Shamrock Beach Villas 12 adalah pilihan tempat penginapan yang terbaik bagi mereka yang melancong secara berkumpulan. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang berguna. Selain itu, semua bilik di hotel ini sentiasa dijaga dengan rapid an dalam keadaan yang bersih. Para tetamu dapat berhubung terus dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik dan di kawasan awam. Hotel ini juga telah menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang bagus untuk tetamu mereka. Selain itu, lokasi hotel ini sangat strategik. Para tetamu boleh meneroka ke beberapa tempat tarikan pelancong seperti pantai, taman dan beberapa tempat kemudahan yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan memandu dari hotel.
Terdapat dua cara untuk sampai ke Shamrock Beach Villas 12. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Laluan 3113 iaitu Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Gelugor. Kemudian, mereka perlu melalui Jalan Masjid Negeri dan Laluan 6 ke Jalan Pantai Batu di Taman Pantai Batu, Tanjung Bungah. Setelah mereka sudah tiba di Jalan Pantai Batu, mereka dapat meenemui Shamrock Beach Villas 12. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 4 jam dan 6 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol di sepanjang perjalanan.
Cara yang kedua adalah para pengunjung boleh memilih untuk menaiki kapal terbang. Mereka perlu mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanannya mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka boleh memilih untuk mengambil teksi atau menyewa kereta untuk pergi ke hotel. Hotel ini terletak hanya 34 minit dari lapangan terbang.
Shamrock Beach Villas 12 menawarkan dua jenis bilik kepada tetamu mereka. Antaranya Villa 5 Bilik Tidur (12 Orang) dan Villa 6 Bilik Tidur (15 Orang). Bagi Villa 5 Bilik Tidur (12 Orang), ia mempunyai saiz sebesar 279 meter persegi dan ia mempunyai 6 katil berkembar. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, kipas siling, meja, televisyen, cerek elektrik, peti sejuk, katil sofa, ruang dapur, ruang makan yang berasingan, balkoni dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi dilengkapi dengan peralatan mandian, pancuran mandi dan bilik mandi peribadi. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan pengemasan harian untuk bilik ini. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM789.52 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Villa 6 Bilik Tidur (15 Orang). Saiz bilik ini adalah 352.2 meter persegi dan jenis katil ialah 7 katil berkembar. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan pengemasan harian yang disediakan untuk bilik ini. Selain itu, bilik ini mempunyai kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah bayaran untuk pakej bilik ini ialah RM989.40 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Shamrock Beach Villas 12 tidak mempunyai restoran atau kafe di kawasan bangunannya. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh memilih untuk membeli beberapa barangan runcit dan memasak beberapa hidangan di ruang dapur yang telah disediakan oleh hotel ini. Mereka juga boleh singgah di restoran atau kafe berhampiran hotel ini.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Tidak ada meja depan (tempat menyambut tetamu) di hartanah ini.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
Kemudahan Popular | Restoran, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 11:00 |