Hotel di Itali

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Itali,
  1. Hotel
    /
  2. Itali
    (60592 Hotel)

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini

Hotel popular di Itali

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

B&B Hotel Milano Aosta

Hotel
8.5
(7)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

ibis Milano Centro

Hotel
8.1
(47)
Menyenangkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Itali

Itali atau secara rasminya dikenali sebagai Republik Itali adalah sebuah negara berdaulat di rantau Eropah Selatan yang terletak di tengah-tengah Laut Mediterranean, berkongsi sempadan tanah terbuka dengan negara-negara Perancis, Switzerland, Austria, Slovenia, San Marino dan Vatican City. Ia mempunyai saiz tanah seluas 301,340 meter persegi dan sebahagian besarnya mempunyai musim tertentu dengan iklim Mediterranean. Bersama-sama dengan Greece, Itali dianggap sebagai tempat lahirnya budaya Barat.

Ibu negara Itali adalah Rom, sebuah perkampungan khusus yang juga merupakan ibu kota bagi rantau Lazio, juga merupakan perkampungan yang paling ramai penduduknya. Sejarah kota Rom ini merangkumi lebih dari 28 abad, dengan mitologi Romawi menyatakan bahawa Rom sudahpun didirikan sekitar 753 SM. Namun terdapat juga bukti bahawa ia mungkin telah dihuni lebih awal daripada itu, ini menjadikannya salah satu kawasan yang paling lama dihuni manusia di benua Eropah. Ia pernah juga menjadi ibu kota Kerajaan Roman, Republik Roman dan Empayar Rom dan menjadi pusat kegiatan renaisans yang menarik para seniman, pelukis, pengukir dan arkitek terkenal dari seluruh dunia. Ketika Kerajaan Itali ditubuhkan pada tahun 1871, Rom terus menjadi ibu negaranya yang kemudiannya berlanjutan ketika Kerajaan Itali dibubarkan dan menjadi Republik Itali pada tahun 1946.

Budaya di Itali adalah unik, kaya dan bermacam ragam, ini kerana sejarah panjangnya yang dipisahkan secara politik dan geografi selain daripada pelbagai peranan dan sumbangannya ke dunia Barat. Adalah tepat untuk mengatakan bahawa budayanya dibentuk oleh pelbagai adat serantau dan kuasa-kuasa setempat yang wujud dan dibentuk sepanjang kewujudan negara tersebut. Pelbagai warisan dari zaman pertengahan, sekian banyak keajaiban seni bina dan koleksi kaya seni dan kesusasteraan boleh didapati dengan banyak sekali di seluruh Rom dan komune yang berdekatan juga. Maka tidak mengejutkan bahawa Itali mempunyai jumlah tapak Warisan Dunia UNESCO paling banyak jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain di muka Bumi.

Berikutan penciptaan negara moden Itali dan perangkaan perlembagaannya, bahasa Itali menjadi bahasa rasmi Itali. Ini sesuatu yang jelas sekali kerana 92.81% daripada demografi negara itu sendiri terdiri daripada orang Itali. Dianggarkan terdapat 64 juta penutur bahasa Itali sebagai bahasa pertama, manakala jumlah orang yang berbahasa Itali sebagai bahasa kedua adalah sekitar 85 juta orang. Terdapat juga dua belas bahasa bersejarah lain yang diiktiraf oleh undang-undang Itali, iaitu Albania, Catalan, Jerman, Yunani, Slovene, Kroasia, Perancis, Franco-Provençal, Friulian, Ladin, Occitania dan Sardinia. Daripada semua ini, bahasa Jerman, Perancis, Ladin dan Slovene diiktiraf sebagai bahasa rasmi bersama-sama bahasa Itali di rantau dan perkampungan masing-masing.

Sepanjang laluan sejarah Itali, masakannya terus berkembang dengan akarnya yang boleh dijejaki daripada pelbagai masakan Romawi Kuno. Hidangan Itali sememangnya dikenali dengan kepelbagaian wilayahnya, yakni hidangan di wilayah utara adalah unik dan berbeza dengan hidangan di wilayah selatan. Oleh kerana sejarahnya yang panjang, masakan Itali mempunyai pengaruh yang besar di seluruh dunia, malahan mengatasi Amerika Syarikat. Ciri paling utama masakan Itali adalah kekayaan rasa makanan yang biasanya dicapai dengan bahan-bahan yang sangat mudah yang biasanya melibatkan hanya dua hingga empat bahan pada satu-satu masa. Kualiti bahan juga sangat penting dan semestinya menjadi keutamaan dalam setiap hidangan Itali. Di antara semua jenis makanan yang ada di sini, hidangan yang telah meraih tempatnya sebagai masakan kebangsaan bagi negara Itali adalah Ragu alla Bolognese. Juga dikenali sebagai Bolognese kerana asal-usulnya di bandar Bologna, ia adalah sos berasaskan daging yang disediakan melalui sautéing dan melayur bersama bahan-bahannya, termasuk daging, bawang, lobak merah, dan mentega. Sos ini kemudian akan dinikmati bersama-sama dengan tagliatelle, yang merupakan pasta yang dibuat dari tepung gandum lembut dan telur.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Rom di Itali kebiasaannya akan menelan kos sekitar RM 2,300 hingga RM 3,800 setiap kepala yang biasanya berubah-ubah berdasarkan pilihan syarikat penerbangan dan tarikh perjalanan. Perhatikan bahawa terdapat dua buah lapangan terbang yang melayani Rom, iaitu Fiumicino (FCO - Leonardo Da Vinci) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ciampino (CIA) sementara ada lapangan terbang lain yang melayani bandar lain seperti Malpensa (MXP) dan Linate (LIN) untuk Milan, Lapangan Terbang Bologna Guglielmo Marconi untuk Bologna, Lapangan Terbang Naples untuk Naples dan banyak lagi.

Itali juga merupakan negara anggota yang menandatangani Perjanjian Schengen, oleh itu memasuki Itali melalui negara Kesatuan Europian dan negara anggota lain tidak akan memerlukan pemeriksaan imigrasi yang ketat. Walau bagaimanapun, terdapat pemeriksaan kastam yang tertentu yang bergantung mengikut tempat kejadian.

Jangan risau, apabila anda tiba di lapangan terbang masing-masing, ianya mudah untuk pergi ke bandar menggunakan bas atau kereta api. Anda boleh yakin bahawa mencari jalan di sekitar bandar akan menjadi kurang rumit, memandangkan sistem pengangkutan di sini sudah begitu matang dan dijaga dengan baik, sama seperti negara-negara Eropah yang lain. Anda boleh memilih sama ada untuk menyewa kereta, menaiki bas atau hanya berjalan kaki untuk menerokai pelbagai kawasan di Itali yang menarik.

Menaiki Bot

Ia sesuatu yang tidak mustahil untuk tiba di Itali melalui perkhidmatan feri dari negara-negara seperti Greece, Albania, Montenegro dan Croatia, di mana kebanyakan mereka akan tiba di kawasan-kawasan seperti Venice, Ancona, Bari dan Brindisi. Terdapat juga perkhidmatan feri tetap yang menghubungkan Corsica di Perancis ke Genoa, Livorno, Civitavecchia, Naples dan Utara Sardinia, perkara sama turut berlaku untuk Barcelona di Sepanyol yang dihubungkan dengan Genoa dan Civitavecchia.

Destinasi lain termasuk pelabuhan Afrika Utara yang disambungkan ke Sicily dan Naples, serta perkhidmatan feri sepanjang tahun antara Trieste dan Albania dan perkhidmatan feri musim panas antara Trieste dan Pirano (Slovenia) dan Parenzo dan Rovigno di Croatian Istria.

Menaiki Kereta Api

Melalui rangkaian kereta api Eropah yang panjang yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan kereta api Eurocity International, seseorang boleh mengakses Itali dari negara lain seperti Austria, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Switzerland.

Selepas masuk ke Itali, seseorang boleh pergi ke pelbagai destinasi di Itali menggunakan kereta api. Terdapat beberapa laluan kereta api lain yang menyokong akses ke seluruh negara Itali seperti kereta api berkelajuan tinggi Frecciarossa, Frecciargento, Frecciabianca dan Eurostar Italia, tetapi tiket-tiket kereta api ini boleh menjadi agak mahal, namun mereka yang berminat mesti menempah tiket-tiket tersebut terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaan kerana tiket itu biasanya dijual habis.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Galeri Accademia, Florence

Rasanya tidak lengkap untuk datang ke Itali tanpa menghabiskan sedikit masa untuk menghargai budaya dan kesusasteraan yang kaya di sini. Anda bernasib baik kerana terdapat banyak tempat yang membolehkan para pelawat berbuat demikian, iaitu Galeri Uffizi dan patung ukiran David di Galeri Accademia di Florence, biara Santa Maria delle Grazie di Milan yang menempatkan "The Last Supper" oleh Leonardo yang terkenal, Sistine Chapel di Rom yang silingnya dihiasi dengan indah oleh Michaelangelo, Pantheon, Gates of Paradise, Aqueduct of Vanvitelli dan banyak lagi, yang mana ia mungkin tidak cukup untuk menyelesaikan perjalanan singkat anda dengan hanya melihat pelbagai hasil seni di sini.

Pantai Chia, Sardinia

Disebabkan iklimnya, kawasan tepi pantai di Itali pastinya akan meninggalkan pengunjung dengan rasa kagum akibat kecantikannya. Untuk bermula, Pantai Chia di Sardinia dianggap pantai terbaik di Itali dengan berlatar belakangkan bukit-bukit pasir dan pokok-pokok juniper, sementara perairannya pula mempunyai warna biru turquoise yang luar biasa menarik dan pasir kuning keemasan. San Fruttuoso of Liguria mempunyai pemandangan teluk yang indah, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur dan terletaknya San Fruttuoso Abbey yang tidak jauh dari situ. Tropea Beach of Calabria akan menawarkan pasir putih dan air biru berwarna Caribbean dengan biara abad pertengahan purba yang terletak berhampiran. Pantai Follonica di Tuscany mempunyai landskap luar biasa yang berlatar belakangkan bukit-bukit hijau, air jernih dan pasir halus. Ini adalah sebahagian daripada pantai-pantai yang paling popular, tetapi usah khuatir, terdapat banyak lagi pantai lain untuk diterokai, apatah lagi mengambil kira geografi Itali.

Chianti

Itali juga terkenal dengan wainnya, dan ia mempunyai kebun-kebun anggur untuk pengeluaran wain yang turut mempunyai beberapa pemandangan yang begitu indah. Menginap di kawasan pengeluaran wain utama seperti Chianti akan membuka peluang untuk perjalanan singkat sehari ke kebun anggur atas perancangan anda sendiri, sementara itu terdapat juga syarikat pelancongan lain yang menawarkan pakej pelancongan dan melawat kebun-kebun anggur di Itali yang menawarkan makanan yang enak, wain yang hebat dan penginapan yang menarik.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Ibis Milano Malpensa Aeroporto

Terletak kira-kira 3 kilometer jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa, hotel bertaraf tiga bintang ini memiliki kedudukan strategik yang berhampiran lapangan terbang, menjadikannya mudah bagi para tetamu untuk menginap di situ untuk tujuan transit. Harganya juga begitu berpatutan apatah lagi jika diambil kira kadar pertukaran mata wang. Selain itu, hotel ini bijak bermain warna, mewujudkan suasana yang bersemangat dan menyerlah yang mampu membangkitkan perasaan pengunjung.

Hotel Locarno

Hotel Locarno adalah sebuah hotel yang sangat mewah yang terletak di kawasan Rom. Ia mempunyai susun atur penuh glamor yang akan membuat anda merasa seolah-olah anda berada di Itali pada masa Renaissance. Susun aturnya juga sangat romantis, menjadikannya ideal untuk pasangan yang ingin datang untuk bercuti dan berbulan madu sekali ini di Rom.

Michaelangelo Hotel

Hotel ini dapat dijumpai dengan mudah sekali berikutan jaraknya yang berdekatan dengan kawasan pusat bandar Lombardia, Milan. Ia turut berada berhampiran dengan beberapa tarikan menarik di bandar Milan yang boleh ditawarkan oleh bandar ini seperti Grattacielo Pirelli, Menara Pirelli, Spazio Oberdan dan banyak lagi. Terdapat perjalanan terus ke hotel ini secara langsung dengan menggunakan bas atau teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa dan susun atur hotel pula dilakukan secara profesional dan khusus untuk pelancong perniagaan.

Facts about hotel in Itali

Total Accommodation
60,592 Properties
Popular Region
Sicily, Tuscany
Popular Hotel
Hotel Eden - Dorchester Collection, Four Seasons Hotel Milano

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Itali?
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Itali?
Buat masa ini, terdapat sekitar 60,592 hotel yang boleh anda tempah di Itali

Ulasan Tetamu dari Hotel di Itali

8.6
Mengagumkan
3,129 ulasan dari hotel di Itali dengan purata penarafan 8.6/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Itali akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
michael
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
19 Sep 2023
Spice Hotel Milano
Oleh kerana kami ingin tinggal berhampiran stesen Milano Centrale, kami memilih hotel ini yang hanya 280 M dari sana. Kawasan sekitar OK dengan lampu yang sangat terang di jalanan membuatkan kami berasa cukup selesa untuk berjalan-jalan pada waktu malam. Selagi anda menempah cukup awal, anda sepatutnya boleh mendapatkan harga yang lebih baik.
Reiner M.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
18 Nov 2023
Smart Hotel Milano
Berhampiran dengan Milano Centrale atau stesen terbesar di Milan, banyak makanan yang disyorkan di sekitar, hanya 12 minit dari pusat bandar melalui metro atau teksi.
Fadillah M.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
16 Jun 2023
Best Western Hotel Madison
Suka penginapan saya. Kakitangan yang sangat mesra dan membantu. Lokasi sangat bagus, 5 minit berjalan kaki dari Milano Centrale. Juga berdekatan dengan berjalan kaki ke banyak restoran dan metro. Bilik itu selesa untuk pengembara solo seperti saya dan terdapat kopi percuma. Akan tinggal di sana lagi.
NUR A. A. L.
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
2 Jul 2024
NYX Hotel Milan by Leonardo Hotels
Hotel ini sangat dekat dengan stesen pusat Milano di mana anda boleh menaiki kereta api ke Duomo atau tempat menarik lain di sekitar Milan. Lokasinya hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen pusat ke hotel dan terletak bersebelahan dengan restoran Bab Al Yemen yang menyajikan makanan yang lazat. Terdapat banyak ruang tempat duduk untuk dinikmati, untuk berehat dan kakitangan penyambut tetamu juga baik terhadap tetamu. Terdapat tangga pendek ke arah pintu masuk utama tetapi jangan risau ada seorang lelaki yang bersedia untuk membantu membawa bagasi anda. Dia juga sangat rajin menjalankan tugasnya.
Yayi S.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
14 Nov 2019
a&o Hostel Venezia Mestre
Para kakitangannya ramah dan membantu. Hotel ini berjarak 4 minit dari Stesen Venezia Mestre dengan berjalan kaki dan 12 minit dari Stesen Venezia Santa Lucia dengan kereta api (2.4 euro perjalanan bulat). Bilik hotel adalah besar, untuk bilik keluarga peribadi ia mempunyai katil double, katil dua dan bilik mandi bersih. Kami membaca di meja periksa di mana anda memilih untuk tidak membersihkan bilik anda, anda boleh mendapatkan minuman percuma tetapi pilihan hanya boleh dipilih semasa daftar masuk.
Liliananda M. L.
Ini adalah profil peribadi.
9.6
/ 10
18 Jun 2024
c-hotels Ambasciatori
Lokasi terbaik. Hotel yang besar. Gembira mendapat bilik dengan balkoni. Berdekatan dengan mana-mana terutamanya stesen keretapi.
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved