PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(12,728 hotel)
  3. Selangor(1,552 hotel)
  4. Sepang(107 hotel)
  5. Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Hotel
No .1, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang, Selangor, Malaysia, 43900
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2019: Keseluruhan Terbaik
EXTERIOR_BUILDING Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle
EXTERIOR_BUILDING Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle
LOBBY Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle
LOBBY Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle
RESTAURANT Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.1 Menyenangkan

Daripada 1,557 ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Bilik yang bersih dan airport transfer percuma sangat bagus.
Ismadi I.
Kemudahan
Penyaman Udara
Restoran
Meja Depan 24j
Parkir
Lif
WiFi
Butiran Lokasi
No .1, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang, Selangor, Malaysia, 43900
Kawasan Berhampiran
Salak Tinggi ERL StationPusat Pengangkutan
2.38 km
Sepang International CircuitSukan
5.34 km
Nilai Medical CentrePerkhidmatan Awam
5.62 km
Universiti Sains Islam MalaysiaPendidikan
7.77 km
Popular di Kawasan ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL)Pusat Pengangkutan
6.94 km
Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS)Pusat Pengangkutan
30.22 km
Sunway Lagoon Theme ParkAktiviti & Permainan
31.93 km
Bukit BintangAlam Semula Jadi
38.00 km
Jarak yang ditunjukkan dikira mengikut jarak garis lurus, dan mungkin berbeza dengan jarak perjalanan sebenar.
Terokai Tempat Lain di Peta
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 1,557 ulasan

8.1
Menyenangkan
Hebat
250
Bagus
954
Memuaskan
86
Biasa
267
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
AI
7 Ulasan
Perjalanan perniagaan
9.7
/ 10
9.7
Hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai penerbangan pada awal pagi atau tiba pada lewat malam di KLIA. Menyediakan perkhidmatan free shuttle van ke KLIA. Staf perkhidmatan free shuttle yang sangat terbaik di mana sanggup mengambil saya seorang pada jam 1.20 pagi di KLIA. Staf kaunter hotel juga sangat terbaik dan saya sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan staf serta bilik yang disediakan ❤️

Suka ulasan ini?

HA
1 Ulasan
Perjalanan perniagaan
5.1
/ 10
5.1
Servis teruk, pekerja teruk, tak brtimbangrsa langsung 🥺

Suka ulasan ini?

FZ
3 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
Hotel budget terbaik, kalau nak murah sinila tempatnya.

Suka ulasan ini?

AB
1 Ulasan
6.0
/ 10
6.0
Bilik kecil kurang memuaskan.Tiada pemanas air. TV tidak ada siaran. Gambar tidak sama realiti dan jauh dari airport.

1 menyukai ulasan ini

Mi
5 Ulasan
Percutian keluarga
8.5
/ 10
8.5
Berbaloi dengan harga yang dibayar, servis pun ok, cuma perlu berhati-hati jika bawa anak kecil, soket plug elektrik ada yang terlalu rendah.

Suka ulasan ini?

SA
3 Ulasan
Kembara Beg Galas
9.4
/ 10
9.4
Tak perlu susah-susah fikir nak pegi airport dengan apa, seawal 4 pagi shuttle dah mula beroperasi, good job.

Suka ulasan ini?

AB
1 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
Sangat memuaskan bilik, layanan di kaunter dan perkhidmatan van ke airport klia 1 dan 2.

Suka ulasan ini?

3 Ulasan
Kembara Beg Galas
8.3
/ 10
8.3
Just nice sebab ada free airport shuttle. Bilik kecil, which is sesuai dengan harga 😅 Sesuai untuk yang nak jimat kos.

Suka ulasan ini?

RK
2 Ulasan
Membeli-belah & Pemakanan
8.5
/ 10
8.5
Bersih. Selesa. Ada air mineral free. Ada peralatan mandi free. Ada bas transfer dari epot ke epot free.

Suka ulasan ini?

BB
2 Ulasan
6.0
/ 10
6.0
Bilik yang diberi tidak seperti yang saya tempah melalui online, penyambut tetamu pada 26/7/2019 sebelah pagi kurang sopan dan tidak mesra pelangan bermuka masam.

Suka ulasan ini?

1
2
3
...
57
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 14:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle adalah tempat penginapan yang terbaik untuk menginap di kawasan Sepang. Lokasi hotel ini sangat bagus kerana hotel ini berdekatan dengan beberapa tempat tarikan pelancong seperti trek perlumbaan motorsport, pusat membeli-belah dan kemudahan awam. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang berguna. Hotel ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang yang terbaik untuk keperluan tetamu mereka. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Bagi pilihan tempat makan, terdapat sebuah restoran di dalam hotel ini yang telah menyajikan pelbagai jenis masakan yang akan memenuhi citarasa para tetamu.

Bagaimana untuk ke Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Cara paling terpantas untuk sampai ke Bary Inn adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur harus menggunakan Laluan 32 di Selangor dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan Laluan 29. Kemudian, mereka perlu menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Setelah tiba di Bandar Baru Salak Tinggi, mereka akan sampai ke destinasinya. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 40 minit.

Cara berikutnya adalah dengan menaiki kereta api dan bas. Para pengunjung akan mengambil kereta api yang dipanggil sebagai KLIA Transit dan mereka akan turun di Stesen Salak Tinggi. Kemudian, mereka perlu berjalan selama 2 minit untuk ke Stesen Bas Salak Tinggi. Selepas itu, mereka perlu mengambil bas SPG2 Bandar Baru Salak Tinggi dan turun di SP 239 WRP Asia Pasifik. Dari stesen tersebut, mereka boleh memilih untuk mengambil teksi atau berjalan kaki selama 10 minit sehingga mereka sampai ke Bary Inn. Keseluruhan perjalanannya mengambil masa selama 1 jam 28 minit.

Pilihan Bilik di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Bary Inn telah menyediakan 3 jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Deluxe Double, Bilik Deluxe Twin dan Bilik Keluarga. Bagi Bilik Deluxe Double, ia mempunyai saiz sebesar 14 meter persegi dan ia boleh menampung 2 orang tetamu. Para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil double atau 2 katil single. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, kipas siling, televisyen, meja dan air botol percuma. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian secara percuma. Seterusnya ialah Bilik Deluxe Twin. Saiz bilik ini adalah 15 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 tetamu. Jenis katilnya ialah 2 katil single. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bagi kemudahan dalam bilik, ia mempunyai penyaman udara, meja, televisyen dan air botol percuma. Bagi kemudahan bilik mandi, ia mempunyai pancuran mandian dengan air panas dan peralatan mandian. Bilik terakhir ialah Bilik Keluarga. Kawasan bilik ini adalah 18 meter persegi dan ia boleh menampung 3 tetamu. Jenis katilnya ialah 1 katil single dan 1 katil double. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, kipas siling, televisyen, air botol percuma dan meja. Bilik mandi mempunyai pancuran mandian, air panas dan peralatan mandian.

Restoran and Kafe di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Terdapat sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu di Bary Inn. Semua makanan di dalam restoran ini adalah dalam ala carte. Para tetamu boleh menikmati hidangan ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kemudahan dan Aktiviti di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Bary Inn telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat simpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, surat khabar di kawasan lobi, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang, akses Wi-Fi di kawasan awam dan tempat letak kereta untuk para tetamu. Terdapat juga beberapa bank dan kedai yang berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Litar Antarabangsa Sepang F1 - Terletak di Sepang, Selangor, Litar Antarabangsa Sepang F1 adalah litar perlumbaan motorsport yang juga terletak kira-kira 14 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pereka litar ini ialah Herman Tilke dan dia telah mereka bentuk litar untuk beberapa negara lain seperti Yeong Nam, Marina Bay, Yas Marina, Valencia, Greater Noida, Shanghai, Istanbul, Austin dan Baku. Panjang litar ini ialah 5.543 kilometer. Trek ini mempunyai 15 pusingan yang boleh menahan kelajuan lebih dari 300 km/j. Selain itu, trek ini boleh memuatkan seramai 130,000 orang. Di Grandstands Utama dan Suites Korporat yang mempunyai 18 penghawa dingin boleh menampung seramai 32000 penonton. Manakala di Grandstands K dan F, ia mempunyai memuatkan seramai 18,500 penonton. Terdapat juga ruang luaran dan beberapa tempat untuk melihat acara seperti Chalet Paddock, Club Paddock, Suite Perdana dan Suite Korporat. Litar Antarabangsa Sepang F1 telah dibuka secara rasminya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada bulan Mac 1999. Litar ini telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Malaysia sejak ia telah mengadakan beberapa acara besar seperti Formula One Grand Prix, Moto GP Grand Prix Malaysian GP dan beberapa konsert. Para pelancong boleh berpeluang untuk mengunjungi ke tempat ini dengan menonton acara yang akan dianjurkan oleh mereka. Mereka boleh sampai ke Litar Antarabangsa Sepang F1 dengan mengambil masa selama 14 minit dengan memandu dari Bary Inn.

Mitsui Outlet Park - Mitsui Outlet Park adalah pusat membeli-belah yang berasaskan konsep kilang. Tempat ini telah menarik ramai pelancong yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan penduduk di kawasan Sepang. Senibina pusat membeli-belah ini mempunyai empat konsep berasaskan Kampung Paradise iaitu Sunshine Square, Pier Walk, Tropical Plaza dan Beach Walk. Bagi Sunshine Square, ia mempunyai konsep mewah. Bagi Pier Walk, ia mempunyai persekitaran yang lapang. Manakala persekitaran di Tropical Plaza dan Beach Walk adalah berasakan konsep kehijauan dan bersantai. Para pengunjung juga dapat mengetahui tentang kebudayaan, muzik, makanan, dan karya seni Jepun. Bagi pilihan tempat makan, para pengunjung boleh menikmati hidangan dari restoran Melayu atau restoran Barat, medan selera atau kafe. Perjalanan dari Bary Inn ke Mitsui Outlet Park akan mengambil masa selama 18 minit dengan memandu.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
- <br />-
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Suratkhabar di lobi
    • Lawatan
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Lif
    • Restoran
    • WiFi di kawasan umum
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan a la carte
    • Makan malam a la carte
    • Makan tengah hari a la carte
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai
  • Pengangkutan
    • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
    Perlu Bantuan?