1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9652 Hotel)
    >
  3. Penang
    (758 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (647 Hotel)
    >
  5. Batu Ferringhi
    (66 Hotel)

Hotel Mewah di Teluk Bahang, Pulau Pinang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 03 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Teluk Bahang

EXTERIOR_BUILDING Angsana Teluk Bahang

Angsana Teluk Bahang

Hotel
Teluk Bahang, Batu Ferringhi
Mengagumkan
8.7
(111 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Bahang Bay Hotel

Bahang Bay Hotel

Hotel
Teluk Bahang, Batu Ferringhi
Mengagumkan
8.4
(49 Reviews)
Lihat Harga
See all 7 Hotels near Teluk Bahang

Facts about hotel in Teluk Bahang

Popular Hotel
Angsana Teluk Bahang, Bahang Bay Hotel
Popular Landmark
Tropical Spice Garden, Penang Butterfly Farm

Ulasan Tetamu dari Hotel di Teluk Bahang

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Teluk Bahang dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Teluk Bahang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
mohamad s. b. a. r.
Ini adalah profil peribadi.
8 Dec 2019
Semua ok kalau dapat kemudahan parking ok jugak.
MyVi M.
Ini adalah profil peribadi.
28 Feb 2023
Best, hotel baru. Siap dengan servis buggy ke pantai, Monkey Beach. Ada basikal untuk kayuh-kayuh. Staff hotel ramah dan mesra. Bilik selesa, luas. View memang AAA! InsyaAllah ke Penang akan repeat di Bahang Bay Hotel.
Zainorin A.
Ini adalah profil peribadi.
10 Feb 2019
Hanya tinggal selama satu malam. lokasi bijak bagus untuk pengembara di sebelah Taman Negara Pulau Pinang. mempunyai trekking hutan, pantai dan alam semula jadi. Bilik ok tetapi perlu diperbaiki pada pemanas air. kedua-dua bilik saya pemanas tidak berfungsi. mereka benar-benar perlu peluang untuk tidur lembaran dan sarung bantal supaya tetamu selesa. selain itu ia hanya sebaris dengan kadar.

Tentang

Terletak di hujung sempadan jalan pesisiran utara Pulau Pinang yang menarik, Teluk Bahang adalah sebuah perkampungan nelayan yang mesti anda lawati ketika anda berada di sekitar kawasan ini. Nama tempat ini membawa maksud ombak yang panas melambangkan panas angin laut yang bertiup ke pantai. Pengunjung harus peka bahawa laut di luar Teluk Bahang tidak sesuai untuk berenang di sebabkan kehadiran obor-obor yang dapat yang sering dapat dilihat. Kehadiran obor-obor ini adalah disebabkan oleh sisa kumbahan yang dilepaskan di sepanjang pantai ini. Walau bagaimanapun, kawasan ini sesuai untuk keluarga menghabiskan masa yang indah bersama-sama kerana terdapat banyak tempat yang mengujakan untuk dikunjungi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Untuk sampai ke destinasi ini, anda boleh menggunakan laluan udara sambil menikmati pemandangan dari atas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terletak berhampiran Bayan Lepas di hujung tenggara Pulau Pinang, lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang yang paling sibuk di Malaysia. Syarikat penerbangan kos rendah yang terkenal seperti FireFly dan Air Asia membuat pendaratan dan perlepasan di sini. Sekiranya anda dalam perjalanan ke bandar, anda boleh menaiki bas ulang-alik dan berhenti di destinasi. Teksi juga tersedia. Sekiranya anda datang dari utara, anda boleh menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan yang memakan masa sekitar 2 jam untuk sampai ke sini. Bas ekspres dan keretapi ETS (KTM) dengan harga yang berpatutan juga disediakan bagi mereka yang lebih suka perjalanan yang tenang dan menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan.

Tarikan Pelancongan

Entopia by Penang Butterfly Farm

Terletak di Jalan Teluk Bahang, Entopia by Penang Butterfly Farm adalah sebuah tarikan yang mesti anda dan keluarga lawati. Tidakkah ia menarik untuk memerhatikan pelbagai jenis rama-rama dan serangga terbang di sekeliling taman? Alami semuanya di Entopia. Terdapat dua dunia dalam Entopia; Taman-taman terbuka di Natureland dan pusat penemuan dalaman The Cocoon. Di Entopia, lebih daripada 150 spesies flora dan fauna yang dipamerkan kepada para pelawat. Oleh itu, anda perlu memperuntukkan beberapa jam untuk lawatan yang penuh input di sini. Jika anda berasa lapar, anda boleh singgah ke Tapestree, sebuah restoran di ladang ini yang menyajikan masakan Barat dan Asia bersama dengan minuman tropika yang enak. Tarikan ini dibuka setiap hari untuk anda dari 9.00 pagi hingga 5.30 pagi.

Taman Tema ESCAPE Adventure Play

Ingin melarikan diri dari kesibukan dan tekanan kerja? Marilah berkunjung ke ESCAPE Adventure Play Theme Park. Taman tema mesra keluarga yang mempunyai aktiviti luar yang mengujakan dan menarik ini semestinya akan merangsang adrenalin anda. Anda boleh berayun dari pohon ke pokok, menjadi penjelajah gua, melompat di udara dan melantun ke bawah lereng pelumba basikal. Harga tiket berbeza mengikut julat umur. Kanak-kanak di bawah 3 tahun dan mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun boleh memasuki taman secara percuma. Kanak-kanak dari 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM55 setiap seorang dan antara 13 hingga 60 tahun akan dikenakan bayaran RM83 setiap seorang. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Jadi, anda harus memastikan tempat ini berada dalam senarai lawatan anda!

Hotel

Iris Luxury Service Villa

Dengan harga dari RM1300 setiap malam, vila mewah ini menjanjikan penginapan yang tidak dapat dilupakan di Teluk Bahang untuk anda bersama yang tersayang. Dengan lokasinya yang terletak berhampiran dengan pantai yang menenangkan, taman negara yang menarik dan tarikan utama seperti Bukit Bendera, vila ini dibina menggunakan elemen kehidupan moden dengan alam semula jadi serta sedikit sentuhan gaya lama. Anda boleh menikmati pemandangan hijau dari tingkap anda sambil menghirup udara segar dengan orang tersayang anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berenang di kolam renang luaran sambil mendengar suara-suara alam semula jadi yang amat menenangkan. Tempat letak kereta yang disediakan boleh memuatkan banyak kenderaan dan boleh diakses untuk semua orang. Jadi, jika anda inginkan kesemua yang disebut di atas, kunjungilah ke vila ini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved