Avani Sepang Goldcoast Resort menjanjikan anda dengan sesuatu yang menarik, tidak kira dari segi pemandangan, malah dari segi perkhidmatan dan aktiviti-akiviti yang disediakan. Resort ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009. Apabila anda ingin menempah resort ini, masa untuk daftar masuk adalah pada pukul 15:00 dan daftar keluar pada pukul 12.00. Setiap bilik penginapan dibina dengan balkoni yang berhadapan dengan pemandangan laut selain disediakan penghawa dingin dan televisyen. Lokasi resort yang strategik bagi mereka yang ingin pergi ke lokasi yang menarik di sekitar Sepang mahupun di sekitar resort.
Di sini anda akan mendapatkan percutian yang menarik dan hebat serta menjanjikan kenangan yang tidak dapat dilupakan Suasana penginapan ini dikelilingi dengan pemandangan yang nyaman dan menenangkan. Kami menjanjikan anda satu kenangan yang manis di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Lokasi penginapan yang strategik terletak di No 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, Sungai Pelek, 43950 Sepang yang berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik dan stesen pengangkutan awam serta lapangan terbang antarabangsa.
Ia mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak 16.25 km dari resort ini. Untuk peminat-peminat formula One, penginapan ini merupakan pilihan yang paling ideal kerana ia terletak kira-kira sejauh 18.26 km dari Avani Sepang GoldCoast Resort. Selain itu, sekiranya anda seorang pengembara, anda tidak perlu risau kerana resort ini terletak kira-kira sejauh 25.13 km untuk ke stesen ERL yang terletak di Salak Tinggi.
Avani Sepang Goldcoast Resort menyediakan beberapa buah villa dan 315 buah bilik mampu milik dan mengikut keselesaan dan kepuasan anda. Kemudahan WiFi dan ruang meletakkan kenderaan juga disediakan. Antara bilik-bilik yang disediakan ialah villa yang mempunyai 2 katil tersedia. Di villa ini dapat menempatkan 5 orang dewasa atau 3 orang dewasa dengan 2 orang kanak-kanak atau 2 orang dewasa beserta 3 orang kanak-kanak serta berkeluasan 122 meter persegi pada harga RM 712.
Lokasi villa beserta 2 bilik tidur ini terletak berhadapan dengan dengan laut dan amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan perasaan. Villa yang dilengkapi 3 katil pula mampu menampung 6 orang dewasa atau 3 dewasa dengan 3 orang kanak-kanak atau 4 orang dewasa dengan 2 orang kanak-kanak dengan berkeluasan 232 meter persegi dan amat sesuai untuk mereka yang memerlukan privasi. Harga villa ini juga berpatutan iaitu pada harga RM 1,944. Villa keluarga berkeluasan 82 meter persegi yang dapat menampung 4 atau 3 orang dewasa dengan seorang kanak-kanak atau 2 orang dewasa dengan 2 orang kanak-kanak.
Di resort ini juga menyediakan 2 buah restoran yang dapat memenuhi citarasa dan selera anda tidak kira peringkat umur. Antara pilihan makanan yang disediakan ialah makanan barat, makanan tradisional setiap kaum di Malaysia, pelbagai kuih-muih serta pencuci mulut pada harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat juga 2 buah bar yang sesuai kepada mereka yang menginginkan hiburan.
Bagi mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan suasan yang menenangkan jiwa, aktiviti lawatan ke tanaman pokok-pokok bakau yang dikelilingi dengan bunyi-bunyian alam seperti burung, monyet dan pelbagai jenis haiwan-haiwan yang eksotik. Lawatan ini mengambil masa setengah hari. Selain itu, lawatan ke kampung-kampung untuk mengetahui cara kehidupan di kampung dan aktivti pertanian yang dijalankan. Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama “Banghuris”. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti-aktivti menarik seperti memanah, bermain go-kart, paintball, kanu, kapal layar dan macam-macam lagi.
Demi menjaga keselamatan para pengunjug, terdapat seorang staf yang akan memberi keterangan mengenai aktivit lasak yang akan dilakukan. Pengawasan daripada penjaga aktivti yang melibatkan kanak-kanak juga disediakan. Selain itu, tidak terkecuali tawaran untuk kanak-kanak yang menjanjikan kenangan yang termanis bagi mereka denga AVANIKIDS. Di kelab Avanikids ini terdapat aktiviti yang merangsang kemahiran motor anak-anak dan daya kreativiti mereka. Antara aktiviti yang disediakan adalah melukis, mewarna, berzumba, ativiti seni dan pelbagai lagi.
Pasti anda inginkan sesuatu yang relaks dan santai. Spa di Avani Sepang Goldcoast Resort pasti ada jawapan untuk anda yang seharian letih melayan kerenah anak-anak. Pastikan anda mendapatkan urutan Melayu tradisional yang menjadi pilihan ramai di spa ini. Terdapat juga pelbagai majlis dianjurkan di resort ini kerana terdapat pilihan ballroom yang meluas untuk dijadikan tempat menyatukan cinta sejati antara dua pihak, iaitu majlis perkahwinan yang mewah dan luar biasa. Selain itu, ballroom ini juga dapat dijadikan tempat mesyuarat yang eksklusif dan kondusif untuk sebarang urusan perniagaan.
Jika anda bercuti di ibu negara di Malaysia, penginapan di resort ini patut dijadikan pilihan utama anda. Ini kerana jaraknya ke Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama. Selain itu, lokasi resort ini yang berhampiran dengan lapangan terbang memudahkan anda untuk ke serata Malaysia dengan hanya menaiki kapal terbang. Lokasi yang menarik di sekitar kota raya Kuala Lumpur ialah Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Muzium Negara, Istana Negara, Pusat Sains Negara dan pelbagai bangunan ikonik yang menarik perhatian anda.
Bagi kaum wanita pula, aktiviti membeli-belah merupakan antara aktiviti yang dinanti-nantikan. Antara tempat yang selalu dikunjungi seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Sogo, Pavilion dan pelbagai lagi tempat yang menarik pada tawaran harga yang berpatutan. Anda juga boleh menikmati cuti anda di sekitar kawasan resort dengan panorama pantai yang menarik dan menenangkan jiwa.
Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, resort ini dapat memberikan anda kepuasan yang tiada tandingan dalam mencari ketenangan. Sempena musim cuti sekolah ini, terdapat tawaran yang istimewa, iaitu jika anda menginap selama 2 malam atau lebih, anda akan disediakan dengan sarapan pagi serta minuman koktel yang disediakan untuk 2 orang, bilik yang selesa dan pelbagai lagi. Avani Sepang Goldcoast Resort pernah dianugerahkan dengan anugerah sijil kecemerlangan pada tahun 2014 oleh Tripadvisor. Jadikan resort ini pilihan utama anda.
Untuk pengetahuan anda, hotel ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada tetamu yang pernah menginap di sini. Mereka sangat berpuas hati terhadap servis yang diberikan dan layanan staf di sini sangat mesra. Selain itu, kawasan kolam renang yang disediakan di sini sangat luas dan hebat. Tambahan lagi, bilik yang disediakan sangat selesa dan pemandangannya sangat cantik.
Jadi, tempahlah Avani Sepang Goldcoast Resort di laman web rasmi traveloka.com sekarang untuk mendapatkan harga yang berpatutan!
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |