<

Pusat Bantuan - Hotel

Fi Penjadualan Semula Hotel

Oleh kerana Traveloka akan mengetepikan Yuran Penjadualan Semula Traveloka buat sementara waktu disebabkan wabak COVID-19, anda hanya perlu membayar yuran penjadualan semula yang dikenakan oleh hotel. Yuran ini akan disertakan dalam harga tempahan baharu anda. Oleh itu, jika jumlah harga tempahan baharu anda (termasuk yuran penjadualan semula) lebih rendah berbanding jumlah harga tempahan asal, perbezaan tersebut akan dikembalikan kepada anda melalui kad kredit yang anda gunakan untuk membuat tempahan atau melalui pindahan bank. Bagi pengguna Indonesia yang membuat pembayaran melalui PayLater dan UANGKU Balance, perbezaan tersebut akan dikembalikan kepada kaedah pembayaran masing-masing. Walau bagaimanapun, jika harga tempahan baharu (termasuk yuran penjadualan semula) lebih tinggi berbanding tambang yang telah anda bayar, anda perlu membayar perbezaannya.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

PERLUKAN BANTUAN LANJUT?
Hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lanjut dengan mengimbas kod QR di bawah.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved