Hotel Pulau Duyong

Tempah Hotel di Pulau Duyong Bermula dari RM 126 dengan Traveloka

Temui hotel terbaik di Pulau Duyong untuk penginapan yang sempurna.

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai
8+ Menakjubkan
9+ Hebat
Jenis Penginapan
Toggle filter card
Hotel
Ryokan
Apartmen
Kemudahan Popular
Toggle filter card
Restoran
Sarapan Tersedia
Daftar Masuk Awal
Pengangkutan dari Lapangan Terbang
Daftar Keluar Lewat
Lihat Semua
Lebih Fleksibel
Toggle filter card
Pembatalan Percuma
Bayar di Hotel
Kemudahan Unik
Toggle filter card
Bar & pub
Kemudahan Bilik
Toggle filter card
Tab mandi
Pengering rambut
Bilik Tidak Merokok
Penyaman udara
Pilihan Traveloka
Toggle filter card
Tepi Sungai
Tetapkan semula
Apply

Atau, boleh semak hotel di Kuala Nerus, tidak terlalu jauh dari Pulau Duyong

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Kuala Nerus
59 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular
Place2Stay Gong Badak 1, Hotel Pulau Duyong
Hotel
Gong Badak, Kuala Nerus

Sold out

 89822 Hotel As Salam 1, Hotel Pulau Duyong
Hotel
Seberang Takir, Kuala Nerus
Akses kerusi roda

Sold out

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang terletak di Terengganu. Menurut sebuah legenda lama, pada zaman dahulu, dua ekor ikan duyung telah terdampar di pantai sewaktu musim air surut di pulau ini. Tidaklah diketahui sama ada kedua-duanya merupakan pasangan adik beradik, pasangan berlainan jantina ataupun pasangan ibu dan anak. Antara tarikan pelancong di sini adalah Galeri Seni Duyong, Kota Lama Duyong dan Bengkel Pembuatan Bot Tradisional. Akhiri hari anda di beberapa hotel di Pulau Duyong untuk pengalaman penginapan yang selesa.

Temui perkara yang Anda suka

Tinggal berhampiran dengan tempat menarik

Jangkau tempat popular dengan masa yang singkat dari penginapan Anda

Lebih lanjut tentang hotel di Pulau Duyong

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian gigi air Sungai Terengganu. Pada asalnya, kawasan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil. Setelah beberapa tahun berlalu, proses pemendapan telah menyatukan kedua-dua kawasan tersebut.

Menurut sebuah legenda lama, pada zaman dahulu, dua ekor ikan duyung telah terdampar di pantai sewaktu musim air surut di pulau ini. Tidaklah diketahui sama ada kedua-duanya merupakan pasangan adik beradik, pasangan berlainan jantina ataupun pasangan ibu dan anak. Pulau terbabit telah dinamakan sebagai ‘Pulau Duyong’ bersempena peristiwa itu di mana, kawasan tanah yang lebih luas diberikan nama Pulau Duyong Besar manakala kawasan tanah yang lebih kecil diberikan nama Pulau Duyong Kecil.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Kuala Terengganu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Pulau Duyong.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan menyusur mengikut laluan susur keluar Gemuruh sebelum meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Jambatan Sultan Mahmud dan mengambil susur keluar Pulau Duyong.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terletak di Kuala Terengganu. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Transnasional, KKKL, Ekspres Mutiara, Ekspres Sani dan banyak lagi. Dari terminal bas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau menaiki perkhidmatan Bas Bandar Warisan untuk menuju ke Pulau Duyong.

Menggunakan Feri atau Bot

Perkhidmatan feria tau bot untuk ke Pulau Duyong terdapat sama ada di jeti berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia ataupun di Jeti Shahbandar yang terletak di Pasar Payang. Tempoh masa merentasi sungai menuju ke Jeti Pulau Duyong memakan masa selama 10 minit untuk setiap perjalanan.

Tarikan Pelancongan

Galeri Seni Duyong

Galeri ini ditubuhkan bagi menyerlahkan kreativiti usahawan jalanan melalui pendedahan hasil karya seni di dalam bentuk lukisan, arca dan kraf. Pihak pengurusan juga aktif dalam menganjurkan pameran yang menggalakkan orang awam agar menghargai karya seni. Di antara projek terkini yang telah dijalankan termasuklah Pesta Seni Duyong serta program ‘Poskad ke Duyong’.

Kota Lama Duyong

Sebuah binaan istana tradisional Melayu lama dengan kombinasi elemen tempatan dan Eropah yang dibina hampir keseluruhannya menggunakan kayu. Seni ukiran kayu yang digunakan banyak menggunakan teknik tindakan seperti tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Sebenarnya, bangunan istana sekarang telah dibina semula pada tahun 1999 berikutan runtuhan yang terjadi sewaktu peristiwa banjir sekitar tahun 1986. Bangunan istana asal telah dibina pada tahun 1919 oleh seorang Majistret yang bernama Dato’ Biji Sura.

Bengkel Pembuatan Bot Tradisional

Perusahaan membina perahu kayu tempahan sendiri di Pulau Duyong adalah dimiliki oleh keluarga Pakcik Haji Abdullah. Selama beberapa tahun, beliau telah menerima tempahan untuk membuat bot tradisional daripada pelanggan tempatan mahupun antarabangsa. Apa yang mengagumkan adalah kemahiran pembuatan bot ini dilakukan dengan daya ingatan tanpa sebarang rujukan pelan. Pengunjung ke bengkel pembuatan bot di Pulau Duyong ini berpeluang menyaksikan sendiri tukang kayu berpengalaman melakukan kerja mereka.

Festival Piala Monsun

Festival Piala Monsun merupakan suatu acara tahunan kejohanan perahu layar yang diadakan di Pulau Duyong sebagai inisiatif yang mengambil peluang memanfaatkan musim monsun pada bulan November. Perahu layar untuk kejohanan Piala Monsun adalah dari jenis perahu layar perlumbaan Foundation 36. Pasukan pelayaran terkemuka dunia bersaing sesama sendiri bagi merangkul kejuaraan menjulang trofi Piala Monsun.

Pasar Payang

Sebuah bangunan dua tingkat yang bertindak sebagai pasar tempatan utama yang menjual pelbagai jenis barangan seperti hasilan segar, produk laut, makanan tempatan, barangan kegunaan rumah, pakaian serta kraftangan. Antara barangan yang menjadi pilihan adalah fabrik songket yang terkenal, sarung batik dan peralatan tembaga.

Hotel

Hotel KT Mutiara

Hotel ini menyediakan bilik yang ringkas yang didatangkan dengan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk penginapnya. Ianya merupakan sebuah pilihan penginapan yang memudahkan dan terletak hanya kira-kira 15 minit perjalanan untuk menuju ke Pulau Duyong.

Rimba Hotel

Hotel ini mempunyai kedudukan yang baik di bahagian pusat bandar dan menawarkan kemudahan perjalanan untuk ke merata tempat. Bilik yang disediakan cukup lengkap bagi menjamin keselesaan sepanjang penginapan berhampiran kawasan Pulau Duyong.

Felda Residence Kuala Terengganu

Salah sebuah hotel yang menjadi tumpuan ketika berada berhampiran Pulau Duyong. Hotel ini digemari oleh kebanyakan pengunjung solo, ditemani rakan mahupun keluarga dan ianya menawarkan pemandangan bandar ataupun pemandangan sungai yang menarik.

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Bagi percutian ataupun aktiviti santai berkeluarga, hotel ini memberikan keselesaan yang memuaskan sepanjang berada berhampiran kawasan Pulau Duyong. Ianya terletak ideal di bahagian pusat bandar, dengan kedudukan yang hampir untuk ke mana-mana kawasan tarikan pelancongan mahupun kawasan urusan perniagaan.

Duyong Marina & Resort

Hotel butik lima bintang yang unik ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang mencari keselesaan beristirehat ketika bercuti di Pulau Duyong. Nikmati perkhidmatan cemerlang dan rakamkan pengalaman yang sukar dilupakan memandangkan suasana hotel yang bersifat agak eksklusif. Hotel ini juga dikenali sebagai hos kepada kejohanan Piala Monsun saban tahun.

Baca lagi

Facts about hotel in Pulau Duyong

Total Accommodation
62 Properties
Popular Landmark
Kota Lama Duyung
Harga satu malam
serendah RM 126/malam

Soalan Lazim

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Pulau Duyong?
Kawasan terbaik untuk tinggal di Pulau Duyong ialah Gong Badak, Batu Rakit, Seberang Takir.
Apakah mercua tanda paling popular di sekitar Pulau Duyong?
The most popular landmarks in Pulau Duyong are Kota Lama Duyung
Berapa banyak hotel disenaraikan di Pulau Duyong?
Currently, there are around 62 hotels that you can book in Pulau Duyong
Berapakah harga hotel di Pulau Duyong?
Harga hotel di Pulau Duyong berbeza mengikut jenis penginapan pilihan anda. Sama ada anda memilih hotel bajet atau hotel 5-bintang di Pulau Duyong, anda boleh temui harga terbaik bermula dari RM 126 di destinasi impian ini.

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?

Hotel berhampiran tempat populer
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved