Bagi mereka yang ingin mencari tempat penginapan yang selesa dan pada harga berpatutan di Langkawi, Haliman Guest House merupakan pilihan yang tepat untuk menginap. Rumah tamu ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk membuat para tetamu berasa lebih selesa sepanjang penginapan mereka di rumah tamu ini. Selain itu, rumah tamu ini menawarkan beberapa jenis bilik pada harga yang berpatutan. Semua bilik di rumah tamu ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang dapat memenuhi keperluan asas para tetamu. Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang enak di sebuah restoran yang terletak di kawasan rumah tamu ini. Di samping itu, lokasi rumah tamu ini juga sangat baik. Para tetamu boleh melawat ke banyak tempat tarikan pelancong di Langkawi dengan mengambil masa hanya beberapa minit memandu dari rumah tamu ini.
Bagaimana untuk ke Haliman Guest House
Hallman Guest House terletak di Pulau Langkawi, Kedah. Cara paling terpantas untuk sampai ke Hallman Guest House adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di lapangan terbang yang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terdapat beberapa penerbangan yang akan membuat laluan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi iaitu AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Harga tiket penerbangan adalah dari RM 191 hingga RM 425. Harganya dijangka akan lebih tinggi pada cuti umum dan cuti sekolah. Perjalanannya akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila para pengunjung sudah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pelbagai kereta sewa dan teksi berada di pintu masuk lapangan terbang. Para pengunjung boleh memilih salah satu darinya dan meneruskan perjalanan mereka ke rumah tamu. Haliman Guest House terletak hanya 8 minit dari lapangan terbang.
Pilihan Bilik di Haliman Guest House
Terdapat dua jenis bilik di Haliman Guest House. Bilik-bilik tersebut dipanggil sebagai Bilik Standard dan Bilik Deluxe. Bagi Bilik Standard, para tetamu boleh memilih 1 katil king atau 2 katil single. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian dan tandas. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Deluxe. Bilik ini mempunyai 1 katil raja dan 1 katil single. Rumah tamu ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, televisyen, meja, kerusi dan rak pakaian. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian dan tandas.
Restoran dan Kafe di Haliman Guest House
Hallman Guest House mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan kepada tetamu mereka. Semua makanan di restoran ini telah memenuhi cita rasa para tetamu yang pernah menginap di rumah tamu ini.
Kemudahan dan Aktiviti Haliman Guest House
Haliman Guest House telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, Wi-Fi percuma di kawasan awam, perkhidmatan dobi, perkhidmatan pelancongan dan kawasan taman. Selain itu, terdapat beberapa kedai terletak berhampiran dengan rumah tamu ini.
Tempat Menarik berhampiran Haliman Guest House
Pasar Malam Langkawi -
Salah satu tempat yang menarik yang harus dilawati di Langkawi ialah Pasar Malam Langkawi. Tempat ini sentiasa dipenuhi dengan ramai pengunjung dari penduduk tempatan dan pengunjung luar negara pada waktu malam. Ia adalah destinasi yang tepat bagi para pengunjung yang ingin membeli beberapa cenderahati dan beberapa jenis barangan seperti jam tangan, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan banyak lagi. Para pengunjung boleh mendapat sebahagian barangan di tempat ini pada harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman. Para pengunjung boleh mendapatkan makanan tempatan yang lazat seperti "Murtabak" dan sate ayam atau daging pada harga yang murah. Bagi para pengunjung yang datang dari Haliman Guest House, jarak antara rumah tamu dan Pasar Malam Langkawi adalah dalam 1.94 kilometer.
Beras Terbakar -
Beras Terbakar terletak di Kampung Raja, Langkawi. Pada tahun 1821, orang Siam dan Langkawi berperang sesame sendiri di Pancur Straits. Walau bagaimanapun, Datuk Kerma Wijaya yang merupakan ketua tentera Langkawi tidak memenangi pertarungan tersebut. Sebaliknya, Pulau Langkawi telah diambil alih oleh orang Siam. Ketika itu, Pulau Langkawi sangat terkenal dalam menghasilkan beras. Bagi mengelakkannya daripada jatuh ke tangan orang Siam, ketua tentera tersebut meminta penduduk kampung untuk mengumpul padi mereka dan membakarnya. Kini, para pengunjung boleh melihat kawasan kecil di mana lubang telah digali untuk membakar padi. Sepanjang lawatan di tempat ini, para pengunjung dapat berpeluang untuk melihat sawah padi dan beberapa ekor lembu yang memakan rumput. Tiada bayaran akan dikenakan untuk melawat Beras Terbakar. Temppat ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Ara pengunjung boleh sampai ke Beras Terbakar dengan mengambil masa selama 5 minit memandu dari Haliman Guest House.
Atma Alam Batik Art Village -
Terletak di Padang Matsirat, Atma Alam Batik Art Village merupakan tempat yang wajib dilawati bagi para pengunjung yang minat dalam karya seni. Atma Alam Batik Art Village mempunyai tiga jenis bahagian. Antaranya ialah Bengkel Batik, Bilik Pameran Batik dan Galeri Seni. Bagi Bengkel Batik, para pengunjung boleh mempelajari cara membuat reka bentuk Batik dengan pertolongan pengajar di samping mereka. Para pengunjung dapat melihat banyak karya seni dan kain batik yang dipamerkan di bahagian ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat melihat reka bentuk Batik yang dibuat oleh pelukis tempatan di Bilik Pameran Batik. Bagi Galeri Seni, terdapat beberapa lukisan, kraf tangan, dan karya seni yang dibuat oleh pelukis tempatan. Selain itu, tempat ini juga turut menjual batik dan kraftangan yang sangat berkualiti. Harga bagi semua barangan tersebut dikenakan pada harga yang berpatutan. Atma Alam Batik Art Village dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Perjalanan dari Haliman Guest House ke Atma Alam Batik Art Village akan mengambil masa selama 6 minit memandu.