Proses pembayaran balik berbeza mengikut kaedah pembayaran yang anda guna untuk membuat tempahan asal. Untuk pembayaran bukan kad kredit, proses pembayaran balik mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja. Untuk pembayaran kad kredit, proses ini mungkin memerlukan 14 hari bekerja.
Untuk memastikan kelancaran proses pembayaran, sila ambil perhatian butiran berikut:
- Pembayaran balik melalui pindahan bank hanya akan diproses jika pemegang akaun bank ialah salah seorang tetamu hotel yang dinyatakan pada baucar hotel, atau orang yang membuat tempahan. Jika tidak, sila kemukakan salinan imbasan Surat Kuasa Wakil yang ditandatangani oleh salah seorang tetamu, bersama dengan salinan imbasan kad pengenalan pemegang akaun bank.
- Pembayaran balik untuk pembelian menggunakan kad kredit akan dikreditkan kembali ke kad kredit yang anda guna untuk membuat pembayaran sebelum ini, dan tertakluk pada terma dan syarat bank pengeluar kad.
- Jumlah bayaran balik untuk transaksi pelbagai mata wang akan disesuaikan mengikut kadar tukaran mata wang pada waktu penjadualan semula.