Bara Impiana Suitestay merupakan pilihan penginapan yang tepat buat para tetamu yang mencari penginapan gaya suite di Kuala Terengganu. Ianya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang, restoran dan juga Bandar Kuala Terengganu. Penginapan bertaraf 3 bintang ini juga terletak berhampiran dengan tarikan utama pelancongan seperti Pasar payang, Istana Badariah dan Masjid Kristal. Bara Impiana Suitestay terletak di alamat Lot 26749, Jalan Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Terengganu. Penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan serba moden dan perkhidmatan kakitangan yang terbaik. Terdapat 3 jenis kategori bilik penginapan untuk pilihan para tetamu. Setiap jenis bilik mempunyai kemudahan peralatan moden dan ruang yang luas lengkap dengan kemudahan asas di bilik. Para tetamu juga boleh mencuba juadah makanan yang terdapat di restoran terkenal yang berada berhampiran dengan hotel ini. Dengan kedudukan lokasi hotel yang strategik dan keselesaan bilik penginapannya menjadikan Bara Impiana Suitestay ini sebagai pilihan penginapan yang tepat buat anda yang berkunjung ke Kuala Terengganu.
Bara Impiana Suitestay boleh dihubungi dengan menaiki kapal terbang, bas ataupun memandu. Anda boleh menaiki penerbangan ke lapangan terbang yang berdekatan iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang terletak hanya 11 km dari hotel. Sekiranya anda bercadang untuk memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur yang akan mengambil masa pemanduan lebih kurang 4 ke 5 jam. Selain itu juga, Kuala Terengganu boleh dihubungi dengan menaiki bas ekspress dari seluruh lokasi di Semenanjung Malaysia. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas Darul Iman Ekspress, Kesatuan Ekspress atau Transnasional Ekspress terus ke Terminal Bas Kuala Terengganu. Dari situ anda boleh menaiki teksi untuk ke Bara Impiana Suitestay. Terdapat beberapa mercutanda utama yang berada berhampiran dengan Bara Impiana Suitestay. Antaranya ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan sekiranya anda berada di lapangan terbang tersebut, anda sebenarnya telah berada hampir dengan Bara Impiana Suitestay.
Bara Impiana Suitestay menawarkan bilik penginapan yang selesa dan luas pada harga yang berpatutan. Penginapan ini mempunyai sejumlah 7 bilik dan 3 jenis kategori bilik termasuk apartment 2 bilik, bilik deluxe dan juga superior. Suasana yang tenang dan kesegaran udara boleh dirasai di kesemua bilik penginapan yang terdapat di Bara Impiana Suitestay. Bilik bebas merokok, penghawa dingin, peti ais, pembancuh teh dan kopi, peti ketuhar gelombang, kipas, tv skrin rata dan balkoni juga merupakan di antara kemudahan yang disediakan di penginapan ini.
Apartment 2 bilik mempunyai keluasan 108 kaki persegi dan dilengkapi dengan 1 katil saiz permaisuri di bilik pertama dan 2 katil bujang di bilik kedua. Para tetamu boleh menikmati kemudahan asas di bilik seperti penghawa dingin, kipas, meja bekerja, kawasan rehat, dapur, TV skrin rata dan wi-fi percuma.
Superior room mempunyai keluasan 108 kaki persegi dengan bilik yang bersih dan dihiasi serba santai. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil saiz permaisuri. Bilik ini sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu atau mempunyai urusan pekerjaan. Kemudahan asas yang disediakan termasuklah pancuran mandi, meja kerja, peti ketuhar gelombang, almari pakaian dan banyak lagi.
Deluxe room mempunyai keluasan 108 kaki persegi dengan pemandangan taman. Bilik ini dilengkapi dengan 1 kati saiz permaisuri dan i katil bujang yang didatangi dengan tilam dan bantal yang selesa. Bilik ini juga turut dilengkapi dengan tv skrin rata, meja kerja, peralatan dapur, air minuman percuma, almari pakaian dan kemudahan menggosok baju.
Para tetamu boleh menikmati juadah makanan yang dihidangkan di restoran yang berhampiran dengan Bara Impiana Suitestay. Anda boleh mencuba menjamu selera di restoran NR Cafe, BB Seafood Garden dan restoran Hot Hot. Kesemua restoran ini terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari Bara Impiana Suitestay. Restoran NR Cafe ini terkenal dikalangan para tetamu hotel dan hanya terletak 1.7 km sahaja dari penginapan ini. Kesemua restoran menghidangkan menu makanan barat, tempatan dan tradisional untuk para tetamunya. Para tetamu juga boleh beristirahat di restoran ini sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat disini.
Bara Impiana Suitestay juga turut menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang hebat untuk manjadikan pengalaman penginapan anda sebagai sebuah kenangan yang terindah. Anda boleh menikmati kemudahan Wi-Fi percuma di bilik dan kawasan awam, kawasan letaka kereta dan juga bilik keluarga. Para tetamu juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di bilik seperti pembancuh teh dan kopi, meja kerja, kemudahan seterika, peralatan dapur, televisyen skrin rata dan banyak lagi. Hotel ini juga turut menawarkan pelbagai kemudahan peralatan rekreasi termasuklah peralatan berkebun untuk kemudahan para tetamu untuk melakukan aktiviti riadah selepas penat bekerja seharian.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 22:00 - 08:00 - 12:00 |
Bilik tersedia di Bara Impiana Suitestay | 3 |
Bilangan tingkat di Bara Impiana Suitestay | 1 |
Fasilitas lain di Bara Impiana Suitestay | Kaunter, Peti sejuk, TV, Pancuran mandi, Pancur mandi dan tab berasingan |