Hotel Mewah di Kampung Lubok Buaya

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Kampung Lubok Buaya,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Kedah
    (600 Hotel)
    /
  4. Langkawi
    (422 Hotel)
    /
  5. Pantai Cenang
    (118 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai
8+ Menakjubkan
9+ Hebat
Tetapkan semula
Apply

Hotel Mewah yang Popular di Kampung Lubok Buaya

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Kampung Lubok Buaya
0 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Temui perkara yang Anda suka

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Kampung Lubok Buaya

Kampung Lubok Buaya terletak di bahagian selatan Pulau Langkawi. Kampung Lubok Buaya merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam daerah Kedawang, Pulau Langkawi dan merupakan salah satu daripada kawasan tarikan utama pelancongan di Pulau Langkawi. Ia menjadi terkenal dikalangan para pelancong kerana terdapatnya beberapa tarikan pelancongan di sini. Lokasi kampung ini yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang yang terkenal iaitu hanya pada jarak 0.88 km telah menjadikan kampung ini banyak dikunjungi oleh para pelancong. Dengan lokasi kampung ini yang strategik yang boleh dijadikan sebagai pilihan penginapan ketika berkunjung ke Langkawi. Dengan kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat disekitarnya, perkampungan yang indah ini pasti akan meninggalkan kenangan manis buat para pengunjung. Kampung Lubok Buaya pasti dapat memberikan anda ketenangan dan kedamaian setelah penat bekerja seharian.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Tiger Air, Silk Air, Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Airlines dan Firefly untuk ke Langkawi. Penerbangan secara terus juga turut disediakan dari Pulau Pinang, Singapura, Kuala Lumpur, Hat Yai dan Phuket ke Langkawi. Dari lapangan terbang and boleh menaiki teksi atau menyewa kereta untuk ke Kampung Lubok Buaya.

Menggunakan Bot

Anda boleh menaiki feri ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri ekspres yang disediakan secara berjadual dari Kuala Kedah di Negeri Kedah dan Kuala Perlis di Negeri Perlis untuk ke Pulau Langkawi. Perjalanan dari Kuala Kedah akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 15 minit. Perkhidmatan feri ke Langkawi juga turut disediakan dari Pulau Pinang dan juga Satun,Thailand. Dari jeti anda boleh menaiki teksi atau menyewa kereta sewa untuk ke Kampung Lubok Buaya.

Tarikan Pelancongan

Pantai Chenang

Pantai Chenang merupakan destinasi wajib dilawati sekiranya anda berkunjung ke Kampung Lubok Buaya yang terletak hanya 0.88 km atau 2 minit pemanduan dari Kampung Lubok Buaya ke pantai. Pantai Cenang merupakan bandar di pantai yang paling sibuk di Pulau Langkawi dimana anda boleh melihat pelbagai jenis kafe dan restoran dan juga kedai menjual cenderamata serta kedai menjual barangan bebas cukai disepanjang pantai. Hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ianya merupakan destinasi popular dikalangan para pelancong bersama keluarga. Anda boleh berjalan kaki disepanjang pantainya yang berpasir lembut dan puteh bersih sambil menikmati keindahan pantainya yang cantik dan menarik.

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di Malaysia dan telah menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Terletak di bahagian Selatan Pantai Cenang dan bersebelahan dengan Kompleks membeli belah zon bebas cukai, hanya 1.1km dari Kampung Lubok Buaya. Anda boleh melihat lebih daripada 200 jenis spesis hidupan laut seperti ikan air tawar dan ikan laut, anjing laut, burung penguin, ikan jerung, pari gergasi dan ikan piranha amazon.

Muzium Taman Padi

Muzium Taman Padi adalah sebuah galeri di dalam Laman Padi yang mempamerkan koleksi artifaks, gambar, pedati lembu dan peralatan yang digunakan untuk membajak padi serta catatan sejarah mengenai tanaman padi di Pulau Langkawi. Terletak hanya 1.5km dari Kampung Lubuk Buaya, ianya pasti akan meninggalkan satu kenangan yang terindah buat para pengunjung. Muzium ini terbahagi kepada Galeri Warisan, Galeri Padi, Taman Herba dan Lain-Lain Spesis Herba. Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk anda melawat muzium ini.

Chenang Mall

Anda boleh menghabiskan masa anda beberapa jam di Pusat Membeli Belah Chenang atau Chenang Mall ini untuk membeli belah, makan dan juga untuk berhibur ketika anda berkunjung ke Kampung Lubok Buaya kerana lokasinya hanya 2 km atau 5 minit pemanduan dari Kampung Lubok Buaya. Pusat membeli belah ini terletak berhadapan dengan laut di jalan utama di Pantai Cenang dan ianya telah dibina untuk memudahkan para pengunjung membeli belah. Pusat Membeli Belah Chenang menempatkan kebanyakan kedai-kedai yang ternama dibawah satu bumbung seperti The Loaf, Starbucks, KFC, Guardian, Old Town White Coffee, Bank Maybank dan banyak lagi.

Langkawi Sky Bridge

Langkawi Sky Bridge yang terletak di puncak stesen kereta kabel Langkawi mempunyai jambatan bengkok sepanjang 410 kaki di puncak Gunung Mat Cincang pada ketinggian 2,300 kaki di atas paras laut. Anda pasti akan terpesona dengan pemandanganya yang indah kerana dapat melihat keseluruhan pemandangan hutan hijau serta pulau-pulau kecil di Langkawi dari atas puncak gunung.

Hotel

Langkawi Chantique Resort

Langkawi Chantique Resort merupakan resort bertaraf 3 bintang yang dibina di kawasan kejiranan yang baik di Kampung Lubok Buaya. Resort ini menawarkan lokasi yang terbaik kerana terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (3.6km) dan Pantai Chenang (0.8km). Bagi para pengunjung yang mencari penginapan selesa untuk diinapi, Langkawi Chantique Resort merupakan penginapan yang paling tepat untuk anda.

Tok Man Inn

Menginap di Tok Man Inn adalah pilihan yang terbaik sekiranya anda berkunjung ke Kampung Lubok Buaya. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai lokasi yang strategik, terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (3.5km) dan destinasi tarikan utama pelancongan seperti Laman Padi Langkawi (0.36km) dan Underwater World Langkawi (1.2km). Ianya mempunyai lokasi yang baik dan turut menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung.

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kampung Lubok Buaya

8.0
Menyenangkan
416 ulasan dari hotel di Kampung Lubok Buaya dengan purata penarafan 8.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kampung Lubok Buaya akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
RH
Rozila Harith
5.4
/ 10
1 Nov 2023
The Village Langkawi
Bilik penuh dengan lipas. Dalam gambar dengan realiti tak sama. Jangan booking la. Kalau tak menyesal je korang. Tak sempat nak snap pic sebab kelam kabut banyak sangat lipas geli aku.
movie o.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
29 Nov 2021
Izz Room Motel
Perfect untuk rehat-rehat, dekat dengan pantai chenang, environment ok
norhayati
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
6 Oct 2022
Chenang Inn
Bantal dan selimut berbau tak basuh, bersawang. Air cont temp rosak, susah cari tempat, tempat iron kotor, bilik sempit giler
NUR I. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
7.2
/ 10
8 Feb 2019
Inapan Aishah
Semua selesa cuma air bertakung sila perbaiki..
Alma C. B.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
2 Jan 2019
Rainbow Lodge Langkawi
perjalanan kedua saya ke langkawi dan kali kedua juga tinggal di sana. baik untuk berehat. mendapat tempat letak kereta. sangat dekat dengan pantai cenang dan tiada bunyi kereta atau apa-apa. amat disyorkan.
Mohd A. A.
Ini adalah profil peribadi.
10.0
/ 10
12 Nov 2017
Alpha Motel
Tempat yang sunyi dan selesa untuk tidak jauh dari pantai Chenang, akses percuma dan mudah untuk kehebatan
Febrian S. Y.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
27 Apr 2018
Cenang Valley Inn
Katil yang teruk menjadikan sakit badan teruk
SITI U. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
6 Oct 2021
Sri Embun Resort
Memamg terbaik..bilik yang selesa,tandas yang bersih..staf pon sangat ramah..mmg terbaik sgt2...
Nazrul A.
Ini adalah profil peribadi.
5.5
/ 10
22 Aug 2022
OYO 90561 Awan Biru Motel
Cadar macam tak dibasuh, ada habuk dan sisa-sisa rambut. Air dalam tandas bertakung sebab lubang agak tersumbat. Aircond kurang sejuk walaupun suhu paling rendah. Susah nak berurusan sebab staff kerap tiada di lobi / kaunter. Mohon pihak berkenaan tingkatkan kualiti. Terima kasih.
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved