Harbour View Hotel Kuching

Hotel
Lorong Temple, P.O. Box A1368, Bandaraya Kuching, Kuching, Sarawak, Malaysia, 93824
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Bagi mereka yang ingin bercuti di bandar Kuching, tempat penginapan yang bagus untuk menginap ialah Harbour View Hotel Kuching. Lokasi hotel ini terletak secara strategik dengan beberapa tempat tarikan pelancong yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan berjalan kaki dari hotel. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Tambahan pula, semua bilik di hotel sentiasa kemas dan dalam keadaan yang bersih. Hotel ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang berguna untuk memenuhi keperluan para tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa di restoran yang terletak di dalam hotel ini.
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2020: Pengalaman Terbaik

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Pemandangan Memuaskan (2)
Lokasi Strategik (11)
Sarapan Sedap (1)
Staf Mesra (11)
8.5
/ 10
Izheir A. B. I. R.
Berdekatan dengan tempat menarik, senang untuk membeli belah.

Persekitaran Harbour View Hotel Kuching

Temui Lebih Banyak Tempat
Lorong Temple, P.O. Box A1368, Bandaraya Kuching, Kuching, Sarawak, Malaysia, 93824
Lobi Harbour View Hotel Kuching
Luar Bangunan 2 Harbour View Hotel Kuching

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Harbour View Hotel Kuching

Bagi mereka yang ingin bercuti di bandar Kuching, tempat penginapan yang bagus untuk menginap ialah Harbour View Hotel Kuching. Lokasi hotel ini terletak secara strategik dengan beberapa tempat tarikan pelancong yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan berjalan kaki dari hotel. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Tambahan pula, semua bilik di hotel sentiasa kemas dan dalam keadaan yang bersih. Hotel ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang berguna untuk memenuhi keperluan para tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa di restoran yang terletak di dalam hotel ini.

Bagaimana untuk ke Harbour View Hotel Kuching

Harbour View Hotel Kuching terletak di Pusat Bandar Kuching, Kuching, Sarawak. Laluan terpantas untuk sampai ke Harbour View Hotel Kuching adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Para pengunjung boleh memilih antara AirAsia atau Malaysia Airlines yang akan membuat laluan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Harga tiket penerbangannya adalah antara RM 180 hingga RM 470. Walau bagaimanapun, harga tiket penerbangan akan dijangka lebih tinggi pada cuti umum dan cuti sekolah. Perjalanan di atas penerbangan mengambil masa selama 1 jam dan 35 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, para pengunjung boleh menyewa kereta atau mengambil teksi untuk meneruskan perjalanan mereka ke Harbour View Hotel Kuching.

Pilihan Bilik di Harbour View Hotel Kuching

Terdapat tujuh jenis bilik di Harbour View Hotel Kuching. Harga untuk semua bilik adalah di antara RM 140 hingga RM 300. Harga bilik akan berbeza sekiranya hotel memberikan diskaun kepada pelanggan mereka pada masa yang tertentu. Antara bilik yang disediakan ialah Standard Twin, Superior Twin, Superior Queen, Deluxe Twin, Deluxe King, Deluxe Family dan Studio Suite. Bagi Standard Twin, ia mempunyai saiz sebesar 26 meter persegi bersama 2 katil single. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pembuat kopi atau teh, televisyen, langsir gelap, air botol percuma, bar mini dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, air panas, peralatan mandian dan pengering rambut. Seterusnya ialah Superior Twin. Saiz bilik ini adalah 28 meter persegi. Jenis katilnya adalah 2 katil single. Para tetamu boleh menikmati pemandangan bandar dan mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, pembuat kopi atau teh, televisyen, meja, bar mini dan air botol percuma. Bilik mandi pula mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya.

Bagi Superior Queen, ia mempunyai kawasan seluas 27 meter persegi bersama 1 katil queen. Para tetamu dapat menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti Standard Twin. Bagi Deluxe Twin, ia mempunyai saiz sebesar 28 meter persegi bersama 2 katil single. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya kecuali bilik mandinya bukan bilik mandi peribadi. Bilik berikutnya ialah Deluxe King. Para tetamu dapat melihat pemandangan sungai dan mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini berukuran 28 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, pembuat kopi atau teh, televisyen, langsir gelap, air botol percuma, bar mini dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, air panas, peralatan mandian dan pengering rambut. Bagi Deluxe Family, ia mempunyai keluasan 28 meter persegi bersama 2 katil queen. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Para tetamu boleh menikmati kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bilik yang teakhir ialah Studio Suite. Saiz bilik ini adalah 42 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya dengan kemudahan tambahan iaitu ruang makan berasingan dan jubah mandi.

Restoran dan Kafe di Harbour View Hotel Kuching

Harbour View Hotel Kuching mempunyai sebuah restoran yang bernama Café Harapan Restaurant. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa untuk para tetamu hotel. Para tetamu boleh menikmati hidangan di restoran ini pada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati minuman ringan seperti koktel dan jus di bar di dalam restoran ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Harbour View Hotel Kuching

Harbour View Hotel Kuching telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, perkhidmatan bilik selama 24 jam, Wi-Fi percuma di kawasan awam, tempat penukaran wang asing, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat penyimpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, surat khabar di ruang lobi, perkhidmatan pelancongan, pusat perniagaan, bilik persidangan, kemudahan mesyuarat, mesin fotostat dan teater. Selain itu, terdapat juga beberapa bank, kedai runcit dan kedai-kedai lain berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Harbour View Hotel Kuching

Tua Pek Kong -

Tua Pek Kong adalah sebuah kuil untuk orang Cina yang terletak berhampiran dengan Waterfront di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia adalah salah satu kuil yang tertua di Malaysia. Sebelum abad ke-19, Tua Pek Kong telah dibina untuk mendedikasikan Tua Pek Kong yang bermaksud “Grand Uncle”. Dari luar bangunan, para pengunjung dapat melihat patung naga yang berwarna merah terang. Para pengunjung juga boleh melihat koleksi hiasan dan patung yang menakjubkan di dalam kuil ini. Terdapat beberapa ukiran dan lukisan yang berada di atas dinding, tiang dan gerbang. Kuil ini kebiasaannya akan digunakan untuk empat perayaan utama seperti hari lahir Tua Pek Kong, hari lahir harimau Tua Pek Kong, Hari Kebangkitan Tua Pek Kong dan Festival Hantu Lapar. Semasa melawat di dalam kuil ini, para pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar. Perjalanan ke Tua Pek Kong hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki dari Harbour View Hotel Kuching.

Muzium Sejarah Cina Kuching -

Muzium Sejarah Cina Kuching adalah salah satu tempat bersejarah di Kuching. Sebelum ia menjadi sebuah muzium, bangunan tersebut telah dibina untuk menjadi ibu pejabat Dewan Perniagaan China Sarawak. Muzium ini telah dibuka secara rasmi oleh Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yap Chin Loi pada tahun 1993. Para pengunjung dapat berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya orang Cina di Sarawak. Para pengunjung juga boleh melihat koleksi foto dan artifak sejak kehidupan awal komuniti Cina di Sarawak. Selain itu, para pengunjung dapat mempelajari perbezaan antara kumpulan Cina seperti Hakka, Hokkien, Teochew, Hainanese, Puxian Min dan Foochow mengenai aktiviti gaya hidup dan perdagangan mereka pada zaman dahulu. Muzium Sejarah Cina dibuka pada setiap hari termasuk pada cuti umum. Pada hari minggu, muzium ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 4.45 petang. Pada hujung minggu dan cuti umum, ia akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. Yuran kemasukannya adalah percuma. Muzium Sejarah Cina terletak hanya 3 minit dengan berjalan kaki dari Harbour View Hotel Kuching.

Upside Down House Kuching -

Upside Down House Kuching adalah salah satu tempat tarikan di Kuching yang terletak di Jalan Borneo. Tempat ini telah menerima ramai pengunjung di kalangan penduduk tempatan dan warga asing. Apabila para pengunjung masuk di dalam rumah terbalik ini, para pengunjung dapat melihat bahawa semua hiasan dalaman, perabot dan bahagian lain seperti bilik tidur, tandas, dapur, bilik dobi dan pejabat rumah dalam keadaan terbalik. Ia adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang suka mengambil gambar. Terdapat juga gerai makanan di kawasan resepsi. Bagi bukan warganegara, yuran kemasukan untuk orang dewasa ialah RM 20 dan RM 15 untuk seorang kanak-kanak. Bagi warganegara Malaysia, harga tiketnya ialah RM 15 untuk orang dewasa dan RM 10 untuk seorang kanak-kanak. Upside Down House Kuching dibuka pada setiap hari termasuk pada cuti umum. Pada hari minggu, waktu operasinya akan bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 6 petang. Pada hujung minggu dan cuti umum, ia akan dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 7 malam. Perjalanan ke Upside Down Kuching akan mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki dari Harbour View Hotel Kuching.

Top Spot Food Court -

Bagi mereka yang minat pada makanan laut, tempat yang harus dikunjungi ialah Top Spot Food Court. Ia adalah medan selara yang terletak di tempat letak kereta berperingkat. Tempat ini telah menarik ramai penduduk tempatan dan pelancong asing. Terdapat beberapa gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan. Para pengunjung boleh menikmati makanan laut yang segar seperti ketam, udang, ikan dan banyak lagi dari gerai-gerai di tempat ini. Selain itu, semua makanan di Top Spot Food Court adalah pada harga yang berpatutan. Para pengunjung juga boleh merasai jus kelapa yang segar dihidangkan dalam tempurung kelapa. Medan selera ini dibuka pada setiap hari dari pukul 5 petang hingga pukul 11 malam. Para pengunjung boleh sampai ke Top Spot Food Court dari Harbour View Hotel Kuching dengan mengambil masa 5 minit berjalan kaki.

Semua kemudahan dari Harbour View Hotel Kuching

Dewan Majlis Harbour View Hotel Kuching
Dewan Majlis
Lobi Harbour View Hotel Kuching
Lobi
Perkhidmatan Hotel Harbour View Hotel Kuching
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Harbour View Hotel Kuching
Luar Bangunan
Bilik Tidur Harbour View Hotel Kuching
Bilik Tidur

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Pengurup wang
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
  • Suratkhabar
  • Lawatan

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Sarapan Eropah

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi
  • Teater/auditorium

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Dobi
  • Kedai

Kemudahan Internet

  • Sudut internet
  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah
  • Akses kerusi roda

Pengangkutan

  • Parkir yang selamat

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Harbour View Hotel Kuching

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.

Daftar Masuk Awal

Anda dibenarkan untuk daftar masuk sebelum masa daftar masuk penginapan. Sila hubungi pihak penginapan jika anda ingin daftar masuk lebih awal.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan lazim tentang Harbour View Hotel Kuching

Apa facilities yang tersedia di Harbour View Hotel Kuching?
Berikut facilities yang ada di Harbour View Hotel Kuching seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Harbour View Hotel Kuching?
Masa check-in di Harbour View Hotel Kuching bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Harbour View Hotel Kuching menyediakan sarapan pagi?
Ya, Harbour View Hotel Kuching menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Harbour View Hotel Kuching

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,116 ulasan tetamu yang disahkan
8.6
Mengagumkan
Hebat
357
Bagus
626
Memuaskan
44
Biasa
89
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
pemandangan memuaskan (2)
lokasi strategik (11)
sarapan sedap (1)
staf mesra (11)
makanan sedap (2)
kemudahan lengkap (2)
perkhidmatan yang baik (1)
bilik bersih (12)
harga berpatutan (1)
Lihat Lebih 9
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
YY
Yuyu Y.
8.5
/ 10
28 May 2023
Penginapan yang selesa, bersih, kakitangan yang mesra, sarapan pagi yang lazat. Berhampiran tepi laut.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Yuyu Y.

Suka ulasan ini?

NH
Nurul H. B. G.
6.6
/ 10
07 Jun 2023
Saya telah diberi amaran untuk meninggalkan bilik seperti sebelum saya mendaftar masuk kerana saya meminta izin untuk menghias bilik dengan belon untuk kejutan. Saya ada menyebut bahawa tiada pelekat atau seperti itu akan digunakan dalam proses itu, saya rasa mungkin kakitangan mengalami hari yang buruk, kita semua mempunyai up & down. Ia hanya soal ihsan & persefahaman yang akan menjadikan penginapan lebih menyeronokkan. Walau bagaimanapun, kemudahan yang baik anda ada di sini. PS: Kami telah mencuba yang terbaik untuk mengemas bilik seperti yang diarahkan.
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Nurul H.

Suka ulasan ini?

YA
Yugo A.
10
/ 10
12 Jan 2024
Hotel ini direkomendasikan, lokasi strategis, dekat dengan fasilitas umum dan kebutuhan, harga terjangkau, breakfast nya enak, Parkir mobil tersedia
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Yugo A.

Suka ulasan ini?

Mery A. L.
Percutian
10
/ 10
25 Dec 2023
Menginap untuk malam natal dan senang dengan hotel bintang 3 fasilitas lengkap, sampai ada setrikaan. Hairdyer juga ada jadi tidak usah khawatir. Dengan harga 500+ sudah dapet breakfast dan dapat view waterfront yang cantik. Saya tidur dengan pulas dikasurnya yang empuk. Ini hotel bintang 3 terbaik sejauh ini yang pernah saya datangi.
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Mery A. L.
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching 2 dari Mery A. L.

Suka ulasan ini?

DD
Deki D.
9.7
/ 10
12 Feb 2024
Pemandangannya bagua dan makannya enak
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Bambang E. A.

Suka ulasan ini?

RS
Rina S. W.
Percutian
8.5
/ 10
03 May 2023
The location is very strategies, their service also good
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Rina S. W.

Suka ulasan ini?

sr
sri r.
9.7
/ 10
17 Dec 2023
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Sri R.
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching 2 dari Sri R.

Suka ulasan ini?

H
Halina
9.1
/ 10
13 Jul 2023
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Halina Y.

Suka ulasan ini?

NH
Niesa H.
Percutian
8.8
/ 10
23 Apr 2024
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Niesa H.

Suka ulasan ini?

TH
Teo H.
Perniagaan
8.5
/ 10
03 Dec 2023
Imej Ulasan untuk Harbour View Hotel Kuching dari Teo H. H.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
5
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Harbour View Hotel Kuching

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved