Destiny Riverside Hotel adalah sebuah hotel murah yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bahru, Kelantan. Ia terletak di sebuah barisan kedai. Destiny Riverside Hotel adalah pilihan yang baik untuk tinggal bagi sesiapa sahaja yang mencari tempat yang lebih murah di bandar Kota Bahru. Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik yang bersesuaian untuk semua jenis tetamu, dari bilik tetamu solo sehinggalah untuk sebuah keluarga kecil. Destiny Riverside Hotel terletak berhampiran dengan sebuah medan selera dan juga pasar malam.
Destiny Riverside Hotel terletak di bandar Kota Bahru, hanya lima minit dari pusat bandar. Pergi ke hotel ini adalah mudah kerana berdekatan dengan jalan utama. Sebuah perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira enam jam, meliputi lebih 400 kilometer, melalui lebuh raya Kuala Lumpur - Gua Musang untuk sampai ke Kelantan sehinggalah ke Destiny Riverside Hotel. Bagi mereka yang tidak berminat untuk memandu untuk satu masa yang cukup lama, selalu ada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Dari Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur, terdapat lebih daripada lima buah perjalanan bas setiap hari ke Kelantan. Harga untuk satu tiket bas bermula dari RM 44 untuk sebuah perjalanan selama sembilan jam. Kesemua bas ekspres akan berhenti di Terminal Bas Kota Bahru, lebih kurang dari sepuluh minit dari Destiny Riverside Hotel. Cara paling cepat untuk ke Kota Bahru, Kelantan dari Kuala Lumpur adalah dengan menggunkan perkhidmtatan penerbangan. Terdapat sekurang-kurangnya lima buah penerbangan sehari dari KLIA dan klia2 ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan. Lapangan terbang di Kelantan ini hanya lima belas minit jauhnya dari hotel.
Destiny Riverside Hotel mempunyai tiga jenis bilik di bangunannya. Bilik yang paling murah adalah jenis bilik Standard yang bermula dari RM 67 untuk satu malam. Bilik Standard mempunyai ruang sebesar 10 meter persegi dan dilengkapi dengan sebuah katil Queen. Bagi sebuah keluarga, pilihlah jenis Bilik Keluarga. Bilik Keluarga ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga orang dewasa di bilik 15-meter perseginya kerana ia mempunyai sebuah katil Queen dan sebuah katil bersaiz Single. Bilik Keluarga di Destinty Riverside Hotel datang dalam dua pilihan; satu dengan tingkap dan satu tanpa tingkap. Kedua-duanya mempunyai kadar harga yang sama iaitu pada harga RM 95 untuk satu malam. Bilik terbesar di Destiny Riverside Hotel adalah jenis bilik Deluxe Queen. Ia adalah sebuah berukuran bilik 20-meter persegi yang luas dan hanya mempunyai sebuah katil bersaiz Queen. Kadar harga untuk bilik Deluxe Queen ini bermula dari RM 103 untuk satu malam.
Semua bilik di Destiny Riverside Hotel mempunyai kemudahan asas dalam bilik yang sama seperti sebuah meja tulis dengan sebuah kerusi dan sebuah almari pakaian. Terdapat juga sebuah televisyen dengan saluran kabel. Hotel ini juga menyediakan satu set pembuat kopi/teh dan beberapa air botol percuma di kesemua bilik. Semua bilik telah dipasang dengan sebuah pendingin hawa. Sambungan Wi-Fi percuma juga disediakan di setiap bilik untuk digunakan oleh para tetamu.
Bilik mandi peribadi di setiap bilik mempunyai pancuran air panas dan peralatan mandian disediakan secaa percuma.
Destiny Riverside Hotel mempunyai sebuah restoran sendiri di mana hotel ini menyajikan sarapan harian untuk para tetamu. Perkhidmatan sarapan tidak termasuk dalam kadar harga bilik.
Terdapat banyak kemudahan di Destiny Riverside Hotel untuk membuat penginapan lebih selesa. The Destiny Riverside Hotel menyediakan ruang letak kereta percuma untuk tetamu mereka walaupun ini adalah terhad. Hotel ini mempunyai meja penyambut tamu 24-jam dengan resepsionis. Terdapat juga sebuah storan simpanan bagasi. Bagi mereka yang membawa barangam berharga, mereka boleh menyimpannya do dalam peti simpanan keselamatan yang terdapat di meja depan. Destiny Riverside Hotel menyediakan perkhidmatan fotokopi dengan bayaran tambahan. Bagi mereka yang ingin menikmati waktu yang santai di tepi sungai atau sekitar bandar, mereka boleh menyewa basikal di Destiny Riverside Hotel.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Hotel O Destiny Riverside Hotel | 34 |
Bilangan tingkat di Hotel O Destiny Riverside Hotel | 3 |
Fasilitas lain di Hotel O Destiny Riverside Hotel | Daftar masuk ekspres, Daftar keluar ekspres, Penyambut tetamu 24 jam, Pesanan bilik waktu terhad, Kakitangan berbilang bahasa |