Total Accommodation | 134 Properties |
Popular Area | Pulau Redang, Kuala Ibai |
Popular Hotel | The Taaras Beach & Spa Resort, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu |
Popular Landmark | Redang Airport (RDN), Sultan Mahmud Airport (TGG) |
Jika anda berada di Kuala Terengganu, anda juga boleh melawati Lang Tengah, Pulau Redang, Batu Burok, Kuala Ibai, Kuala Nerus, Losong
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah The Taaras Beach & Spa Resort, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, ARENA Boutique Hotel Kuala Terengganu, Paya Bunga Hotel Terengganu, Felda Residence Kuala Terengganu, Redang Island Resort, Hotel Tanjong Vista, Permai Hotel Kuala Terengganu, Sumai Hotel Apartment.
Buat masa ini, terdapat sekitar 134 hotel yang boleh anda tempah di Kuala Terengganu
Kuala Terengganu digelar sebagai ibu negeri, bandar diRaja dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Terengganu antara dua negeri utama di Pantai Timur selain Kelantan yang mempunyai reputasi di seluruh Malaysia sebagai negeri yang mempunyai makanan yang enak. Jika ada rombongan ke Terengganu atau Kelantan, makanannya merupakan tarikan utama orang ramai.
Kuala Terengganu, khususnya merupakan daerah terkecil dari segi keluasannya jika dibandingkan dengan daerah lain dengan jumlah penduduk hanya sekitar 300,000 orang pada tahun 2010.
Walaupun ia merupakan daerah yang kecil, ia masih merupakan daerah yang paling popular di negeri Terengganu secara menyeluruh. Banyak hotel-hotel dan homestay yang dibangunkan di Kuala Terengganu kerana jumlah penerimaan pelancong yang tinggi setiap tahun.
Oleh kerana Kuala Terengganu tidak terlalu luas, ia sangat mudah untuk mencari lokasi-lokasi terbaik untuk menghabiskan masa anda di sana. Sama ada anda bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian, anda tetap tidak akan ketinggalan kerana semua lokasi menarik itu terletak berhampiran antara satu sama lain.
Kuala Terengganu mempunyai banyak hotel yang menarik untuk semua penjelajah, tapi berikut senarai yang sering menjadi tumpuan pelancong:
Hotel Grand Continental mempunyai variasi bilik yang dilengkapi dengan kemudahan bilik untuk penginapan yang bermakna. Bilik yang tersedia ialah Bilik Quad Deluxe, Bilik Twin Standard, Bilik Twin Deluxe, Bilik Double Standard, Bilik Triple Standard, Bilik Twin Premium, Bilik Double Deluxe, Bilik Studio Premium, Bilik Triple Deluxe, Bilik Triple Premium dan Bilik Suite Premium.
Setiap bilik bernilai dalam anggaran RM 300 hingga RM 1,000 untuk satu malam. Kadar ini bergantung kepada jenis bilik dan tempoh tempahan dilakukan kerana apabila tempahan dibuat ketika musim pelancongan, kadar bilik akan menjadi lebih tinggi daripada biasa.
Antara kemudahan yang disediakan di hotel dan dalam semua bilik termasuk tapi tidak terhad kepada bar mini, penyambut tetamu 24 jam, perkhidmatan dobi, lawatan di sekitar kawasan, kolam renang kanak-kanak, kawasan merokok dan juga tempat menukar wang asing supaya semua urusan anda dapat dilakukan dengan mudah.
Permai Hotel menyedia Bilik Deluxe yang lengkap dengan kemudahan bilik untuk memenuhi keperluan semua tetamu mereka. Kadar bilik yang disediakan di Permai Hotel beranggaran sekitar RM 500 untuk satu malam.
Antara kemudahan bilik dan kemudahan yang tersedia di hotel itu termasuklah kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan penyimpanan bagasi, peti simpanan deposit, kolam renang, kawasan merokok dan bilik keluarga. Sebagai aktiviti bersama keluarga, pihak hotel turut menyediakan kemudahan untuk berbasikal, pusat kesihatan, ping pong dan perkhidmatan mengurut.
Di Felda Residence, pengunjung boleh pilih antara Bilik Double Deluxe atau Bilik Twin Deluxe dan Bilik Double Premier atau Bilik Twin Premier. Setiap bilik ini sangat murah untuk satu malam, iaitu sekitar RM 170 sahaja.
Kemudahan yang disediakan di Felda Residence juga sangat lengkap dan bertaraf tinggi. Antara kemudahan yang anda boleh temui ketika menginap di Felda Residence termasuk tapi tidak terhad kepada bilik keluarga, perkhidmatan dobi, perkhidmatan penyimpanan bagasi, restoran dan kawalan keselamatan serta penyambut tetamu selama 24 jam tanpa henti.
Terdapat tujuh kategori bilik yang mempunyai kadar harga yang berbeza, iaitu RM 90 hingga RM 230 untuk satu malam. Bilik-bilik yang boleh ditemui di ARENA Boutique Hotel adalah Bilik Single Superior, Bilik Twin Superior, Bilik Queen Superior, Bilik King Deluxe, Bilik King Premium, Bilik Family Superior yang mempunyai tiga bilik dan Bilik Family Deluxe yang mempunyai empat bilik.
Kemudahan yang disediakan di ARENA Boutique Hotel kepada semua tetamu termasuk tapi tidak terhad kepada bilik keluarga, bilik dilarang merokok, penyambut tetamu 24 jam, Wi-Fi percuma dan ia merupakan hotel yang mesra pengguna kelainan upaya.
Bilik yang tersedia juga menepati cita rasa tetamu yang inginkan bilik yang minimalis, bersih, selesa dan tenang daripada kepesatan dunia di luar. Bilik yang disediakan ialah Bilik Twin Standard, Bilik Queen Standard, Bilik Queen Deluxe dan Bilik Keluarga. Setiap bilik berada dalam anggaran antara RM 169 hingga RM 240 untuk satu malam.
Hotel Seri Malaysia sering memastikan kemudahan hotel yang disediakan menepati standard yang ditetapkan demi memastikan tetamu sentiasa melalui pengalaman yang positif ketika menginap di hotel mereka.
Antara kemudahan yang tersedia termasuk tapi tidak terhad kepada restoran untuk sarapan, makanan tengah hari dan makan malam, akses Wi-Fi di kawasan awam, perkhidmatan penyimpanan bagasi, peti simpanan dalam bilik, kawasan khusus untuk merokok, perkhidmatan dobi dan ATM.
Bilik-bilik di TY Hotel bernilai anggaran RM 114 untuk satu malam. Bilik-bilik tersebut adalah Bilik Suite King Superior, Bilik Suite Keluarga, Bilik Queen Standard dan Bilik Triple Superior yang mempunyai tiga bilik di dalamnya.
Kemudahan yang tersedia termasuk penghawa dingin, kawasan khusus untuk merokok, televisyen dengan saluran utama, penyambut tetamu 24 jam dan Wi-Fi percuma. Keperluan asas ini mampu memastikan anda sentiasa teraga sepanjang tempoh penginapan anda.
Oleh kerana kedudukan Terengganu itu sendiri terletak di persisiran pantai, Kuala Terengganu mempunyai antara lokasi alam semula jadi yang terjaga dan wajib untuk dilawati. Kerajaan di Kuala Terengganu tegas dalam memastikan alam sekitar terjamin untuk kelangsungan hidup sehingga generasi akan datang.
Antara pantai yang wajib dilawati kerana pemandangannya yang indah adalah Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia, Pantai Batu Buruk dan Pulau Bidong. Pulau-pulau yang dinyatakan boleh dilawati kerana mereka ada menawarkan khidmat untuk melawati pulau-pulau terdekat yang ada. Anda pasti akan terpegun dengan kecantikan pantai di pulau-pulau ini.
Terengganu secara menyuluruh dihuni oleh kebanyakannya mereka yang beragama Islam. Oleh itu, anda akan temui banyak masjid-masjid di sekitar Kuala Terengganu. Masjid-masjid ini bukan sekadar tempat penduduk Islam melakukan amalannya, malah, ia juga menjadi contoh keunikan yang ada pada seni binanya.
Masjid-masjid seperti Masjid Kristal dan Masjid Terapung Kuala Ibai (atau Masjid Tengku Tengah Zaharah) antara masjid yang memukau. Pembinaannya sangat unik dan lokasinya tidak jauh dari bandar untuk singgah dan menikmati keunikannya.
Traveloka Lifestyle mengubah cara penjelajahan secara menyeluruh dan ia akan membantu anda merancang perjalanan anda ke Kuala Terengganu. Kini, pengunjung boleh membuat tempahan ke atas semua aspek penjelajahan daripada menempah hotel di Kuala Terengganu, menempah tiket penerbangan ke Kuala Terengganu, menempah tiket aktiviti yang anda akan lakukan di Kuala Terengganu.
Traveloka juga menawarkan pelbagai promosi dari masa ke semasa untuk memudahkan penjelajah merancang perjalanan mereka dari permulaan sehingga ke penghujungnya. Oleh itu, anda boleh melayari laman web atau aplikasi Traveloka untuk mendapatkan maklumat tersebut.