap, isikan bandar/negara berlepas dan ketibaan anda.
Semak Peraturan

Pembayaran Balik & Penjadualan Semula Penerbangan

  • Dalam kebanyakan kes, proses pembayaran balik mungkin memakan masa hingga 90 hari
  • Sekiranya tarikh keberangkatan anda telah berlalu tetapi permintaan pembayaran balik anda masih diproses, anda tidak perlu menghubungi kami lagi. Traveloka bekerjasama secara rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk memastikan permintaan pembayaran balik anda diproses dengan sewajarnya.

Adakah Malaysia Terbuka kepada Pengembara?

  • Malaysia dibuka untuk semua pengembara tempatan dan antarabangsa tidak kira status vaksinasi dan tujuan pengembaraan.

Prosedur Ujian dan Pelepasan Baharu untuk Kes Positif COVID-19 mulai 1 Mei 2022

  • Individu yang mempunyai status positif untuk COVID-19 mesti dikuarantin selama tujuh hari. Mereka boleh menamatkan tempoh kuarantin mereka jika mereka diuji negatif pada hari keempat. Ujian RTK-AG mesti ditadbir di bawah pengawasan, sama ada secara fizikal atau maya.

Prosedur Perjalanan Baharu untuk Pengembara Masuk dari 1 Mei 2022

  • Untuk pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya berumur 13 tahun dan ke atas/kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah: Mereka hanya perlu mengemukakan borang pra-berlepas (Kad Pengembara daripada MySejahtera). Untuk pengembara separa/tidak divaksin berumur 17 tahun ke bawah/pengembara berumur 18 tahun ke atas: Mereka dikehendaki menyediakan 1) Borang pra-berlepas (Kad Pengembara daripada MySejahtera) 2) Ujian pra-perlepasan RT-PCR 48 jam sebelum berlepas 3) Ujian RTK-AG yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan 4) Kuarantin semasa ketibaan selama lima hari (hanya untuk pengembara berumur 18 tahun ke atas). Pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya dari umur 18 tahun dan ke atas; pengembara yang pulih daripada COVID-19 dalam tempoh enam hingga 60 hari yang lalu; dan pengembara di bawah umur 17 tahun (tanpa mengira status vaksinasi mereka) tidak perlu mematuhi keperluan ujian pra-berlepas dan semasa ketibaan. Insurans perjalanan tidak lagi diperlukan untuk semua pengembara tanpa mengira status vaksinasi. Semua pengembara domestik mesti mempunyai pensijilan vaksin digital mereka dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera mereka sebelum melakukan perjalanan. Bagi pengembara yang terbang ke Sabah, mereka mesti memenuhi syarat berikut: - Mereka mesti diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID-19 (melengkapkan semua dos). Pengembara yang berumur antara 12 hingga 18 tahun mesti menerima sekurang-kurangnya satu daripada dua dos untuk dibenarkan memasuki Sabah. Pengembara yang berumur di bawah 12 tahun boleh memasuki Sabah tanpa vaksin asalkan mereka ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah diberi vaksin sepenuhnya. - Mereka mesti mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19 yang diambil daripada RT-PCR atau RTK-Ag 48 jam sebelum tarikh berlepas. - Pengembara yang tidak bermastautin Malaysia hanya boleh memasuki Sabah jika mereka merupakan: - Pasangan atau tanggungan yang merupakan warga Sabah; - Penduduk tetap Sabah; - Pekerja perkhidmatan penting dan tanggungan mereka; - Penegmbara yang melawat pelabur di bawah jemputan kerajaan Sabah; - Pemegang pas sementara; - Pengembara di bawah program Malaysia Rumah Kedua Saya; - Pemegang visa Sabah; dan - Pelajar yang layak dari institut pengajian tinggi. - Pengembara yang tidak layak memasuki Sabah masih boleh membuat permohonan kemasukan ke Jabatan Ketua Menteri untuk mendapatkan kelulusan khas. Bagi pengembara yang terbang ke Sarawak, mereka mesti memenuhi syarat di bawah sebelum berlepas: - Bukti vaksinasi mereka menunjukkan bahawa mereka telah menerima sepenuhnya semua dos untuk dianggap sebagai vaksin sepenuhnya; - Berstatus 'Risiko rendah' ​​atau 'kontak kasual tiada simptom' ternyata melalui aplikasi MySejahtera mereka; - Pengisytiharan kesihatan mereka melalui Borang Pengisytiharan e-Kesihatan; - Penyerahan EnterSarawak mereka untuk mereka yang bukan pengembara tempatan Sarawak. Prosedur Operasi Standard (SOP) - Arahan memakai pelitup muka dimansuhkan sepenuhnya kecuali ketika berada di dalam bangunan dan ketika menaiki pengangkutan awam, termasuk e-hailing. - Penjarakan sosial tidak pwelu lagi dilakukan tetapi sangat disyorkan ketika berada di tempat/acara di mana pelitup muka diperlukan. - Daftar masuk melalui MySejahtera telah dimansuhkan sepenuhnya dan semua individu dibenarkan masuk ke mana-mana premis tanpa mengira status vaksinasi mereka. - Individu yang berstatus 'Berisiko Tinggi' atau sedang dalam Perintah Pengawasan Rumah (HSO) tidak dibenarkan memasuki premis. - Semua aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara kini dibenarkan beroperasi mulai 15 Mei 2022.
Share This Page
Perlu bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved