<

Pusat Bantuan - Xperience

Cara Membatalkan dan Mendapatkan Bayaran Balik untuk Tempahan Xperience Saya

Sebelum menempah Xperience, sila periksa Polisi Tempahan di bahagian Lebih Banyak Perkara Yang Anda Perlu Tahu di bawah halaman aktiviti untuk melihat samada tempahan tersebut layak untuk pembatalan atau pembayaran balik. Aktiviti dengan label Pembatalan Percuma dalam kategori seperti Kecantikan & Spa atau Lawatan biasanya layak mendapat bayaran balik, namun tertakluk pada terma dan syarat. Selepas membuat tempahan, anda dapat melihat polisi pembatalan pada baucar anda melalui Tempahan Saya.

Sekiranya anda ingin meminta bayaran balik untuk pembelian aktiviti Xperience anda, ikuti langkah berikut:

1. Buka Tempahan Saya di Aplikasi Traveloka anda.

2. Tatal ke bawah pada bahagian Urus Tempahan. Sekiranya tempahan anda layak, anda akan dapat melihat butang Bayaran balik (tersedia di Aplikasi Traveloka versi 3.18 ke atas atau laman web Traveloka di desktop). 

3. Klik dan baca Maklumat Bayaran Balik untuk mengetahui kelayakan, tarikh akhir, jumlah bayaran balik, dan masa pemprosesan.

4. Sekiranya layak, teruskan dengan menekan butang Mulakan Bayaran Balik Saya di bahagian bawah untuk menghantar permintaan anda.

5. Isi butiran dan alasan pembatalan yang diperlukan.

6. Setelah menghantar permintaan bayaran balik anda, anda akan dapat melihat status pembayaran balik anda di tab Sejarah Bayaran Balik.

Artikel berkaitan:

Kesahan Baucar Xperience

Cara Penjadualan Semula Tempahan Xperience

Jumlah dan Pengiraan Bayaran Balik

Bayaran balik Pas JR

Ada isu berkaitan pembayaran balik anda?

Lihat perkara yang boleh anda lakukan.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

HUBUNGI KAMI
Butuh bantuan lebih lanjut? Ketuk di bawah untuk hubungi customer service kami.
Hubungi kami

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved