1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (944 Hotel)
    >
  4. Sandakan
    (74 Hotel)
    >
  5. Kota Kinabatangan
    (10 Hotel)

Hotel di Tommanggong

Kota Kinabatangan, Sandakan · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Tomanggong adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Kinabatangan, Sabah. Sebahagian besar daripada kawasan Tomanggong hanya dikelilingi oleh hutan, rizab hidupan liar dan Sungai Danum yang mengalir melalui pekan ini. Ekonomi di kawasan ini pula didorong oleh perladangan kelapa sawit, perhutanan dan industri berasaskan kayu. Beberapa tarikan menarik yang terdapat disini adalah Gua Gomantong, Kawasan Perlindungan Haiwan Liar Kinabatangan dan Borneo Nature Lodge. Akhiri hari anda di beberapa hotel di Tomanggong untuk pengalaman penginapan yang selesa.

Hotel popular di Tommanggong

See all 0 Hotels near Tommanggong

Facts about hotel in Tommanggong

Popular Landmark
Tomanggong Airport (TMG)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tommanggong

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tommanggong dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tommanggong akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Soalan lazim tentang Tommanggong

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Tommanggong?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Tommanggong

Tentang

Tomanggong adalah sebuah pekan kecil yang terletak 180 kilometer jauhnya dari Kinabatangan, Sabah, Malaysia. Sebahagian besar daripada kawasan Tomanggong hanya dikelilingi oleh hutan, rizab hidupan liar dan Sungai Danum yang mengalir melalui pekan kecil ini. Ia hanya dihubungkan dengan jalan darat. Terdapat lapangan terbang di Tomanggong tetapi telah ditamatkan perkhidmatannya dan kini hanya boleh diakses dari lapangan terbang berdekatan seperti Lapangan Terbang Kinabatangan dan juga Lahad Datu. Tomanggong diletakkan di bawah bidang kuasa daerah Kinabatangan dalam bahagian Sandakan.

Dianggarkan penduduk Kinabatangan secara umum termasuk di Tomanggong adalah sekitar 150,000 orang pada tahun 2010 dan demografi sebahagian besar penduduknya adalah terdiri daripada suku kaum Sungai, yang merupakan salah satu daripada kumpulan pribumi yang sememangnya berasal dari Sabah. Kawasan ini sentiasa basah dan lembap dan ada kawasan tanah rendah yang berpaya yang menjadi habitat semulajadi kepada burung-burung dan mamalia yang lebih terkenal di Sabah, contohnya, burung-burung enggang dan monyet probosis. Terdapat juga bukit-bukit batu kapur yang tersebar di seluruh tempat dengan gua semulajadi yang menjadi habitat burung walet. Secara keseluruhannya, ekonomi di kawasan ini didorong oleh perladangan kelapa sawit, perhutanan dan industri berasaskan kayu.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Kinabatangan dan Lahad Datu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila tiba di lapangan-lapangan terbang tersebut, tetamu boleh menuju ke Tomanggong menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kereta.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kinabatangan boleh memandu melalui Laluan 13 / AH5 / AH150 untuk akses segera ke Tomanggong. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 3 jam dan 40 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Begitu juga, mereka yang memandu dari Lahad Datu boleh memandu melalui Jalan Lahad Datu - Tungku untuk akses segera ke Tomanggong. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Tarikan Pelancongan

Gua Gomantong

“Gomantong Caves” atau Gua Gomantong adalah sistem gua yang rumit yang terletak di dalam Bukit Gomantong di Kinabatangan, Sabah. Bukit itu sendiri adalah antara bukit batu kapur terbesar yang terdapat di kawasan Kinabatangan Rendah. Memandangkan penempatan gua ini berada di dalam hutan simpanan Jabatan Perhutanan Sabah, gua ini dan kawasan sekitarnya adalah kawasan yang dilindungi untuk hidupan liar dengan perhatian khusus kepada orang utan. Kawasan gua utama dibahagikan kepada Gua Hitam yang lebih mudah dilawati dan Gua Putih yang lebih besar yang terletak di bahagian atas. Nama gua ini merujuk kepada jenis sarang yang dihasilkan oleh burung walet. Gua Hitam terbuka kepada orang ramai manakala Gua Putih hanya boleh diakses oleh pendaki yang berpengalaman. Satu-satunya cara untuk ke gua ialah laluan kayu yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam gua. Gua Gomantong ini amat terkenal untuk sarang burung walet yang boleh dimakan yang berkualiti tinggi yang dapat menjana harga yang sangat tinggi di pasaran terutama untuk yang berwarna putih. Selain dari burung walet, terdapat juga haiwan lain seperti kelawar dan burung “bathawk”.

Kawasan Perlindungan Haiwan Liar Kinabatangan

Satu lagi tempat menarik di sekitar ialah Tempat Perlindungan Hidupan Liar Kinabalu. Penubuhan tempat perlindungan hidupan liar ini agak baru. Ia adalah reaksi terhadap penemuan mengejutkan kepala gajah yang dipenggal yang terapung di sungai pada tahun 2006. Sebagai tindakan balas terhadap insiden ini, kawasan sekitar Sungai Kinabatangan terus diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri 1997 dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Terletak dekat dengan Sungai Kinabatangan, tempat perlindungan hidupan liar ini adalah habitat utama dan merupakan ekosistem semula jadi kepada gajah pygmy, orangutan, monyet probosis, buaya air masin, badak sumbu, burung enggang dan pelbagai jenis flora.

Borneo Nature Lodge

Terletak di kawasan yang berhampiran dengan tebing Sungai Kinabatangan, Borneo Nature Lodge menawarkan pemandangan indah di sekitar sungai, menjadi sebuah resort yang tidak mengorbankan kehijauan demi kemajuan, malah telah menyesuaikan diri dan menggunakan kehijauan tersebut untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung. Aktiviti yang dianjurkan di resort termasuk pelayaran di sungai, “jungle trekking”, melihat burung, berjalan malam dan berjalan di kampong serta penanaman pokok. Penginapan juga disediakan oleh pihak resort, oleh itu pengunjung tidak perlu bimbang tentang tempat tinggal.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved