Basaga Holiday Residences terletak di Kuching, Sarawak. Ia menawarkan penginapan yang sangat unik. Basaga Holiday Residences terletak di antara beberapa taman tropika yang menawarkan persekitaran yang damai dan selesa. Ia menawarkan percutian dan penginapan yang terbaik. Mereka akan melayan anda dengan amat baik. Servis dan kemudahan yang disediakan di Basaga Holiday Residences ini juga amat baik. Anda bakal memperoleh percutian yang terbaik sekiranya anda menetap di Basaga Holiday Residences. Basaga Holiday Residences juga ideal bagi anda yang ingin beristirahat dari kesibukan kerja dengan menyaksikan keindahan hutan dan menghirup udara yang segar. Jadi, untuk apa jua sebab anda berada di Kuching, pilihlah Basaga Holiday Residences sebagai tempat penginapan anda.
Anda boleh berkunjung ke Basaga Holiday Residences dengan mudah kerana terdapat banyak pilihan pengangkutan yang anda boleh gunakan. Anda boleh menggunakan bas, kapal terbang atau memandu kenderaan anda sendiri. Sekiranya anda ingin datang ke Kuching dari Semenanjung Malaysia, anda hanya boleh menggunakan kapal terbang.
Sekiranya anda ingin ke Basaga Holiday Residences dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lapangan terbang di Kuching adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching seperti Malindo Air, AirAsia dan Malaysia Airlines. Kesemua penerbangan menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kuching. Anda boleh memilih untuk menaiki mana-mana penerbangan yang bersesuaian dengan bajet dan masa anda. Malindo Air menawarkan tambang penerbangan yang termurah iaitu pada kadar RM 199 untuk tiket dua hala. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akan mengambil masa selama 1 jam dan 50 minit.
Sekiranya anda datang dari Kepulauan Borneo juga seperti Kota Kinabalu, anda boleh menggunakan penerbangan untuk ke Kuching. Ia dapat menjimatkan masa perjalanan anda dari Kota Kinabalu ke Kuching. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching seperti AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Kesemua penerbangan menyediakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching. Penerbangan akan mengambil masa selama 1 jam dan 25. Tambang penerbangan termurah ditawarkan oleh Air Asia dengan RM 135 bagi tiket dua hala.
Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Basaga Holiday Residences. Bukan itu sahaja, Basaga Holiday Residences juga menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang dengan caj yang berpatutan.
Basaga Holiday Residences menawarkan salah satu pilihan penginapan percutian terbaik di Kuching dengan kadar yang sangat berpatutan. Jumlah bilik yang terdapat di Basaga Holiday Residences adalah 32 bilik. Basaga Holiday Residences dapat memberi lebih perhatian kepada keperluan para tetamu. Anda pastinya akan berasa sangat selesa dengan menetap di Basaga Holiday Residences. Anda boleh memilih untuk menginap di mana-mana bilik yang terdapat di Basaga Holiday Residences ini. Biliknya yang serba lengkap bakal membuatkan anda terpesona. Bilik-bilik yang terdapat di Basaga Holiday Residences adalah bilik Verandah, Courtyard, Poolside, Mainhouse, Basaga Suite, Honeymoon Suite dan Basaga Villa. Bilik Verandah mempunyai 1 katil bersaiz king atau katil twin. Bilik Courtyard pula mempunyai 1 katil bersaiz queen. Bilik poolside mempunyai 2 katil bersaiz bujang manakala bilik Mainhouse mempunyai 1 katil bersaiz king. Basaga Suite pula mempunyai 1 katil bersaiz king dan 2 katil bersaiz twin.
Terdapat restoran di Basaga Holiday Residences ini. Ia terletak di laman utama di Basaga Holiday Residences. Terdapat pelbagai makanan yang anda boleh dapatkan di restoran ini. Makanan Asia dan Barat juga turut dihidangkan di restoran ini yang disediakan oleh chef hotel tersebut. Anda boleh memilih untuk menikmati makanan di laman utama itu atau di dek bar atau di bilik anda. Restoran ini dibuka untuk sarapan pagi antara jam 7 pagi hingga 10 pagi. Bagi makan tengah hari, ia dibuka pada pukul 11 pagi hingga 3 petang dan dari jam 5 petang hingga 11.30 malam untuk makan malam.
Basaga Holiday Residences menawarkan pelbagai kemudahan untuk menjamin keselesaan kesemua tetamunya. Semua bilik di Basaga Holiday Residences ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan Wi-Fi. Semua bilik di Basaga Holiday Residences juga dilengkapi dengan bilik mandian peribadi. Perkhidmatan pengemasan bilik harian juga disediakan di Basaga Holiday Residences. Semua tetamu di Basaga Holiday Residences akan menerima kemudahan dan servis yang sama. Basaga Holiday Residences juga menyediakan kolam renang bagi anda yang ingin berenang. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang dengan kadar yang sangat berpatutan. Anda pastinya berasa sangat selesa menetap di Basaga Holiday Residences.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 23:00 - 07:00 - 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Basaga Holiday Residences | 31 |
Bilangan tingkat di Basaga Holiday Residences | 2 |
Fasilitas lain di Basaga Holiday Residences | Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari, Peti keselamatan, WiFi di kawasan umum |