<

Pusat Bantuan - Hotel

Cara Membuat Penjadualan Semula Tempahan Hotel Saya

Ikut langkah-langkah berikut untuk membuat penjadualan semula tempahan hotel anda:

1. Log masuk ke akaun Traveloka anda. Pergi ke Tempahan Saya dan pilih tempahan anda yang mahu dijadualkan semula.

2. Tatal ke bawah ke bahagian Urus Tempahan, dan tekan Penjadualan Semula. Tekan Info untuk melihat Terma & Syarat dan pastikan penjadualan semula tersedia. Tekan Minta Penjadualan Semula.

3. Isi butiran tempahan baharu anda. Pilih pilihan anda dan isi Butiran Penempah. Tekan Teruskan.

4. Semak butiran tempahan baharu anda. Kemudian, tekan Teruskan.

Jika harga tempahan baharu anda lebih tinggi daripada yang asal, anda perlu bayar baki harga.

Jika tempahan baharu anda lebih murah daripada yang asal, anda akan menerima pembayaran balik baki harga.

5. Isi butiran pembayaran atau pembayaran balik anda. Tekan Teruskan, kemudian tekan Ya, Betul untuk pengesahan. Tekan OK untuk hantar.

Ambil perhatian bahawa tempahan anda akan dikemas kini selepas anda melengkapkan pembayaran atau langkah-langkah pembayaran balik. 

Anda akan melihat status kemas kini tempahan dan penjadualan semula di Tempahan Saya.

Ambil Perhatian bahawa anda akan menerima pembayaran balik anda melalui kaedah pembayara yang anda gunakan semasa membuat tempahan. Untuk kad kredit dan pindahan bank, anda akan menerima jumlah pembayaran balik dalam tempoh 2 - 5 hari bekerja.

Jika anda telah menempah Pay at Hotel atau bilik yang Tidak Boleh Dibayar Balik, sila ikut langkah-langkah berikut:

  1. Batalkan tempahan semasa anda.
  2. Buat tempahan tarikh baharu anda.

Untuk mengetahui jika tempahan anda boleh dibayar balik, sila semak polisi pada e-baucar anda. Ambil perhatian bahawa penjadualan semula tempahan anda mungkin akan dikenakan fi.

Jika anda bercadang untuk melanjutkan penginapan anda, sila Hubungi Kami

Ambil Perhatian: Hotel Easy Reschedule tersedia untuk versi Traveloka App 3.0 dan ke atas.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

PERLUKAN BANTUAN LANJUT?
Hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lanjut dengan mengimbas kod QR di bawah.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved