1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9582 Hotel)
    >
  3. Penang
    (751 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (639 Hotel)
    >
  5. Georgetown
    (438 Hotel)

Hotel Mewah di Jelutong, Pulau Pinang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 29 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Jelutong

See all 21 Hotels near Jelutong

Facts about hotel in Jelutong

Popular Landmark
Hospital Lam Wah Ee

Ulasan Tetamu dari Hotel di Jelutong

7.8
Menyenangkan
1,525 ulasan dari hotel di Jelutong dengan purata penarafan 7.8/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Jelutong akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Khairun N.
Ini adalah profil peribadi.
20 Dec 2020
Selesa sesuai dengan harga berpatutan.
LIM C. Y.
Ini adalah profil peribadi.
30 Apr 2023
Penipu, tak follow up customer betul-betul.
Badrani F. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
5 Mar 2022
Tak sama dalam gambar dan berlaku pertambahan harga dah tempahan
NB
NURILSUHAILA BT SAAD
15 Dec 2017
Kolam renang yang bersih. Perabut di suite semuanya baru dan bersih.
Mat Y.
Ini adalah profil peribadi.
26 Mar 2024
Saya punya deposit belom di kembali kan sudah masuk dekat 48 jam repot telah dibuat.

Tentang

Jelutong merupakan sebuah kawasan pinggiran Bandar di George Town, Penang yang terletak di selatan Sungai Pinang dan telah mula didiami seawal kurun ke-18 apabila pedagang dari Aceh dan India mula masuk ke sini. Kawasan ini dahulunya terkenal sebagai kawasan samseng dan kongsi gelap sehingga tahun 1980an apabila pembangunan mula mengubah kawasan ini menjadi pinggiran Bandar Georgetown yang dipenuhi dengan kawasan perumahan. Jelutong dinamakan bersempena dengan nama pokok yang dikenali dengan nama sainsnya Dyera costulata. Ianya dipercayai bahawa spesis pokok ini banyak ditemui di kawasan ini yang akhirnya dipanggil sebagai Jelutong.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang yang beroperasi setiap hari. Setiba anda di lapangan terbang, anda boleh menaiki bas atau teksi ke Jelutong dengan masa perjalanan selama 22 minit.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Jelutong melalui Jambatan Pulau Pinang dan boleh menikmati pemandangan yang memukau di sepanjang perjalanan. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Jelutong. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 3 jam 43 minit.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki kereta api ETS ke stesen kereta api Butterworth. Keretapi berlepas dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Butterworth Penang di darat. Dari situ anda perlu menaiki feri ke George Town di Pulau Pinang yang akan memakan masa perjalanan selama 15 minit. Dari George Town anda boleh menaiki teksi ke Jelutong.

Tarikan Pelancongan

Karpal Singh Drive

Karpal Singh Drive ialah sebuah persiaran di tepi laut di dalam kawasan Jelutong berhampiran bandar George Town. Ianya dinamakan sempena nama mendiang Karpal Singh (1940-2014), seorang ahli politik pembangkang yang terkenal yang merupakan juga seorang peguam yang dilahirkan di George Town. Disepanjang Karpal Singh Drive terdapat perumahan mewah dan kawasan perniagaan manakala persiaran siar kakinya dihiasi dengan pelbagai hasil seni.

Khoo Kongsi

Setibanya anda di Khoo Kongsi, anda akan disambut dengan pameran hasil ukiran tangan China yang memukau. Dewannya dihiasi dengan hiasan pelita dan dipenuhi dengan perabot antik. Tiada bayaran masuk dikenakan dan anda bebas untuk bergerak melihat pameran yang terdapat didalamnya. Walaubagaimanapun, adalah lebih sopan sekiranya anda memohon kebenaran dari pegawai yang bertugas dibangunan tersebut sebelum menjelajah di dalam bangunan tersebut.

Komtar

Komtar Pulau Pinang ialah sebuah bangunan yang mempunyai ketinggian 65 tingkat terletak di tengah Georgetown dan merupakan mercutanda utama di Penang. Bahagian bawah bangunan tersebut menempatkan ruang berniaga seperti butik tempatan dan kedai menjual telefon bimbit, kamera dan membaiki komputer riba dan bahagian atas pula menempatkan ruang pejabat. Anda boleh melawat ke tingkat 58 yang mempunyai ruang tinjau untuk anda melihat pemandangan keseluruhan pulau dan juga pemandangan di bahagian darat Pulau Pinang.

Fort Cornwallis

Untuk mengalami pengalaman yang berbeza ketika berada di Pulau Pinang, anda boleh melawat ke kawasan bersejarah Kota Cornwallis. Ia hanya mengambil masa perjalanan selama 12 minit dari Jelutong untuk ke kota ini. Kota Cornwallis merupakan kota terbesar yang masih wujud di Malaysia. Ianya terletak bersebelahan dengan menara jam dan anda juga boleh melihat kawasan dermaga yag terdapat diseberangnya. Adalah lebih mudah bagi anda untuk berjalan kaki di sekitar Georgetown atau anda boleh menaiki teksi ataupun beca sekiranya cuaca menjadi terlalu panas untuk anda.

Jelutong Night Market

Sekiranya anda ingin mencari pengalaman membeli belah di pasar malam, anda boleh memulakan perjalanan anda dengan mengunjungi pasar malam yang terletak di Jalan Van Praagh. Berbeza dengan pasar malam dikawasan lain, Pasar malam Jelutong dipenuhi dengan pelbagai makanan yang menyelerakan seperti sushi, yong tau foo, char keow teow, keropok udang dan lain-lain lagi.

Hotel

Georgetown Sea View Suite

Menginap di Georgetown Sea View Suite merupakan pilihan terbaik sekiranya anda berkunjung ke Georgetown. Hotel ini terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancongan seperti Komtar iaitu hanya pada jarak 2.6km. Hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan pelbagai kemudahan kesihatan termasuk kolam air panas. Dengan segala kemudahan yang disediakan, Suite Georgetown Sea View merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda menginap.

Straits Garden Suite

Suite Straits Garden merupakan sebuah hotel yang mempunyai lokasi yang strategik terletak ditengah Bandar Jelutong. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang iaitu pada jarak 12km dan Komtar pada jarak 2.6km. Straits Garden Suite merupakan pilihan yang tepat buat pelawat yang berkunjung ke Jelutong.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved