Hotel di Jepun

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Jepun,
  1. Hotel
    /
  2. Jepun
    (36890 Hotel)

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini
Penginapan Hokkaido
Penginapan Hokkaido
Alam Semula Jadi, Kulinari, Percutian Musim Sejuk
Penginapan Kanto
Penginapan Kanto
Beli-belah, Kulinari, Mesra Keluarga
Penginapan Kansai
Penginapan Kansai
Bersejarah, Seni & Budaya, Kulinari

Hotel popular di Jepun

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini

&Here TOKYO UENO

Hotel
9.2
(12)
Sangat Hebat
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

Hotel Nikko Osaka

Hotel
9
(142)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Discover Japan, a captivating blend of ancient tradition and modern innovation. Immerse yourself in the vibrant energy of Tokyo's bustling streets, where neon lights and skyscrapers coexist with historic temples and serene gardens. Indulge in culinary delights, from sushi and ramen to tempura and wagyu beef, tantalizing taste buds at every turn. Explore the iconic beauty of Kyoto's UNESCO World Heritage sites, where centuries-old shrines and tranquil bamboo forests transport you to another time. From the snow-capped peaks of Hokkaido to the tropical beaches of Okinawa, Japan offers endless opportunities for adventure and cultural immersion. Experience the magic of Japan today.

Traveloka New Users Promo

Hotel Sunroute Plaza Shinjuku

Hotel
8.9
(378)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Tobu Hotel Levant Tokyo

Hotel
9.1
(103)
Sangat Hebat
Lihat Ketersediaan

APA Hotel Asakusa - Ekimae

Hotel
8.9
(251)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Hotel MyStays Gotanda Station

Hotel
8.9
(179)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

APA Hotel Shinjuku Kabukicho Tower

Hotel
8.4
(329)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Comfort Hotel Osaka Shinsaibashi

Hotel
9.3
(60)
Sangat Hebat
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

APA Hotel TKP Nippori-Ekimae

Hotel
8.8
(368)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Keio Plaza Hotel Tokyo

Hotel
8.7
(269)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Mercure Tokyu Stay Osaka Namba

Hotel
9
(44)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Hilton Tokyo Bay

Hotel
9.1
(109)
Sangat Hebat
Lihat Ketersediaan

The Royal Park Canvas Ginza Corridor

Hotel
8.9
(14)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae

Hotel
8.7
(342)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

APA Hotel Asakusa Kuramae

Hotel
8.6
(254)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan

Shinagawa Prince Hotel

Hotel
8.6
(106)
Mengagumkan
Lihat Ketersediaan
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Jepun

Jepun atau secara rasminya dalam bahasa Jepun disebut sebagai Nippon-koku atau Nihon-koku yang secara harfiahnya diterjemahkan sebagai Negara Jepun, adalah sebuah negara pulau yang berdaulat yang terletak di benua Asia Timur, di sekitar Lautan Pasifik dan berada di bahagian laut pantai timur tanah besar Asia yang terbentang dari Laut Okhotsk di utara Laut China Timur ke negara China di bahagian barat daya. Seringkali dipanggil dengan nama julukan "Negara Matahari Terbit", ia adalah sebuah gugusan kepulauan gunung berapi yang terdiri daripada 6,852 buah pulau di bawah naungannya. Empat buah pulau terbesar adalah Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku yang membentuk sekitar 97% kawasan tanah negara ini.

Ibu negara Jepun pada masa kini adalah Tokyo atau secara rasminya dipanggil sebagai Tokyo Metropolis, yang menjadi pusat pentadbiran sejak tahun 1869 lagi, iaitu setahun setelah era Restorasi Meiji bermula. Dahulunya dikenali sebagai Edo, ia dijadikan ibu negara di bawah perintah Maharaja Meiji yang memindahkan pusat pentadbiran dari Kyoto. Pada tahun 1943, kawasan bandar Tokyo digabungkan dengan bekas Wilayah Tokyo untuk membentuk Tokyo Metropolis hari ini. Ia adalah rumah kepada 39 juta orang penduduk dan memiliki 50% lebih ramai penduduk daripada kawasan bandar lain, dengan ekonomi bernilai $2.5 trilion yang begitu mudah menjangkaui bandar-bandar lain.

Berdasarkan rekod penyelidikan arkeologi, dikatakan bahawa Jepun didiami seawal zaman Paleolitik Atas, di mana rekod pertama yang menyebut tentang Jepun dapat dijumpai dalam teks sejarah China yang bertarikh pada abad ke-1 Masihi. Sejarah Jepun sangat bercirikan oleh pengaruhnya dari rantau lain, terutamanya China dan juga tempoh pengasingannya dari negara-negara Eropah dan juga Barat.

Dari permulaan abad ke-12, beberapa figura dan jeneral tentera yang dikenali sebagai shogun akan meneruskan pemerintahan negara berganti-ganti sebagai gantian kepada Maharaja. Pada awal abad ke-17, Jepun memasuki fasa pengasingan dari dunia luar yang berakhir pada tahun 1853 di bawah tekanan Amerika Syarikat. Keluarga diraja kemudiannya berjaya merampas kuasa politik dari tahun 1868 dan seterusnya, membawa Jepun ke era pemodenan dan pengukuhan kuasa imperialisme melalui ideologi militerisme Jepun yang tersendiri. Selepas kekalahannya dalam Perang Dunia Kedua, Jepun telah mengkaji semula perlembagaannya untuk mengekalkan monarki perlembagaan dan sistem berparlimen yang terdiri daripada Maharaja dan badan perundangan yang dipilih yang dikenali sebagai National Diet yang berlangsung sehingga ke hari ini. Pada tahun 1960-an hingga 1980-an, Jepun mengalami satu tempoh yang dikenali sebagai mukjizat ekonomi pasca perang di mana pertumbuhannya berada pada kadar purata 7.5% antara tahun-tahun 1960-an dan 1970-an dan 3.2% pada 1980-an, melonjakkannya kepada kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia pada masa sekarang.

Sudah pasti, bahasa Jepun adalah bahasa pertama dan bahasa kebangsaan bagi kebanyakan orang Jepun, apatah lagi dengan demografi negara Jepun yang terdiri daripada sebanyak 98.5% berbangsa Jepun. Bahasa Jepun sendiri adalah bahasa agglutinatif dengan sistem kehormatan yang luas, menggabungkan gaya penulisan yang berasal dari aksara Kanji, aksara Hiragana dan Katakana serta abjad Latin dan angka Arab. Sesetengah rantau yang berbeza akan mempunyai dialek Jepun yang berbeza sama sekali, iaitu loghat Jepun yang standard dan biasa didengari biasanya diamalkan di rantau Kanto manakala rantau Kansai mungkin mempunyai dialek Kansai mereka sendiri. Sebahagian minoriti kecil di Kepulauan Ryukyu juga akan bercakap bahasa Ryukyuan.

Jenis-jenis makanan Jepun biasanya adalah sedikit eksotik, dalam erti kata bahawa ia menggabungkan makanan ruji yang unik kepada negara Jepun, biasanya beras atau mi Jepun dengan sup dan okazu, sayuran dan tauhu. Penekanan dalam masakan selalunya kepada pada penambahan rasa makanan itu sendiri, di mana pakar-pakar masakan dan chef akan berusaha untuk mencapai rasa masakan terbaik yang dikenali sebagai Umami. Selain itu, kesegaran bahan juga sama pentingnya dengan pembentangan makanan tersebut. Apa yang menjadikannya lebih menarik bahawa kawasan-kawasan yang berbeza juga akan mempunyai masakannya yang tersendiri yang menggabungkan unsur-unsur dan bahan-bahan yang unik untuk kawasan mereka serta resipi tradisional yang khususnya diamalkan penduduk tempatan. Selain itu, Jepun juga memiliki varian manisannya sendiriyang dikenali sebagai wagashi, yang biasanya melibatkan bahan-bahan seperti pasta kacang merah dan mochi, serta ais krim berperisa teh hijau. Terdapat juga versi minuman beralkohol Jepun yang dikenali sebagai sake, yang diperbuat daripada beras yang ditapai beberapa kali.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo akan dikenakan bayaran sekitar RM 1100 hingga RM 1500 bagi setiap pek yang bergantung kepada pilihan syarikat penerbangan dan tarikh perjalanan. Kos serupa juga akan dikenakan untuk perjalanan ke Osaka, iaitu satu lagi pintu masuk biasa ke Jepun. Perhatikan bahawa anda akan mendarat di Lapangan Terbang Narita atau Lapangan Terbang Haneda untuk perjalanan ke Tokyo dan Lapangan Terbang Kansai untuk perjalanan ke Osaka.

Selepas selamat sampai dan mendarat di salah satu lapangan terbang ini, untuk mengelilingi bandar adalah begitu mudah, ini kerana Jepun dianggap sebagai salah satu negara yang memiliki sistem pengangkutan terbaik di dunia. Anda boleh menggunakan pesawat, kereta api, bot, bas tempatan dan lebuh raya, teksi, atau menyewa kereta atau basikal. Perkhidmatan kereta apinya sahaja sudah cukup maju untuk membawa anda ke mana-mana lokasi di Jepun dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kereta api khas, kereta api hijau premium, koc-koc tempatan, kereta api swasta dan kereta api peluru Shinkansen yang terkenal. Sementara itu, perkhidmatan teksi di sini juga berada pada liga yang berbeza sama sekali dengan keadaan teksi yang lebih bersih dan selamat, walaupun ia mengenakan harga yang lebih tinggi.

Menaiki Bot

Walaupun terdapat beberapa perkhidmatan feri antarabangsa yang membuat perjalanan ke Jepun, Busan mungkin muncul sebagai satu-satunya titik permulaan yang paling praktikal untuk masuk ke Jepun untuk pengembara jenis kasual kerana kedekatan dan kebolehpercayaannya. Terdapat juga perjalanan melalui jalan laut yang lain dari China, Taiwan dan Rusia yang bergantung kepada permintaan, cuaca dan juga musim.

Memandangkan Jepun juga adalah sebuah negara pulau, tidaklah menghairankan bahawa bot masih lagi merupakan cara pengangkutan yang penting untuk berkunjung ke lokasi-lokasi di sekitar Jepun. Beberapa feri menyediakan perjalanan jauh dari Tokyo dan Osaka ke bandar-bandar yang lebih jauh seperti Okinawa dan Hokkaido yang membolehkan orang perseorangan dan juga syarikat mengangkut kereta mereka sendiri. Terdapat juga beberapa feri antara bandar untuk pulau-pulau kecil seperti yang disediakan untuk kawasan Aomori-Hakodate.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Gunung Fuji

Jepun mempunyai beberapa buah gunung yang begitu bernilai untuk didaki dan diteroka. Gunung yang terkenal pastinya ialah Gunung Fuji yang sudahpun sinonim sebagai simbol negara Jepun itu sendiri. Sebagai gunung tertinggi di Jepun dan titik tumpuan bagi Taman Negara Fuji-Hakone-Izu, mendaki gunung itu biasanya mengambil masa kira-kira 4 hingga 8 jam pada kelajuan berjalan kaki dan lagi 2 hingga 4 jam untuk turun semula. Sementara itu, Gunung Aso akan menawarkan pemandangan kaldera yang sangat besar dan juga indah. Gunung Koya juga sesuai untuk didaki, ia mempunyai beberapa tokong yang unik yang sesuai untuk dilawati dan diteroka di sepanjang laluan mendaki.

Onsen

Rasanya tidak lengkap untuk datang ke Jepun dan tidak mencuba mandi kolam air panas atau Onsen yang begitu popular di Jepun. Biasanya ditemui di setiap sudut di bandar dan kampung di seluruh negara, terdapat banyak jenis kolam air panas untuk mencuba, biasanya mereka dibezakan oleh jenis mineral yang dilarutkan di dalam air yang dikatakan memberi manfaat kesihatan yang berlainan mengikut jenis mineral tersebut. Beberapa tempat yang terkenal termasuk Hakone Onsen yang terletak satu jam setengah dari Tokyo, Yufuin Onsen di kaki Gunung Yufudake di Oita, Kusatsu Onsen di Gunma dan banyak lagi. Setelah meluangkan sedikit masa di mata air panas, perasaan tenang, aman dan relaks yang diperolehi dari sesi ini pasti akan memberi anda tidur yang lebih nyenyak selepas sehari berjalan-jalan di sekitar Jepun.

Taman Bunga

Satu lagi aktiviti yang dilakukan dan amat unik di Jepun adalah untuk menikmati pemandangan bunga ceri Sakura. Biasanya ia akan mekar dengan elok sekali pada permulaan musim bunga, maka sekitar masa ini akan terdapat banyak tempat di sekitar Jepun yang sesuai untuk keindahan bunga tersebut. Pelancong boleh datang untuk berkelah sambil melihat bunga-bungai ini ketika ia mula mekar ke bahagian pucuknya. Semasa musim bunga ini, terdapat banyak juga produk berkaitan bunga sakura yang lain yang dijual di seluruh Jepun untuk memperingati peristiwa ini yang berlaku setiap tahun. Senarai komprehensif untuk tempat melihat bunga sakura boleh diperolehi dari Japan Cherry Blossom Association.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Keio Plaza Hotel Tokyo

Terletak kira-kira 21 kilometer jauhnya dari Lapangan Terbang Haneda, hotel mewah ini adalah salah satu hotel yang terbaik di sekitar Shinjuku. Penginapannya berjenis elegan dan kualiti perkhidmatan adalah berada di kedudukan tertinggi, dengan restoran yang bagus yang menyajikan sarapan dan makan malam. Ia terletak berhampiran dengan pusat bandar Shinjuku dan tidak jauh dari stesen keretapi.

Shin-Imamiya Hotel

Hotel bertaraf dua bintang ini adalah sebuah hotel yang berpatutan yang membolehkan pelancong menerokai Osaka dengan mudah kerana aksesnya yang mudah dan berdekatan dengan stesen kereta api. Ia mempunyai reka bentuk yang berciri lembut yang menggabungkan warna putih dan lampu terang, menjadikan persekitaran hotel kelihatan bersih dan lebih tenang. Ia juga berhampiran dengan kelab malam dan bar yang sesuai untuk minuman dan spa untuk bersantai selepas perjalanan yang panjang.

Sotetsu Fresa Inn Ginza-Nanachome

Hotel ini mempunyai susun atur yang moden dan berhampiran dengan kawasan Ginza, yang membolehkan akses ke tarikan-tarikan yang unik untuk Ginza seperti pusat membeli-belahnya yang terkenal. Ia mempunyai tempat makan sendiri yang menghidangkan sarapan pagi dan pilihan biliknya juga banyak yang membolehkan penyesuaian lebih lanjut mengikut keperluan, namun saiznya biasanya hanya sesuai untuk pelancong yang melakukan perjalanan dalam kumpulan dua ke tiga orang.

Facts about hotel in Jepun

Total Accommodation
36,890 Properties
Popular Region
Hokkaido, Kanto
Popular Hotel
HOSHINOYA Tokyo, Keio Plaza Hotel Tokyo

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Jepun?
Jika anda berada di Jepun, anda juga boleh melawati Okinawa Prefecture, Chugoku, Chubu, Shikoku, Tohoku, Kyushu, Kansai, Kanto, Hokkaido
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Jepun?
Buat masa ini, terdapat sekitar 36,890 hotel yang boleh anda tempah di Jepun

Ulasan Tetamu dari Hotel di Jepun

8.7
Mengagumkan
158,310 ulasan dari hotel di Jepun dengan purata penarafan 8.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Jepun akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Asna S. N.
Ini adalah profil peribadi.
10.0
/ 10
6 Jun 2024
E Hotel Higashi Shinjuku
ramah dan bersahaja dengan dengan statium
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved