Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam adalah merupakan sebuah hotel rangkaian, Place2Stay Business Hotel, yang popular di Sarawak. Place2Stay ini adalah sebuah hotel yang menawarkan tempat yang selesa untuk tinggal tanpa membayar harga yang terlalu tinggi. Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang hebat yang biasanya terdapat di hotel bertaraf lima bintang. Place2Stay Business Hotel ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang datang dengan tujuan perniagaan tetapi juga untuk percutian keluarga. Place2Stay Business Hotel terletak berhampiran sebuah pusat membeli-belah, Emart Riam.
Bagaimana untuk ke Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam
Place2Stay Business Hotel terletak tidak jauh dari pusat bandar Miri dan berhampiran dengan jalan utama, Jalan Tun Hussien Onn. Pemanduan dari pusat bandar ke Place2Stay Business Hotel hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit dengan jaraknya hanya kurang dari lapan kilometer. Bagi mereka yang datang luar dari Miri, cara terbaik untuk pergi ke bandar ini adalah dengan menggunakan penerbangan. Miri mempunyai sebuah lapangan terbang sendiri yang terletak tidak jauh dari hotel perniagaan ini. Lapangan Terbang Miri mengendalikan beberapa buah penerbangan dari sebahagian besarnya dari Malaysia Timur, beberapa buah bandar utama di Malaysia Barat dan satu destinasi antarabangsa, Singapura. Lapangan Terbang Miri ini terletak tidak jauh dari Place2Stay Business Hotel, hanya kurang dari tiga kilometer. Memandu dari lapangan terbang ke hotel ini hanya akan mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Terdapat banyak teksi di Miri terutamanya di lapangan terbang dan kebanyakan pusat membeli-belah di sekitar bandar. Kadar tambang teksi ini lebih mahal dari biasanya di Malaysia Barat tetapi perkhidmatan ini boleh dipercayai. Terdapat juga perkhidmatan teksi dalam talian di Miri dan ia adalah salah satu pilihan pengangkutan yang popular di bandar.
Pilihan Bilik di Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam
Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam menawarkan empat jenis bilik. Bermula dengan jenis bilik yang pertama, Double Standard Deluxe adalah sebuah bilik dengan ukuran 10 meter persegi. Standard Double Deluxe dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz double dan harganya hanya RM 65 untuk satu malam. Jenis bilik yang kedua adalah bilik Standard Twin. Saiz bilik adalah sama dengan Double Standard Deluxe dan ia dengan dua katil bujang. Bilik ini juga mempunyai harga yang sama pada RM 65 untuk satu malam. Bilik Keluarga di Place2Stay Business Hotel boleh memuatkan empat orang di dua buah katil berukuran Twin. Bilik Keluarga adalah pada RM 84 untuk satu malam. Jenis bilik terakhir di Place2Stay Business Hotel adalah Double Single Standard yang mempunyai sebuah katil berukuran Double dan sebuah katil bujang. Jenis bilik ini juga boleh didapati dengan harga pada RM 84 untuk satu malam.
Beberapa buah bilik di Place2Stay ini tidak mempunyai sebarang tingkap jadi pastikan untuk membuat piihan ketika melakukan tempahan. Bilik-bilik yang mempunyai tingkap atau balkoni ini juga mempunyai harga yang sama dengan bilik yang tanpa tingkap balkoni.
Semua bilik di Place2Stay Business Hotel mempunyai kemudahan asas dalam bilik yang sama seperti sebuah set televisyen dan sebuah meja tulis. Bilik-bilik di sini semuanya mempunyai pendingin hawa. Terdapat bilik mandi peribadi di setiap bilik di hotel dan ada pancuran air panas tersedia.
Restoran Kafe di Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam
Terdapat sebuah kafe di hotel ini di mana ia menyajikan makanan ringan. Terdapat banyak restoran lain yang terletak di luar kawasan hotel.
Kemudahan dan Aktiviti di Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam
Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam mempunyai ruang letak kereta untuk tetamu mereka. Hotel ini mempunyai perkhidmatan bilik 24 jam. Jika menggunakan perkhidmatan bilik ini, akan terdapat caj tambahan yang akan dikenakan. Meja depan Place2Stay Business Hotel beroperasi sepanjang waktu, dengan penyambut tetamu yang sekali gus membuatkan daftar masuk dan keluar menjadi lebih mudah. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan. Sambungan Wi-Fi percuma disediakan di semua bilik dan kawasan umum di Place2Stay Business Hotel.
Tempat Menarik berhampiran Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam
Pusat Warisan Kraftangan - Terletak tidak jauh dari Place2Stay Business Hotel, Pusat Warisan Kraftangan adalah tempat yang bagus dan wajib dikunjungi semasa bercuti di Miri. Bangunan pusat kraftangan itu mempunyai beberapa buah kedai yang menjual barang kraftangan buatan tempatan. Barangan yang dijual di sini dibuat ditempat dan pastinya unik. Pusat Warisan Kraftangan adalah tempat yang sangat sesuai untuk membeli cenderahati. Terdapat kemeja-T, beberapa karya kayu yang hebat, seni dan juga beberapa aksesori yang dibuat dengan cantik. Barangan kraftangan ini biasanya dijual pada harga yang sangat berpatutan. Pengunjung ke Pusat Warisan Kraftangan juga akan berpeluang untuk melihat pembuatan kraftangan yang dihasilkan di hadapan mereka. Selain hasil tangan yang cantik ini, di Pusat Warisan Kraftangan ini juga menjual beberapa jenis kek dan kuih.
Kemudahan | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Jam Operasi | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Berikut facilities yang ada di Emart Hotel (Riam) S/B seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Emart Hotel (Riam) S/B bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00