amaran

Hotel Bajet di Kuala Berang, Hulu Terengganu

Tentang

Kuala Berang merupakan bandar terbesar dalam jajahan Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ianya pernah menjadi ibu kota negeri Terengganu sebelum dipindahkan kepada Kuala Terengganu. Dalam Bahasa Melayu, perkataan ‘kuala’ bermaksud gigi air sungai dan Kuala Berang memperoleh namanya menurut lokasi di mana tempatnya Sungai Berang bertemu dengan Sungai Terengganu. Turut terdapat cerita mengatakan bahawa penduduk tempatan menamakannya Kuala Berang mengikut nama spesis buluh yang dikenali sebagai ‘buluh berang’ yang tumbuh meliar sekitar tebing Sungai Berang dan Sungai Terengganu. Pada zaman dahulu, kaum Cina pula menggelarkan kawasan itu sebagai Fo-Lo-Ann. Pada tahun 1887, Batu Bersurat Terengganu yang bersejarah telah dijumpai di Kuala Berang. Maka, ianya dipercayai bahawa di sinilah penempatan manusia terawal di Terengganu. Penemuan artefak lain juga ditemukan di Gua Bewah dan Taat di Tasik Kenyir yang mendapat perhatian ahli arkeologi. Begitu juga dengan lokasi makam pahlawan terbilang negeri Pahang seperti Tok Gajah, Tok Indera dan Tok Pauh, yang kesemuanya berada di Kuala Berang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Kuala Terengganu disediakan oleh Malaysia Airlines, Air Asia dan Firefly. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk menuju ke Kuala Berang.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan menyusur mengikut laluan susur keluar Gemuruh sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Berang.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terletak di Kuala Terengganu. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Transnasional, KKKL, Ekspres Mutiara, Ekspres Sani dan banyak lagi. Dari terminal bas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk menuju ke Kuala Berang.

Tarikan Pelancongan

Tasik Kenyir

Kuala Berang bertindak sebagai laluan masuk ke Tasik Kenyir yang terkenal. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia malahan di Asia Tenggara juga. Pakej lawatan sekitar Tasik Kenyir biasanya memperuntukkan sesi lawatan ke beberapa kawasan tumpuan popular seperti lawatan ke air terjun popular seperti Lasir, Lata Terap, Petuang, Soak dan Tembat. Gua yang terkenal di Tasik Kenyir pula adalah Bewah dan Taat, di mana pengunjung berpeluang untuk bersemuka dengan labah-labah harimau yang mengkagumkan. Salah satu alasan umum untuk mengunjungi Tasik Kenyir adalah aktiviti memancingnya. Kawasan memancing terbaik yang telah dikenalpasti di Tasik Kenyir adalah di Cacing, Leban, Petuang, Saok dan Sungai Terenggan. Pemancing datang ke Tasik Kenyir untuk mencuba menangkap spesis ikan seperti Kalui, Kawan, Kelah, Kelisa, Lampam Sungai dan Toman. Waktu terbaik untuk aktiviti ini adalah sewaktu musim monsun yang berlaku sepanjang Oktober hingga Mac setiap tahun.

Perkampungan Pemuliharaan Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Perkampungan Pemuliharaan Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) telah dibina pada tahun 2012 dengan misi yang hampir menyerupai Sanktuari Gajah Kuala Gandah bagi menyediakan sebuah tempat yang selamat bagi kawanan gajah agar bebas berkeliaran di dalam kawasan hutan liar yang terpelihara dan terkawal. Tempat ini adalah bersih dan gajah-gajah dijaga dengan baik. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah menunggang gajah, memandikan gajah, memberi makan kepada gajah, pertunjukan pendidikan dan kesedaran, sesi bergambar serta laluan kanopi.

Taman Air Kenyir

Taman Air Kenyir terletak di Pulau Poh, salah sebuah daripada gugusan pulau yang terletak di kawasan Tasik Kenyir. Ianya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir untuk tiba ke Taman Air Kenyir. Antara tarikan yang terdapat di taman air yang masih lagi tertakluk dalam Fasa I ini adalah gelungsur gergasi, kawasan Playstation terdiri daripada kolam pendayung dan kolam limpahan, bot pendayung serta stesen Ninja Warrior.

Batu Bersurat Terengganu

Batu Bersurat Terengganu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pedagang Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat atau Sungai Tara, Kampung Buluh di Kuala Berang selepas berlakunya banjir. Teks yang terdapat pada batu tersebut menjadi bukti yang mengesahkan Islam adalah dasar kepada sistem kerajaan Terengganu selain menjadi agama rasmi negeri.

Hotel

Hotel AJ Kuala Berang

Ini merupakan sebuah hotel bandar yang ringkas terletak di antara deretan rumah kedai disandarkan buat pengembara bajet. Ia menawarkan kemudahan yang memadai dan selesa bagi penginapan yang selamat. Ianya turut terletak di kawasan yang cukup strategik yang memudahkan untuk ke destinasi kawasan tumpuan pilihan.

Hotel Anggerik Impian

Hotel ini melayani penginapnya dengan perkhidmatan yang menyenangkan. Ia menawarkan penginapan asas yang memuaskan dan baik beserta dengan kemudahan standard. Bilik-bilik adalah agak luas, bersih dan dijaga dengan baik.

Rumah Tumpangan Orked

Rumah tumpangan ini menyediakan penginapan homestay yang berseuaian untuk percutian keluarga mahupun perkongsian bersama rakan. Para pekerja sangat ramah dan sentiasa bersedia memenuhi kehendak penginap. Bilik-bilik ditata dengan kemudahan yang memadai untuk memberikan keselesaan kepada penginapnya pada setiap ketika.

evtbvsrwfq