1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9665 Hotel)
    >
  3. Terengganu
    (289 Hotel)
    >
  4. Hulu Terengganu
    (3 Hotel)
    >
  5. Kuala Berang
    (3 Hotel)

Hotel Mewah di Kuala Berang, Hulu Terengganu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sel, 07 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Kuala Berang

Popular Landmark
Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, Hospital Hulu Terengganu

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kuala Berang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Kuala Berang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kuala Berang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Arif b. M.
Ini adalah profil peribadi.
9 Dec 2017
Sangat memuaskan dan berbaloi dengan harga. Kedai makan pon sebelah je.
AZILAH B. A. M.
Ini adalah profil peribadi.
6 Mar 2020
Aromaterapi yang menyenangkan di dalam bilik. Santai fikiran saya

Tentang

Kuala Berang adalah bandar terbesar yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia terletak 40 kilometer jauhnya dari ibu negeri Kuala Terengganu dan berada di bahagian pedalaman daerah itu. Kuala Berang merupakan pusat Hulu Terengganu, di mana semua aktiviti masyarakat tempatan berpusat di sini. Ia ia juga merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Terengganu, maka kerja-kerja pembangunan secara lumrahnya akan berlaku dengan lebih pesat di sini. Bersama-sama Hulu Terengganu, ia merupakan satu-satunya kawasan yang dikelilingi tanah di negeri ini, oleh itu ia tidak mempunyai pantai atau pulau tersendiri, tidak seperti mana-mana daerah lain dalam negeri Terengganu. Tambahan lagi, sebahagian besar kawasan ini terdiri daripada hutan. Oleh itu, dahulunya keadaan adalah sedikit lebih tenang di bahagian negeri ini. Namun disebabkan oleh pembangunan projek hidroelektrik Kenyir dan pembinaan empangan di sepanjang Sungai Kenyir, terdapat lebih banyak pelancong di kawasan ini daripada sebelumnya. Di samping itu, kawasan ini terkenal dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu. Ia ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1899 oleh seorang peniaga Arab, Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari selepas banjir kilat melanda bandar itu. Dari sudut pandangan sejarah, seluruh kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu. Kemudian pada tarikh 1 Januari tahun 1981, Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978), membawa Kuala Berang di bawah pentadbiran daerah Hulu Terengganu. Pada tahun 1985, kerja-kerja pembinaan empangan di Sungai Kenyir dimulakan untuk tujuan membina Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud. Disebabkan terdapat beberapa bentuk muka bumi yang perlu ditenggelamkan untuk pembinaan empangan tersebut, Tasik Kenyir kemudiannya terhasil dan menjadi tasik buatan terbesar seumpamanya di Asia Tenggara, meliputi kawasan seluas 260 kilometer persegi yang mengandungi 340 pulau kecil, yang pernah menjadi puncak bukit dan dataran tinggi, serta lebih daripada 14 air terjun, jeram dan sungai. Oleh itu, pelancongan eko telah berkembang dengan pesat di sini, sementara kebanyakan penduduk telah mengubah pekerjaan mereka daripada petani kepada peniaga.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses segera ke Kuala Berang. Perjalanan boleh mengambil masa sekitar 4 jam dan 10 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Menggunakan Bas

Terminal bas, KB Sentral, terletak di Kampung Buluh. Ambi perjalanan terus ke Kuala Berang dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti UBT Group Liner sebelum memilih pengangkutan awam untuk pergi ke Kuala Berang.

Menggunakan Kapal Terbang

Kuala Berang juga boleh diakses dengan menaiki penerbangan ke Kuala Terengganu. Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, tetamu boleh mengambil teksi atau pengangkutan awam ke Kuala Berang.

Tarikan Pelancongan

Kenyir Water Park

Taman Air Kenyir adalah taman air pertama dan terawal yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, dengan mengambil kira keadaan geografi Tasik Kenyir yang sesuai untuk taman air sedemikian. Ia dibuka pada tahun 2015, bersempena dengan Festival Kenyir 2015. Ia dirancang untuk tiga fasa pembangunan dengan pelbagai kemudahan dan permainan sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan. Fasa pertama termasuk sejumlah kecil kolam renang dan “paddle pool” untuk kanak-kanak serta permainan air seumpama “Ninja Warrior” yang terhad kepada orang dewasa sahaja. Terdapat juga seksyen di mana cenderahati dijual dan kawasan gazebo dan berkelah yang sesuai untuk pengunjung yang datang dalam kumpulan untuk berehat dan menikmati masa yang berkualiti bersama-sama.

Terengganu Inscription Stone Memorial

Rasanya tidak lengkap untuk bercakap tentang Kuala Berang tanpa menyebut tempat ini. Memorial ini menempatkan Batu Bersurta Terengganu yang asal, di mana pengunjung boleh datang dan melihat dengan lebih dekat dan merenungkan batu inskripsi ini sendiri. Ia adalah batu granit yang mengandungi inskripsi Melayu klasik yang ditulis dalam tulisan Jawi yang mencatatkan bukti kedatangan awal agama Islam di negeri ini.

Kenyir Elephant Conservation Village

Satu lagi tempat menarik untuk bersiar-siar apabila pengunjung di Kuala Berang adalah Kenyir Elephant Conservation Village yang merupakan tarikan terbaru di sekitar Tasik Kenyir. Baru sahaja dibuka pada tahun 2012, ia menempatkan gajah-gajah tempatan yang diselamatkan dari seluruh negeri.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved