Hotel Bintang Indah

Hotel
7.5
/10
Baik
53 ulasan
Di Kawasan
Lihat Peta
Pt 204, Seksyen 14, Jalan Sultan Yahya Petra, Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15150

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Meja Depan 24 jam
WiFi
Hotel Bintang Indah adalah pilihan yang tepat untuk menginap di Kelantan. Lokasi hotel ini sangat strategik. Ia adalah kerana para tetamu boleh pergi ke beberapa tempat yang menarik seperti pantai, pasar dan tempat keagamaan yang berdekatan dengan hotel. Tambahan pula, hotel ini juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Semua bilik telah dilengkapi dengan banyak kemudahan yang berguna. Selain itu, semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dijaga rapi. Para tetamu juga boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan mereka dapat melihat pemandangan bandar dari bilik mereka.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Hotel Bintang Indah

Temui Lebih Banyak Tempat
Pt 204, Seksyen 14, Jalan Sultan Yahya Petra, Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15150
Lain-lain Hotel Bintang Indah
Lain-lain 2 Hotel Bintang Indah

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Bintang Indah

Hotel Bintang Indah adalah pilihan yang tepat untuk menginap di Kelantan. Lokasi hotel ini sangat strategik. Ia adalah kerana para tetamu boleh pergi ke beberapa tempat yang menarik seperti pantai, pasar dan tempat keagamaan yang berdekatan dengan hotel. Tambahan pula, hotel ini juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Semua bilik telah dilengkapi dengan banyak kemudahan yang berguna. Selain itu, semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dijaga rapi. Para tetamu juga boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan mereka dapat melihat pemandangan bandar dari bilik mereka.

Bagaimana untuk ke Hotel Bintang Indah

Terdapat beberapa cara untuk sampai ke Hotel Bintang Indah. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu memandu dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang, Jalan Central Spine dan Laluan Persekutuan 8 ke Kota Bharu. Kemudian, mereka perlu menuju ke Jalan Dusun Muda. Setelah tiba di Jalan Sultan Yahya Petra, mereka dapat sampai di Hotel Bintang Indah. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 6 jam dan 41 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol di sepanjang perjalanan.

Cara yang kedua ialah dengan menaiki kapal terbang. Dari Kuala Lumpur, mereka perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Terdapat dua penerbangan yang akan menuju ke Kota Bharu seperti Malaysia Airlines dan AirAsia. Perjalanannya akan mengambil masa selama 55 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, mereka boleh menyewa kereta atau mengambil teksi dan menuju terus ke Hotel Bintang Indah.

Pilihan Bilik di Hotel Bintang Indah

Terdapat empat jenis bilik di Hotel Bintang Indah. Antaranya ialah Bilik Twin Standard, Bilik Double Standard, Bilik Triple Standard dan Bilik Deluxe Quadruple. Bagi Bilik Twin Standard, ia mempunyai 2 katil bujang dan ia boleh menampung 2 orang. Para tetamu dapat melihat pemandangan bandar dan mereka boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Terdapat juga perkhidmatan pengemasan harian turut disediakan untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, televisyen, pembuat kopi atau teh dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, tuala, pengering rambut dan bilik mandi peribadi. Seterusnya ialah Bilik Double Standard. Jenis katil untuk bilik ini adalah 1 katil queen. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang. Para tetamu boleh melihat pemandangan bandar dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, televisyen, cerek elektrik dan meja. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan tuala. Selain itu, pakej bilik ini juga telah menawarkan perkhidmatan pengemasan harian.

Berikutnya ialah Bilik Triple Standard. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang. Bilik ini boleh memuatkan 3 orang tetamu. Terdapat perkhidmatan pengemasan harian dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam pakej bilik ini. Para tetamu boleh melihat pemandangan bandar dari bilik ini. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, televisyen, pembuat kopi atau teh dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan tuala. Bilik yang terakhir adalah Bilik Deluxe Quadruple. Jenis katilnya adalah 2 katil queen. Para tetamu boleh menikmati pemandangan bandar dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan pengemasan harian yang turut disediakan untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, televisyen, cerek elektrik dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan tuala.

Restoran dan Kafe di Hotel Bintang Indah

Hotel Bintang Indah tidak mempunyai restoran atau kafe di dalam bangunan mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh menikmati makanan di restoran atau kafe yang berdekatan dengan hotel ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Bintang Indah

Hotel Bintang Indah telah menyediakan dua kemudahan untuk tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu dan kaunter penyambut tetamu selama 24 jam.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Bintang Indah

Pasar Siti Khadijah -

Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama ini telah diberikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 1997. Ia telah dinamakan sebagai Pasar Siti Khadijah kerana majoriti para penjaja adalah wanita. Sebelum ini, pasar ini dinamakan sebagai Pasar Buluh Kubu dan ia telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh Sultan Ismail Petra pada tahun 1985. Pasar ini mempunyai empat tingkat dan ia dibina dengan berbentuk segi lapan. Para pengunjung boleh mencari pelbagai jenis makanan dan barang di setiap tingkat. Di tingkat bawah pasar ini lebih kepada makanan segar seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan banyak lagi. Bagi tingkat pertama, ia lebih kepada makanan kering dan masakan tradisional seperti 'Serunding', 'Nasi Kerabu', 'Laksam', 'Tahi Itik,' Tepung Pelita 'dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan di tingkat kedua dan ketiga. Perjalanan dari Hotel Bintang Indah ke Pasar Siti Khadijah akan mengambil masa selama 8 minit dengan menaiki kereta.

Pantai Cahaya Bulan -

Pantai Cahaya Bulan adalah destinasi yang wajib untuk dikunjungi semasa melakukan percutian di Kelantan. Ini adalah kerana pantai ini adalah pantai yang paling terkenal di kawasan Kelantan. Ramai penduduk tempatan dan pelancong asing yang melawat pantai ini pada hujung minggu dan cuti umum. Para pengunjung dapat melihat perairan biru yang jernih dan pemandangan laut yang indah di pantai ini. Selain itu, mereka juga boleh melakukan beberapa aktiviti seperti menerbangkan layang-layang, bermain bola tampar dan berjalan di sepanjang pantai. Terdapat juga beberapa kedai yang menjual barangan kraftangan, cenderamata dan seni reka. Para pengunjung boleh tawar-menawar dengan meminta harga yang berpatutan dari penjual untuk semua barangan di tempat ini. Selain itu, terdapat beberapa hotel dan resort telah dibina di tepi pantai ini. Para pengunjung boleh sampai ke Pantai Cahaya Bulan dengan mengambil masa 27 minit memandu.

Masjid Kampung Laut -

Masjid Kampung Laut terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Ia adalah masjid yang tertua di Malaysia. Masjid ini telah dibina oleh sekumpulan nelayan yang berasal dari Pattani, Jawa dan Brunei pada tahun 1400-an. Ketika itu, masjid ini digunakan sebagai tempat pertemuan bagi para Sultan dan pemimpin agama. Sekarang, Masjid Kampung Laut telah direka bentuk dalam gaya tradisional tempatan dan ia dibina bersesuaian dengan iklim tempatan seperti rumah tempatan di sekitar kawasan tersebut. Para pengunjung dapat melihat masjid ini direka bentuk dalam gaya seni bina yang sederhana dengan struktur empat tiang dan pokok kelapa kecil di bumbung. Untuk memasuki masjid ini, para pengunjung dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk menunjukkan penghormatan kepada agama Islam. Perjalanan dari Hotel Bintang Indah ke Masjid Kampung Laut akan mengambil masa selama 23 minit memandu.

Semua kemudahan dari Hotel Bintang Indah

Lain-lain Hotel Bintang Indah
Lain-lain

Perkhidmatan Hotel

  • Suratkhabar di lobi
  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Umum

  • Parkir

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Hotel Bintang Indah

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan adalah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Anda akan diminta untuk membayar caj berikut di hartanah. Yuran mungkin termasuk cukai yang berkenaan:

  • Deposit tunai: MYR 50.00 setiap penginapan
  • Cukai dikenakan oleh bandar: MYR 3.00 setiap penginapan, setiap malam

Kami telah memasukkan semua caj yang diberikan kepada kami oleh hartanah.

  • Caj tambahan bagi orang tambahan mungkin dikenakan dan berbeza-beza bergantung pada dasar hartanah
  • Pengenalan foto yang dikeluarkan oleh kerajaan dan deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk caj tambahan
  • Permintaan khas tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan mungkin dikenakan caj tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit

Untuk membuat pengaturan untuk daftar masuk, sila hubungi hartanah terlebih dahulu menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan. Tetamu mesti menghubungi hartanah terlebih dahulu untuk arahan daftar masuk. Kakitangan kaunter penerimaan tetamu akan menyambut tetamu semasa ketibaan di hartanah.

Hotel hanya menerima tetamu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Bilik tersedia di Hotel Bintang Indah
50
Fasilitas lain di Hotel Bintang Indah
Suratkhabar di lobi, Daftar masuk ekspres, Daftar keluar ekspres, Penyambut tetamu 24 jam, WiFi percuma

Soalan lazim tentang Hotel Bintang Indah

Apa facilities yang tersedia di Hotel Bintang Indah?
Berikut facilities yang ada di Hotel Bintang Indah seperti Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Bintang Indah?
Masa check-in di Hotel Bintang Indah bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Hotel Bintang Indah

7.5
Baik
Daripada 53 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

7.0

Keselesaan Bilik

7.2

Makanan

6.5

Lokasi

7.6

Perkhidmatan dan Kemudahan

7.4

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Hotel Bintang Indah

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
MOHAMAD H. B. M. H.
icon-origin-TRAVELOKA
4.8
/10
Diulas 116 minggu yang lalu
In the app it's said can check in 12 pm, the staff said only can check in at 2. So I have to pay extra rm40 to check in at 12.30 pm. They also gave me room that far from lift. The pillow also hard and the toilet was inconvenience.
4 orang mendapati ini membantu
Wan A. R.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.7
/10
Diulas 322 minggu yang lalu
Bilik ok cume tandas perlu di perbaiki lagi, overall oke.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Shamsul A.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 391 minggu yang lalu
Hotel yang terletak di pusat bandar, mudah untuk taman kerana mereka mempunyai ruang letak kereta sendiri. Bilik selesa dengan harga bajet. Kekuatan WiFi boleh diterima.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Ahmad F. B. O.
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 392 minggu yang lalu
Ia baik untuk perjalanan perniagaan dan bercuti pendek
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
la kl
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 392 minggu yang lalu
Bilik ok tetapi tidak memuaskan dengan reka bentuk tandas.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
la kl
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 392 minggu yang lalu
Pertimbangkan baik dengan rm80 ++ hanya jika dibandingkan dengan harga hotel yang sama.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Yusof Y.
icon-origin-TRAVELOKA
7.6
/10
Diulas 393 minggu yang lalu
Hotel baik untuk berehat dengan keluarga.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Nordiana N.
icon-origin-TRAVELOKA
6.5
/10
Diulas 398 minggu yang lalu
Hanya begitu. Baik untuk mereka yang melancong dengan pengangkutan sendiri kerana mereka mempunyai tempat letak kereta mereka sendiri. Aircond di dalam bilik adalah lurus di atas kepala anda. Tidak berapa bagus.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Shamsul S.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 402 minggu yang lalu
Memuaskan, cuma parking kereta tidak mencukupi.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Yuni izwan khairuddin
icon-Percutian Romantik
Percutian Romantik
icon-origin-TRAVELOKA
6.7
/10
Diulas 406 minggu yang lalu
Nilai yang baik untuk harga, memerlukan lebih banyak penambahbaikan
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Nasihah
icon-origin-TRAVELOKA
8.3
/10
Diulas 406 minggu yang lalu
Boleh tahan. Lokasi yang hebat dan mempunyai ruang letak kereta.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
wannss wannss
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
8.3
/10
Diulas 417 minggu yang lalu
Ada kemudahan lift & parking kereta.
1 orang mendapati ini membantu
Andy Ho
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 419 minggu yang lalu
tempat yang bagus untuk tinggal di kawasan bandar.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
MARDIARINI B. M. Z.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
5.5
/10
Diulas 419 minggu yang lalu
Bau bilik seperti water..must kumbahan menjadi dari tandas tetapi bau yang sangat busuk
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
MOHAMMAD F. B. A.
icon-origin-TRAVELOKA
8.4
/10
Diulas 424 minggu yang lalu
lokasi yang baik. disyorkan
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
emie f. a. b. h.
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
7.0
/10
Diulas 430 minggu yang lalu
Biasa saja. Permandangan tak menarik dr luar tingkap.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Syarifah L. S. M.
icon-origin-TRAVELOKA
7.0
/10
Diulas 430 minggu yang lalu
Kami tinggal untuk malam di hotel di sebuah bilik keluarga. Bilik itu baik dan kemudahan untuk sebuah hotel penarafan 3 bintang adalah semua ok.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Zetty Afzan
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.3
/10
Diulas 431 minggu yang lalu
lokasi yang baik. menyemak lancar dalam proses
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 Hotel Bintang Indah

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved