Hotel India

Hotel Terbaik di India

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di India,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 59,957Hotel di India

Hotel popular di India

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Aloft Bengaluru Whitefield, Hotel India
8
(87)
Sangat Baik
Hotel
Bangalore, State of Karnātaka
Kelab malam
Kedai
Bilik permainan
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Bar
Harga sekitar
RM 306.64
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Sujata, Hotel India
7.6
(6)
Baik
Hotel
Gaya, State of Bihār
Kedai
Bar
Harga sekitar
RM 204.87
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 The Westin Mumbai Garden City, Hotel India
Hotel
Mumbai Suburban, Mumbai
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 738.83
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Vivanta New Delhi, Dwarka, Hotel India
8.4
(615)
Sangat Baik
Hotel
Delhi Barat Daya, National Capital Territory of Delhi
Kelab kesihatan
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 462.92
Lihat Ketersediaan
Restaurant 1 dusitD2, Fagu, Hotel India
10
(2)
Cemerlang
Hotel
Shimla, State of Himāchal Pradesh
Braille atau papan tanda timbul
Badminton
Kawasan kanak-kanak bermain
Sewaan kereta
Pengangkutan dari lapangan terbang
Bar
Harga sekitar
RM 952.79
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Orchid Hotel Pune Hinjewadi, Hotel India
Hotel
Daerah Pune, Pune Division
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 258.77
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Regency Delhi, Hotel India
8.2
(906)
Sangat Baik
Hotel
Delhi Barat Daya, National Capital Territory of Delhi
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 617.17
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Six Senses Fort Barwara, Hotel India
10
(4)
Cemerlang
Hotel
Sawai Madhopur, State of Rājasthān
Kelab kanak-kanak
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,954.90
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Regenta Inn Grand ORR Mahadevapura, Hotel India
Hotel
Bangalore, State of Karnātaka
Harga sekitar
RM 151.80
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Grand Hyatt Gurgaon, Hotel India
8.9
(25)
Sangat Baik
Hotel
Gurgaon, State of Haryāna
Kerusi berjemur kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 531.06
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Courtyard by Marriott Hyderabad, Hotel India
Hotel
Hyderabad, Telangana
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 344.38
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Centric MG Road Bangalore, Hotel India
8.4
(342)
Sangat Baik
Hotel
Bangalore, State of Karnātaka
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 421.55
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Radisson Resort & Spa Kandla, Hotel India
Hotel
Kachchh, State of Gujarāt
Biliard
Bilik permainan
Gelanggang tenis terbuka
Perpustakaan
Daftar keluar ekspres
Spa
Harga sekitar
RM 310.80
Lihat Ketersediaan
Room 1 LA SERENE, Hotel India
Hotel
Chikkaballapur, State of Karnātaka
Harga sekitar
RM 231.47
Lihat Ketersediaan
Reception 1 Holiday Inn CHENNAI OMR IT EXPRESSWAY by IHG, an IHG Hotel, Hotel India
Hotel
Chennai, State of Tamil Nādu
Tenis
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 299.85
Lihat Ketersediaan
Reception 1 HOTEL GHOONGHAT, Hotel India
Hotel
Jaipur, Jaipur District
Harga sekitar
RM 224.17
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Waverly Hotel & Residences, Hotel India
8.4
(80)
Sangat Baik
Hotel
Bangalore, State of Karnātaka
Kelab malam
Penjagaan anak
Teres atas bumbung
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 332.74
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Radisson Blu Hotel Noida, Hotel India
9
(229)
Cemerlang
Hotel
Gautam Buddh Nagar, Gautam Buddha Nagar
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Pakej lamaran romantik
Payung pantai
Perpustakaan
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 373.94
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Vivanta Bengaluru, Whitefield, Hotel India
8.2
(109)
Sangat Baik
Hotel
Bangalore, State of Karnātaka
Mandian Turki
Kelab kesihatan
Kedai
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 339.25
Lihat Ketersediaan
Aerial night view of the Hotel with a city landscape 1 Crowne Plaza NEW DELHI ROHINI by IHG, an IHG Hotel, Hotel India
Hotel
Delhi Barat Laut, National Capital Territory of Delhi
Tenis
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 460.35
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pharos Hotels, Hotel India
8.6
(81)
Sangat Baik
Hotel
Chennai, State of Tamil Nādu
Bilik wap
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 243.59
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Temui perkara yang Anda suka

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini

Lebih lanjut tentang hotel di India

India adalah sebuah negara yang besar di Asia Selatan. Negara ini mempunyai anggaran penduduk lebih daripada 1.2 bilion orang dan menjadikannya sebagai negara kedua paling ramai penduduk di dunia. Penduduk di India dikatakan terdiri daripada satu per enam daripada jumlah penduduk dunia. India terdiri daripada 29 buah negeri dan setiap negeri ini mempunyai tahap kawalan yang signifikan terhadap urusan pentadbiran negeri sendiri. Ibu negara India adalah New Delhi, sebuah bandaraya yang terletak di tepi Sungai Yamuna sebelah Barat dan di bahagian Utara tengah India. New Delhi tidak sama dengan kota Delhi. Kota Delhi adalah lebih dikenali dengan nama Delhi Lama. Kedua-dua bandar New Delhi dan Delhi Lama ini terletak dalam wilayah ibu negara Delhi, iaitu sebuah daerah yang mengelilingi ibu kota.

Dari segi sejarah, anak benua India yang terletak di bahagian wilayah Selatan dan semenanjung Asia itu merupakan tempat permulaan bagi Tamadun Lembah Indus, semenjak tahun tiga milenia sebelum masihi. Tamadun Lebah Indus tersebut telah hidup dalam arena politik dan budaya yang serba lengkap. Mereka berjaya memiliki semua tamadun yang berdiri sendiri. Ini menghasilkan tradisi yang berbeza dan khasnya berkaitan dengan agama Hindu. Tempat itu juga menjadi tempat di mana kitab suci tertua agama Hindu disusun. Selain itu, ada juga agama lain yang dikatakan berasal dari India; agama Buddha dan juga agama Jaina. Selama berabad-abad, kawasan ini membangunkan sebuah kehidupan intelektual yang mahir dalam pelbagai bidang mulai dari matematik, hingga astronomi kepada kesusasteraan dan muzik antara lain.

Ketibaan Islam bermula pada abad ke-8 masihi, berasal dari Barat Laut semenanjung Asia. Mereka ini, orang Arab, Turki, Persia dan penakluk lain telah datang dan menetap di India sambil menyebarkan agama Islam kepada penduduk setempat. Pada abad ke-13, kebanyakan kawasan di anak benua India berada di bawah pemerintahan orang Islam dan populasi orang yang menganuti agama Islam ini meningkat secara beransur-ansur. Pengaruh Eropah bermula pada akhir abad ke-15 dengan kedatangan seorang pelayar dari Portugis yang bernama Vasco da Gama. Kedatangan ini telah menguatkan ketuanan maritim Eropah di sekitar kawasan tersebut. Ini telah membuka kawasan tersebut kepada pengaruh Eropah dan akhirnya menyebabkan penurunan dalam pemerintahan oleh golongan elit Muslim. Seterusnya, ini telah membawa kepada penjajahan oleh Empayar British di India.

Penjajahan dan pemerintahan oleh pihak British ini telah menjejaskan anak benua itu dengan memisahkannya menjadi dua buah negara pada tahun 1947 sewaktu British tidak lagi memerintah kawasan tersebut, iaitu India dengan majoriti penduduknya adalah Hindu dan Pakistan dengan majoriti umat Islam. Sekarang ini, India masih mengguna pakai banyak institusi Inggeris yang telah ditinggalkan oleh penjajah British di negara tersebut seperti sistem parlimen dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama. Negara ini masih berada dalam kumpulan negara Komanwel.

India kekal sebagai salah satu negara yang paling banyak etnik di dunia kerana ia mempunyai pelbagai suku dan kasta yang tidak terhitung dari seluruh negara. Bahasa-bahasa di negara ini juga tidak terhad kepada bahasa Inggeris dan Hindi tetapi terdapat lebih daripada ratusan bahasa yang di guna pakai di sana, yang berasal dari berbagai keluarga bahasa. Ini disebabkan sejarah kompleks dan geografi rantau yang membentuk keluarga bahasa yang rumit. Kepelbagaian ini bukan hanya terhad kepada suku-suku dan bahasa, India juga terdapat beberapa agama yang diamalkan. Hal ini kerana kawasan anak benua ini adalah tempat kelahiran lima agama besar; Hindu, Buddha, Jaina dan juga Sikh. Negara India tidak mempunyai agama rasmi kerana ia adalah sebuah negara sekular. Semua penduduk di India bebas untuk menganuti dan mempercayai mana-mana agama yang mereka mahu. Agama Hindu mempunyai bilangan orang penganut yang paling banyak di negara tersebut. Hampir 80% daripada penduduknya beragama Hindu. Agama Islam dan Kristian pula merupakan agama kedua dan ketiga terbesar di India.

Budaya sejarah di India menjangkau lebih daripada 4500 tahun. Sastera terawal di India mula dihasilkan pada tahun 1700 Sebelum Masihi dan karya-karya ini telah ditulis dalam bahasa Sanskrit. Antara kesusasteraan yang terkenal ini termasuklah epik seperti Mahabharata dan Ramayana. Masakan di India juga mempunyai kepelbagaian mereka tersendiri seperti apa yang ada di negara tersebut. Masakannya terdiri daripada pelbagai jenis hidangan serantau dan tradisional. Makanan sangat dipengaruhi oleh agama khususnya Hindu. Hidangan juga bergantung kepada sayur-sayuran, rempah-rempah, buah-buahan dan juga herba yang tersedia di kawasan tersebut. Setiap kawasan di India mempengaruhi masakan yang dihasilkan dan ini menghasilkan hidangan tersendiri yang unik di setiap bahagian negara tersebut.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Perjalanan untuk pergi ke India dari Malaysia adalah mudah. Harga untuk satu tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi bermula dari serendah RM 450 untuk perjalanan sehala. Pemegang pasport Malaysia perlu mendapatkan visa pelancong sebelum pergi ke India. Permohonan visa boleh dibuat di Pusat Permohonan Visa India di Malaysia atau juga atas talian. Harga untuk satu visa pelancong dengan Untuk visa pelancong, dengan kemasukan berganda untuk tempoh enam bulan akan dikenakan biaya kira-kira RM 162. Proses permohonan ini biasanya mengambil masa tiga hari untuk disiapkan jika semua dokumen yang diberikan di pusat permohonan diisi dengan betul. Penerbangan akan mengambil masa kira-kira lima jam dan tiga puluh minit untuk tiba.

Menaiki Bas/Teksi/Kereta api

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi terletak di kawasan bandar, hanya dua puluh minit untuk sampai ke pusat bandar. Delhi Gurgaon Expressway menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar. Terdapat bas yang membawa penumpang dari lapangan terbang ke bandar. Terdapat juga teksi bermeter di terminal lapangan terbang yang akan membawa penumpang ke semua kawasan di Delhi. Penumpang juga boleh menggunakan sistem keretapi untuk pergi ke bandar.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Taj Mahal

Taj Mahal merupakan salah satu seni bina di India yang terkenal di seluruh dunia. Makam berkubah dengan marmar berwarna putih yang ikonik ini terletak di tebing Selatan sungai Yamuna di bandar Agra. Ia dibina pada 1632 atas permintaan oleh maharaja Mughal, Shah Jahan. Taj Mahal dibina untuk menempatkan makam isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal semasa melahirkan anak. Pembinaan itu mengambil masa dua puluh tahun untuk disiapkan. Taj Mahal menggabungkan reka bentuk Parsi dan seni bina Mughal yang lebih awal. Taj Mahal terletak tiga jam jauhnya dari bandar New Delhi dan janganlah melepaskan peluang untuk melawat salah satu daripada tujuh keajaiban dunia moden.

Basilika Bom Jesus

Basilika Bom Jesus adalah sebuah gereja yang terletak di Old Goa, India yang merupakan ibu kota Goa pada masa awal pemerintahan Portugis. Basilika Bom Jesus adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia adalah sebuah gereja tertua di India dan ia adalah contoh terbaik untuk melihat seni bina baroque di India. Gereja ini penting dalam sejarah penyebaran agama Kristian kerana ia menempatkan makam St. Francis Xavier, seorang pendakwah agama Kristian. St Francis Xavier telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Kristian di beberapa kawasan di Asia, terutamanya anak benua Asia. Basilika Bom Jesus dibuka kepada orang awam setiap hari. Ia terletak di bahagian Barat Daya negara.

Air Terjun Dudhsagar

Ini adalah air terjun empat tingkat yang terletak di Sungai Mandovi di Goa. Dudhsagar Falls mempunyai ketinggian setinggi 310 meter, menjadikannya salah satu air terjun tertinggi di negara India. Ia adalah destinasi yang popular kerana mempunyai pemandangan indah yang mengelilingi air terjun. Walaupun akses ke kawasan air terjun agak susah, ini tidak pernah menghentikan kedatangan pelancong ke sini. Trekking ke Air Terjun Dudhsagar bahagian bawah ini adalah satu-satunya akses ke air terjun selepas laluan kereta api Dudhsagar ditutup kepada orang ramai.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Royal Plaza Hotel

Royal Plaza Hotel ini terletak di New Delhi adalah tempat yang bagus untuk tinggal semasa bercuti di India. Lokasi hotel ini sangat strategik di tengah-tengah pusat bandar New Delhi memudahakan pengunjung hotel pergi ke sana. Terdapat sejumlah tarikan yang terletak berdekatan dengan hotel seperti Muzium Nasional. Kadar harga untuk sebuah bilik di Royal Plaza Hotel ini bermula dari serendah RM 329 untuk satu malam dan harga ini telah termasuk perkhidmatan sarapan pagi. Hotel ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti sebuah pusat perniagaan, sebuah pusat kecergasan, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan menjemput atau menghantar tetamu hotel ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

Radisson Blu Marina Hotel

Sebuha lagi hotel lain terletak di tengah-tengah pusat bandar New Delhi dan di tengah-tengah Connaught Place, sebuah pusat kewangan, komersil dan perniagaan terbesar di New Delhi. Radisson Blu Marina Hotel ini sangat sesuai untuk mereka yang berada di bandar New Delhi dalam urusan berkaitan dengan perniagaan. Kadar hotel bermula dari harga RM 418 untuk satu malam. Di sini, para tetamunya akan dipastikan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dari kakitangan hotel yang telah dilatih dengan amat baik. Kakitangan hotel juga sangat mesra dalam memberikan perkhidmatan kepada para tetamu. Radisson Blu Marina Hotel juga terkenal dengan restorannya yang menyajikan masakan yang hebat dan merupakan salah satu tempat kesukaan orang ramai. Sama seperti kebanyakan hotel di salah satu daerah paling sibuk di negara ini, Radisson Blu Marina Hotel mempunyai beberapa kemudahan untuk membantu tetamu yang menginap di hotel mereka. Kemudahan ini tidak terhad kepada perkhidmatan dobi dan juga perkhidmatan penyambut tetamu (concierge), mereka juga mempunyai pengangkutan ulang-alik dari stesen kereta api, perkhidmatan letak kereta valet dan juga menyewa kereta. Hotel ini menawarkan bukan sahaja Wi-Fi tetapi juga sambungan internet berwayar. Sambungan internet ini akan dikenakan bayaran tambahan.

Baca lagi

Facts about hotel in India

Total Accommodation
21 Properties
Popular Region
Chennai, Mumbai
Popular Hotel
The Westin Mumbai Garden City, Vivanta New Delhi, Dwarka

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan India?
Berapa banyak hotel disenaraikan di India?
Currently, there are around 21 hotels that you can book in India

Guest reviews in hotel near India

8.0
Menyenangkan
834,094 reviews from hotels in India with aggregated rating of 8.0/10.
Review from various users that have stayed in hotel near India will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?