Lebih lanjut tentang hotel di Merang
Chalte ini sesuai untuk mereka yang mencari tempat penginapan di bandar Merang. Mereka mempunyai penyambut tetamu 24 jam yang boleh menyambut tetamu mereka atau membantu dengan sebarang keperluan tetamu mereka pada bila – bila masa. Ini adalah tempat penginapan yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang bagus dan juga tahap keselesaan yang tinggi.
Merang yang sering disalah tafsirkan degan sebuah tempat lagi bernama Marang, terletak di daerah bernama Setiu. Ia terletak 25 kilometer utara dari bandar Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, Malaysia. Merang secara tradisionalnya ialah perkampungan nelayan oleh itu makanan laut adalah salah satu tarikan utama bandar ini. Pengunjung kini mula menyedari akan keindahan bandar ini tetapi walau bagaimanapun mereka masih berjaya untuk mengekalkan keaslian tempat tersebut dan masih berjaya untuk memberi ketengangan dan keindahan kepada pengunjung yang melawat bandar ini.
Bagaimana untuk ke Destinasi
Menggunakan Kapal Terbang
Pengunjung boleh mengambil penerbangan domestik seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang terus ke Kuala Terengganu. Akan ada banyak teksi yang akan menunggu untuk membawa pengunjung ke hotel mereka. Masa perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Menggunakan Kereta
Dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan. Pengunjung boleh mengambil susur keluar ke Tangkak sebelum mengambil Lebuhraya Segamat – Kuantan untuk menghala ke Pantai Timur. Ia akan mengambil masa lebih kurang 7 jam dan 35 minit untuk sampai ke Merang. Perjalanan adalah lebih kurang 614.3 kilometer jauh.
Menggunakan Bas
Terdapat pelbagai jenis bas yang menghala ke Kuala Terengganu. Antaranya adalah Transnasional dan Plusliner. Kemudian dari situ, pengunjung boleh mengambil bas tempatan untuk ke Setiu yang kemudiannya boleh menghala ke Merang.
Tarikan Pelancongan
Pantai Merang
Pantai Merang terletak di persisiran Laut China Selatan. Pantai ini mempunyai pasir yang putih dan air yang sangat biru. Ia adalah sebuah pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti air seperti snorkeling, berenang dan juga selam skuba.
Laguna Setiu
Ini adalah tempat pemeliharaan yang dimulakan oleh pihak kerajaan Terengganu. Setiu adalah satu-satunya tempat yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berkaitan: laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan bakau. Oleh itu, tempat ini dibina untuk memelihara dan mengkaji dan memelihara keindahan alam Setiu.
Hotel
Sutra Beach Resort
Resort ini terletak secara strategik berdekatan dengan banyak kemudahan awam oleh itu ia adalah agak mudah untuk dicari. Lokasinya yang berdekatan dengan pantai membuatkan resort ini mempunyai pemandangan yang cantik di sekelilingnya dan membuatkan tetamunya berasa sangat tenang ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak dari laut. Tambahan pula mereka mempunyai kafe tersendiri yang boleh menyediakan kehendak tetamu mereka. Mereka juga mempunyai kolam renang di samping kemudahan lain.
The Aryani Terengganu
Hotel ini terletak betul – betul di bandar Merang. The Aryani Terengganu terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan jarak lebih kurang 20.91 kilometer manakala Lapangan Terbang Redang dalam 27.41 kilometer jauh. Dengan lokasi mereka kini, mereka masih terletak di pantai yang sangat cantik dengan pemandangan yang indah. Perkhidmatan yang diberi pula adalah sangat bagus di samping hotel ini mempunyai kemudahan yang baik.
Kembara Resort
Resort ini terletak secara strategik berdekatan dengan banyak kemudahan awam oleh itu ia adalah agak mudah untuk dicari. Resort ini jauh dari hiruk pikuk bandar oleh itu ia akan memberi tetamu mereka sedikit kedamaian ketika menetap di sini. Mereka juga mempunyai penyambut tetamu 24 jam yang boleh membantu tetamu mereka dengan sebarang pertanyaan atau keperluan. Tambahan pula mereka menawarkan pelbagai jenis kemudahan untuk membuatkan masa menginap di sini lebih mudah dan selesa.
G Rimbun Chalet
Chalet ini sesuai untuk mereka yang mencari tempat penginapan di bandar Merang. Mereka mempunyai penyambut tetamu 24 jam yang boleh menyambut tetamu mereka atau membantu dengan sebarang keperluan tetamu mereka pada bila – bila masa. Ini adalah tempat penginapan yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang bagus dan juga tahap keselesaan yang tinggi.
Merang Suria Resort
Ini adalah resort yang selesa dan sangat sesuai untuk mereka yang ke Merang. Mereka mempunyai Wifi yang membantu tetamu mereka untuk kekal berhubung. Mereka juga mempunyai kafe tersendiri yang boleh menyediakan kehendak kulinari tetamu mereka. Ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan tapi masih di bajet yang rendah.































