Terletak di tengah-tengah daerah Sepang, Casa Hotel merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk anda menginap di bandar ini. Hotel 2 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan harga yang cukup berpatutan. Dilengkapi dengan kemudahan asas yang cukup bagi menyediakan penginapan yang berkualiti untuk tetamu mereka, Casa Hotel bercita-cita untuk memberikan yang terunggul dan mengekalkan reputasi baik mereka dalam sektor perhotelan.
Bagaimana untuk ke Casa Hotel
Cara yang paling mudah untuk sampai ke hotel adalah dengan kereta. Dari Kuala Lumpur, pandu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan teruskan perjalanan melalui Maju Expressway (MEX). Kemudian, ikut papan tanda yang akan membawa anda ke Sepang sehingga anda sampai ke Casa Hotel. Perjalanan mengambil kira-kira 1 jam. Anda juga boleh menaiki Grabcar ke hotel jika tidak dengan teksi. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan KLIA Express atau KLIA Transit. Berhenti di KLIA dan teruskan perjalanan anda ke hotel oleh Grabcar atau teksi.
Pilihan Bilik di Casa Hotel
Hotel ini menawarkan dua jenis bilik untuk dipilih. Bilik pertama adalah satu bujang. Dilengkapi dengan katil bujang yang selesa, terdapat Wi-Fi percuma, televisyen skrin rata, pembuat kopi dan teh serta bilik mandi peribadi. Anda boleh mendapatkan bilik ini dari harga RM 67.81 untuk satu malam di Traveloka.
Seterusnya, terdapat juga bilik ekonomi. Bilik ini menyediakan katil queen dan boleh menampung dua orang pada satu masa. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik seperti penyaman udara, pengering rambut serta televisyen skrin rata untuk menjadikan penginapan anda suatu kenangan. Harga untuk bilik bermula dari RM 87.21 untuk satu malam di Traveloka.
Kemudahan dan Aktiviti di Casa Hotel
Selain pusat perniagaan, hotel ini menyediakan bilik mesyuarat dan kemudahan untuk gril barbeku. Wi-Fi percuma di kawasan awam dan kawasan letak kereta percuma juga disediakan. Kesemua 33 buah bilik di sini menawarkan Wi-Fi percuma, pembuat kopi dan teh serta televisyen skrin rata. Menginap di hotel ini bermakna anda hanya beberapa langkah daripada pelbagai tempat untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Terdapat beberapa pusat membeli-belah berprestij yang terlerak berhampiran dengan hotel ini seperti Mitsui Premium Outlet, IOI City Mall dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Hadiahkan diri anda dengan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di salah satu pusat membeli-belah di sini. Sekiranya anda gemarkan aktiviti luar, berkunjunglah ke pantai di Bagan Lalang untuk menikmati air kelapa segar dan udara bersih. Pada waktu malam, nikmati makanan laut yang enak di gerai-gerai berhampiran pantai ini.
Restoran dan Kafe di Casa Hotel
Tidak ada restoran atau kafe di Casa Hotel. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pilihan tempat makan yang berdekatan. Kunjungi Restoran Sepang untuk memulakan hari anda. Restoran kecil ini dikendalikan oleh sebuah keluarga India dan menyajikan roti canai terbaik di bandar ini! Kunjungi Dapur Berasap Kota Warisan jika anda ingin merasai pelbagai jenis masakan campuran. Dibuka pada pukul 4 petang hingga larut malam, restoran ini terletak tidak jauh dari Casa Hotel. Traveler's Bar and Grill terletak di Pan Pacific, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia menyajikan pelbagai jenis masakan barat yang sangat menyelerakan. Tempat ini disyorkan untuk mereka yang inginkan persekitaran yang ekslusif.
Tempat Menarik berhampiran Casa Hotel
Litar F1 Antarabangsa Sepang
- Terletak kira-kira 3.6 km dari Casa Hotel, litar ini menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia Formula Satu antara tahun 1999 dan 2017, ia juga merupakan tuan rumah untuk Grand Prix Motosikal Malaysia, Perlumbaan Endurance Merdeka Malaysia dan acara sukan motor utama yang lain. Direka oleh pereka Jerman Hermann Tilke, yang kemudiannya telah membina litar F1 di Shanghai, Istanbul dan Valencia, litar Sepang ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Litar utama adalah 5.543 kilometer panjang dan terkenal dengan selekoh tajam dan jalan lurus yang luas.
Nilai Medical Centre -
Mulanya, ia ditubuhkan pada tahun 1999 dan dikenali sebagai Institut Kanser Nilai yang menumpukan kerja pada penyelidikan klinikal. Seterusnya, Nilai Medical Center dibeli oleh TH Group dan menjadi pusat perintis di Malaysia yang memberi tumpuan kepada dua aktiviti utama: rawatan kanser dan penyelidikan klinikal. Pada tahun 2009, pusat perubatan itu telah membangun sejajar dengan perkembangan hospital menjadi sebuah pusat perubatan pelbagai disiplin. Ia bertujuan bagi berkhidmat untuk masyarakat; bukan sahaja dengan tumpuan khusus terhadap rawatan kanser tetapi juga rawatan perubatan dalam bidang lain seperti Pembedahan Bariatrik (Pengurusan Berat), Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik dan banyak lagi.
Pantai Bagan Lalang
- Walaupun pantai ini tidak sesuai untuk berenang, namun ia masih menjadi tempat yang baik untuk bersantai selepas seharian bekerja. Pantai ini merupakan tempat yang popular untuk melakukan pelbagai aktiviti laut, seperti kolam renang dan bola tampar pantai, serta bermain layang-layang dan mencuba makanan laut. Pada hujung minggu dan cuti umum, terdapat gerai-gerai yang dibuka di sepanjang jalan yang menjual layang-layang, pakaian, kasut, sandal, makanan dan minuman.