amaran

Hotel Bajet di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

7.9/10

Bagus

7.6/10

Bagus

Rasa Motel

Batu Ferringhi

8.9/10

Sangat Baik

8.8/10

Sangat Baik

Sea Princess Hotel

Teluk Bahang

7.2/10

Bagus

EQ Ferringhi Hotel

Batu Ferringhi

8.4/10

Sangat Baik

Station Budget Hotel

Batu Ferringhi

Ferringhi Stay Iinn

Batu Ferringhi

Max Ferringhi Hotel

Batu Ferringhi

Green Ocean Inn

Batu Ferringhi

8.6/10

Sangat Baik

Lazyboy's Travelodge

Batu Ferringhi

LA Ferringhi Home

Batu Ferringhi

Padua Inn

Batu Ferringhi

ET Budget Guest House

Batu Ferringhi

Baba Guest House

Batu Ferringhi

Eden Island Homestay

Batu Ferringhi

Lily Holiday Home

Batu Ferringhi

Tropicana Homestay

Batu Ferringhi

Tentang

Batu Ferringhi merupakan sebuah kawasan di pinggiran Bandar George Town, Pulau Pinang. Ianya terletak di sepanjang pantai kawasan utara Pulau Pinang pada jarak 11km ke Utara George Town yang menjadi destinasi pelancongan pantai yang utama di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Batu Ferringhi mempunyai pantai yang panjang di sepanjang jalan yang berliku dikenali sebagai Jalan Batu Ferringhi yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pilihan penginapan dan kedai makanan. Setelah Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Francis Light, beberapa kediaman banglo telah mula dibina di Batu Ferringhi dan Jalan Batu Ferringhi telah disiapkan pada tahun 1920an. Sejak pertengahan tahun 1970an,banyak hotel telah dibina di Batu Ferringhi. Batu Ferringhi merupakan destinasi utama di kalangan penduduk tempatan dan para pelancong yang ingin mencari keindahan pantai untuk bermandi manda atau kepada mereka yang berminat untuk memahami budaya tempatan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, dan Malindo Air yang membuat penerbangan harian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Setibanya anda di lapangan terbang anda boleh menaiki bas ke utara pulau yang mengambil masa perjalanan selama 45 minit pemanduan.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Batu Ferringhi melalui Jambatan Pulau Pinang dan menikmati pemandangan nya yang indah disepanjang perjalanan tersebut. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh mengambil Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Batu Ferringhi. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan selama 4 jam 23 minit.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki Keretapi ETS ke stesen keretapi Butterworth. Keretapi berlepas dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Penang Butterworth di bahagian darat dan hanya 15 minit perjalanan menaiki feri dari stesen keretapi tersebut untuk anda ke George Town di Pulau Pinang.

Tarikan Pelancongan

Taman Herba Tropika

Taman Rempah Tropika atau dikenali sebagai The Tropical Spice Garden merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Batu ferringhi yang anda mesti lawati. Terletak di Teluk Bahang, ia akan memperlihatkan anda kepada pelbagai jenis herba tropika dari serata dunia didalam sebuah taman yang dihiasi lanskap yang begitu indah. Terdapat lebih daripada 500 jenis herba dan rempah tropika untuk anda terokai sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan diiringi bunyi-bunyian dari hidupan semulajadi yang terdapat di dalamnya yang pasti akan memberikan anda ketenangan dan kedamaian sepanjang berada di dalam taman tersebut.

Pantai Batu Ferringhi

Hanya 15 minit pemanduan dari Bandar Georgetown, pantai Batu Ferringhi merupakan salah satu pantai yang mempunyai perairan yang cantik dan bersih di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai aktiviti pantai dan sukan air seperti parasailing dan lain-lain lagi di Pantai Batu Ferringhi. Pada hari yang bercuaca cerah, anda dapat melihat pemandangan Laut Andaman yang begitu cantik dan Gunung Jerai yang terletak di Negeri Kedah.

Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia oleh Taman Rama-Rama Penang merupakan sanktuari rama-rama yang besar di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Entopia merupakan tempat yang menarik untuk dilawati kerana anda dapat berehat untuk beberapa jam di dalam taman tersebut sambil menikmati hidupan semulajadi terutamanya rama-rama yang terdapat di dalam taman tersebut. Rama-rama yang berwarna warni akan terbang secara bebas di dalam taman tersebut. Taman ini telah dibangunkan dengan begitu indah dan terdapat semua kemudahan awam yang anda perlukan.

Taman Buah-buahan Tropika

Anda boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan di Kebun Buah Tropika. Terdapat lebih dari 200 buah-buahan tropika dan sub tropika yang di tanam di dalam kebun ini. Antaranya ialah durian, laici, manga, jambu, buah pir dan buah naga. Setelah puas berjalan di dalam kebun anda boleh merasai buah-buahan tersebut yang telah disiap dipotong dan dijadikan jus minuman.

Pasar Malam Batu Ferringhi

Anda boleh membeli belah di Pasar Malam Batu Ferringhi yang telah menjadi salah satu tarikan pelancong di Batu Ferringhi. Pasar Malam ini beroperasi setiap hari pada setiap malam disepanjang jalan Batu Ferringhi yang menjual pelbagai barangan tiruan seperti beg tangan dan DVD dan juga cenderahati serta hasil seni tangan seperti lukisan.

Hotel

Roomies Suites Boutique Hotel

Penginapan di Roomies Suites Boutique Hotel merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda berkunjung ke Batu Ferringhi. Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong seperti Pantai Batu Ferringhi (0.5km) dan Tropical Spice Garden (2.8km). Bagi para pengunjung yang mencari penginapan murah dan selesa, Roomies Suites Boutique Hotel merupakan penginapan yang paling tepat untuk diinapi yang turut menawarkan kemudahan yang lengkap dengan perkhidmatan yang baik.

Rasa Motel

Rasa Motel Penang adalah sebuah hotel yang terletak di dalam kawasan kejiranan yang baik di Batu Ferringhi. Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak berhampiran dengan pantai Batu Ferringhi pada jarak 0.7km. Rasa Motel Penang merupakan pilihan bijak dikalangan pengunjung yang berkunjung ke Batu Ferringhi.

evtbvsrwfq