Ella Holiday Inn

Hostel
24, Persiaran Kelebang Selatan 2, Taman Bertuah, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Ella Holiday Inn terletak di Persiaran Kelebang Selatan 2, Taman Bertuah, Kinta, Ipoh, Perak. Lokasi homestay ini sangat strategik. Ia memudahkan para pengunjung unuk ke tempat-tempat yang menarik di Ipoh yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dengan memandu. Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu di Ella Holiday Inn. Semua bilik di homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang berguna untuk para tetamy. Selain itu, homestay ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di homestay ini.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
24, Persiaran Kelebang Selatan 2, Taman Bertuah, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31200
Lobi Ella Holiday Inn
Lobi 2 Ella Holiday Inn

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Ella Holiday Inn

Ella Holiday Inn terletak di Persiaran Kelebang Selatan 2, Taman Bertuah, Kinta, Ipoh, Perak. Lokasi homestay ini sangat strategik. Ia memudahkan para pengunjung unuk ke tempat-tempat yang menarik di Ipoh yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dengan memandu. Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu di Ella Holiday Inn. Semua bilik di homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang berguna untuk para tetamy. Selain itu, homestay ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di homestay ini.

Bagaimana untuk ke Ella Hoilday Inn

Terdapat dua cara untuk sampai ke Ella Holiday Inn. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil laluar keluar 138 dari lebuhraya. Kemudian, mereka perlu mengambil Laluan 240 dan Laluan 1 ke Persiaran Kelebang Selatan 2 di Taman Bertuah. Setelah sampai di Persiaran Kelebang Selatan 2, mereka boleh menemui Ella Holiday Inn. Perjalanannya akan mengambil masa selama 2 jam dan 17 minit.

Caara yang kedua adalah dengan menaiki kereta api. Para pengunjung harus pergi ke KL Sentral dan mengambil kereta api ETS EG9220 Padang Besar. Kemudian, mereka perlu turun di Stesen Kereta Api Ipoh. Dari stesen kereta api, mereka perlu berjalan selama 8 minit untuk ke Terminal Kidd Jalan Tun Abdul Razak. Mereka perlu mengambil bas yang bernombor 35 Kuala Kangsar ke Pusat Membeli Belah Tasek IT, Jalan Kuala Kangsar. Sebaik sahaja mereka sudah sampai di pusat membeli-belah, mereka boleh mengambil teksi untuk pergi ke homestay. Keseluruhan perjalanannya mengambil masa selama 4 jam dan 27 minit.

Pilihan Bilik di Ella Hoilday inn

Ella Holiday Inn telah menawarkan 4 jenis bilik kepada pelanggan mereka. Antaranya ialah Bilik Oueen Classic, Bilik Premier, Deluxe Twin-2 Katil Queen dan Suite Keluarga. Bagi Bilik Queen Classic, ia mempunyai saiz sebesar 16 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil double. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen, air botol percuma, langsir gelap, meja, cerek elektrik dan kemudahan menyeterika. Selain itu, terdapat ruang tempat duduk, ruang makan yang berasingan dan Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian, peralatan mandian dan pengering rambut. Para tetamu dapat melihat pemandangan sungai dari bilik ini.

Seterusnya ialah Bilik Premier. Saiz bilik ini adalah 13 meter persegi dan bilik ini mempunyai 1 katil queen. Para tetamu dapat melihat pemandangan taman dari bilik ini. Homestay ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, meja, kemudahan menyeterika, langsir gelap, air botol percuma dan ruang tempat duduk. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan bilik ini mempunyai kalis bunyi. Bilik yang berikutnya iala Deluxe Twin-2 Katil Queen. Bilik ini mempunyai keluasan 20 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 katil queen. Terdapat akses Wi-Fi percuma dan para tetamu boleh melihat pemandangan taman dari bilik ini. Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan oleh homestay ini adalah penghawa dingin, langsir gelap, ruang tempat duduk, air botol dan kemudahan menyeterika. Selain itu, bilik mandi mempunyai peralatan mandian, pengering rambut dan pancuran mandian.

Bilik yang terakhir ialah Bilik Keluarga. Saiz bilik ini adalah 40 meter persegi dan ia boleh memuatkan 5 katil double. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma dan mereka dapat melihat pemandangan taman dai bilik ini. Homestay ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, cerek elektrik, kipas siling, sebuah televisyen LCD, peti sejuk, langsir hitam dan meja. Bagi kemudahan bilik mandi, bilik ini mempunyai pengering rambut, peralatan mandian, tab mandi dan pancuran mandian.

Restoran dan Kafe di Ella Holiday Inn

Ella Holiday Inn tidak mempunyai restoran atau kafe di dalam kawasan bangunan mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berdekatan dengan homestay ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Ella Hoilday Inn

Ella Holiday Inn telah menyediakan banyak kemudahan yang terbaik dan berguna untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kenderaan secara percuma, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, perkhidmatan bilik selama 24 jam, perkhidmatan sewa kereta, tempat simpanan bagasi dan akses Wi-Fi secara percuma di kawasan awam. Selain itu, para tetamu boleh berjalan-jalan di taman dan di tepi sungai di kawasan Ella Holiday Inn.

Tempat Menarik berhampiran Ella Holiday Inn

Perak Cave Temple -

Terdapat beberapa kuil gua di dalam negeri Perak dan Perak Cave Temple merupakan salah satu daripadanya. Kuil ini telah menerima ramai pengunjung dari kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.Tempat ini akan berada dalam keadaan yang sesak pada hujung minggu atau pada hari cuti umum. Perak Cave Temple atau Kuil Sam Poh Tong ditemui oleh Chong Sen Yee yang berasal dari China. Kini, kuil ini diuruskan oleh anaknya bernama Chong Yin Chat. Perak Cave Temple merupakan salah satu kuil gua yang terbaik di Malaysia. Para pengunjung dapat melihat patung Buddha yang berwarna keemasan dan mempunyai ketinggian 40 kaki. Terdapat juga hiasan yang berwarna-warni, peristiwa mitologi Cina, kitab suci Buddha dan kaligrafi Cina di dinding di dalam kuil ini. Selain daripada patung Buddha emas, terdapat beberapa patung dan ukiran di dalam kuil ini. Setelah para pengunjung berjaya menaiki tangga yang ke-450, terdapat beberapa gazebo dan pavilion untuk mereka berehat dan melihat pemandangan yang menakjubkan di kawasan sekitarnya. Mereka juga boleh mengambil peluang untuk berjalan-jalan di taman atau di kolam di dalam kuil ini. Terdapat juga restoran vegetarian dan beberapa kedai yang menjual makanan dan minuman ringan. Perak Cave Temple terletak hanya 10 minit dengan memandu dari Ella Holiday Inn.

Terminal Amanjaya -

Terminal Amanjaya adalah terminal bas yang terletak di Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya, Ipoh, Perak. Terminal ini mempunyai ruang tunggu yang luas dan berhawa dingin. Ia juga telah menyediakan bas yang melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan lain-lain. Para pengunjung juga boleh singgah di beberapa kedai dan mereka menikmati hidangan di medan selera yang terdapat di dalam terminal ini. Perjalanan dari Ella Holiday Inn ke Terminal Amanjaya hanya mengambil masa selama 15 minit dengan memandu.

Taman Rekreasi Gunung Lang -

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Damai, Ipoh. Taman ini telah dibuka secara rasmi pada bulan Oktober 2000 dan ia mempunyai kawasan seluas 30.35 hektar. Para pengunjung perlu mengambil bot untuk menyeberangi tasik untuk sampai ke taman ini. Sebaik sahaja mereka sudah tiba di jeti kecil, para pengunjung boleh membuat lawatan di sekitar taman ini. Teerdapat beberapa tarikan utama di Taman Rekreasi Gunung Lang. Antaranya ialah air terjun buatan manusia di puncak bukit batu kapur, berjalan di hutan paya yang mempunyai jarak sebesar 3 km dan meninjau permandangan dari menara. Selain itu, mereka boleh melawat di zoo mini dan taman permainan kanak-kanak. Taman ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk para pengunjung pelawat seperti bilik air, tapak perkhemahan dan bilik sembahyang. Taman ini telah dibuka pada setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 6 petang. Para pengunjung dari Ella Holiday Inn akan mengambil masa selama 15 minit dengan memandu ke Taman Rekreasi Gunung Lang.

Tokong Gua Dong Hua -

Tokong Gua Dong Hua terletak di Hala Perindustrian 1, Taman Bistari, Ipoh, Perak. Ia adalah salah satu tarikan pelancong di Ipoh. Kawasan tokong ini tidak besar berbanding dengan tokong-tokong lain di Ipoh. Para pengunjung boleh melihat ukiran dan reka bentuk yang cantik di dalam tokong ini. Selain itu, mereka juga dapat berpeluang untuk melihat pemandangan yang indah di kawasan sekitarnya dari puncak bukit. Perjalanan untuk ke Tokong Gua Dong Hua akan mengambil masa selama 27 minit dengan memandu dari Ella Holiday Inn.

Semua Kemudahan

Kemudahan Hiburan Ella Holiday Inn
Kemudahan Hiburan
Dewan Majlis Ella Holiday Inn
Dewan Majlis
Ruang Umum Ella Holiday Inn
Ruang Umum
Lobi Ella Holiday Inn
Lobi
Luar Bangunan Ella Holiday Inn
Luar Bangunan

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotel yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Cukai ini adalah sebagai tambahan kepada cukai-cukai sedia ada yang dikutip di hotel sewaktu mendaftar masuk. Sila buat semakan berkenaan cukai-cukai ini dengan pihak hotel pada hari ketibaan.

Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hotel:

  • Deposit tunai: MYR 200.00 sepenginapan

Kami telah merangkumkan semua caj yang diberikan kepada kami oleh hartanah berkenaan. Walau bagaimanapun, caj boleh berbeza-beza, contohnya, berdasarkan tempoh penginapan atau bilik yang anda tempah.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Ella Holiday Inn?
Berikut facilities yang ada di Ella Holiday Inn seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Ella Holiday Inn?
Masa check-in di Ella Holiday Inn bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto

Tiada ulasan yang kelihatan sepadan dengan penapis anda

Mari cuba tukar penapis atau kosongkannya untuk melihat semua ulasan.
Tetapkan Semula Penapis

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Ella Holiday Inn

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved