Terletak betul-betul di tengah-tengah pusat kulinari (Jalan Alor) di kawasan Bukit Bintang, Hotel Galaxy merupakan sebuah pilihan yang ideal bagi mereka yang sedang dalam percutian dengan bajet yang agak kurang. Menginap di Galaxy Hotel adalah suatu keputusan yang baik apabila anda melawat bandar raya Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan yang hebat. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang berkelana dan inginkan penginapan yang berpatutan, dengan suasana yang selesa pada masa yang sama. Hotel ini sesuai untuk anda yang menghargai privasi semasa penginapan. Secara keseluruhannya, menginap di Galaxy Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan keramahan staf yang akan membantu anda dalam apa jua perkara dan harganya yang sangat berpatutan.
Bagaimana untuk ke Hotel Galaxy
Jika anda mengambil penerbangan, tidak kira dari mana sahaja, pastikan anda mendarat di Kuala Lumpur atau Subang. Dari sana, naik teksi atau Grabcar untuk terus ke Hotel Galaxy. Anda boleh memulakan perjalanan dari KL Sentral atau stesen kereta api lain. Pastikan anda berhenti di mana-mana stesen pertukaran monorel. Kemudian, ambil monorel yang akan membawa anda terus ke Bukit Bintang. Hotel Galaxy hanyalah 280m dari stesen ini. Mengambil teksi/Grabcar merupakan satu cara yang paling mudah untuk sampai. Cara ini membolehkan anda untuk terus sampai ke hotel ini dari mana-mana sahaja.
Pilihan Bilik di Hotel Galaxy
Di Hotel Galaxy, terdapat enam jenis bilik untuk dipilih, bergantung kepada bajet dan bilangan kumpulan anda. Jika anda seorang yang berkelana, anda boleh memilih bilik tidur dengan katil bertingkat untuk 2 orang. Mempunyai kemudahan asas seperti penyaman udara, meja, televisyen serta bilik mandi peribadi, ia sangat berbaloi untuk membayar hanya RM 39.82! Terdapat juga bilik tidur yang boleh menampung 3 orang tetamu.
Jika anda inginkan bilik yang lebih besar, terdapat lebih banyak pilihan seperti bilik Double (standard), bilik Twin dan bilik Keluarga. Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk menjadikan penginapan anda selesa.
Restoran dan Kafe di Hotel Galaxy
Tiada restoran atau kafe yang terdapat di hotel ini. Walau bagaimanapun, deretan gerai makanan jalanan yang terkenal di Bukit Bintang, Jalan Alor hanya dalam jarak berjalan kaki dari sini. Terdapat banyak gerai-gerai yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa. Apa yang menarik ialah, kesemuanya dijual pada harga yang sangat berpatutan. Sekiranya anda ingin menikmati makanan mewah, berkunjunglah ke Jalan Bukit Bintang. Jalan ini dipenuhi dengan kebanyakan restoran Timur Tengah, Barat, tempatan serta restoran makanan segera. Bersiaplah untuk dihujani dengan pilihan!
Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Galaxy
Wi-Fi tersedia di kawasan awam di hotel ini untuk membantu anda berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Terdapat juga kawasan merokok dan kawasan bebas rokok. Ia amat berguna untuk mereka yang tidak tahan dengan asap rokok. Hotel ini menerima daftar masuk awal dan daftar keluar pada waktu yang lewat. Pemindahan ke lapangan terbang disediakan atas permintaan, tetapi ia akan dikenakan dengan bayaran tambahan. Terdapat juga pelbagai kemudahan berhampiran hotel seperti kedai serbaneka, salun rambut, bank dan pusat membeli-belah.
Tempat Menarik berhampiran Hotel Galaxy
Pavillion -
Menawarkan pilihan fesyen terbaik dan pusat untuk hiburan dan pelbagai jenis makanan, Pavillion adalah sebuah destinasi membeli-belah utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 2007 dan mempunyai tiga bahagian utama, iaitu pusat membeli-belah, blok pejabat dan dua menara kediaman. Ia dibina di atas tapak bekas Sekolah Perempuan Bukit Bintang, sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. Pavilion terdiri daripada lapan kawasan membeli-belah dan pelbagai butik-butik di jalanan. Penyewa terkenal termasuklah Hackett London, Sacoor Brothers, Fred Perry, Lacoste dan Longines. Pusat membeli-belah ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT/Monorail Bukit Bintang dari arah selatan atau stesen Monorel Raja Chulan dari arah utara.
Plaza Low Yat -
Plaza Low Yat dikenali sebagai gedung terbesar dan terbaik untuk produk dan perkhidmatan ICT. Plaza Low Yat dinobatkan sebagai "Pusat Gaya Hidup IT Terbesar Malaysia" oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2009. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan IT dari telefon mudah alih, fotografi, dan permainan komputer, alat pengkomputeran dan kerja-kerja pembaikan, setiap tingkat di plaza ini mempunyai pengkhususkan dalam sesuatu kumpulan produk IT. Segala-galanya yang mungkin anda perlukan berkaitan dengan telefon terdapat di tingkat pertama, manakala tingkat kedua, ketiga dan keempat Plaza Low Yat adalah berkaitan dengan komputer.
Jalan Alor -
Jalan Alor adalah salah satu jalan yang paling terkenal di Kuala Lumpur dengan gerai makanannya. Terletak tepat di belakang Jalan Bukit Bintang dan dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari Changkat Bukit Bintang, keadaan berubah apabila anda menjejakkan kaki ke jalan ini. Ia menempatkan banyak gerai penjaja dan restoran makanan laut. Pelbagai makanan yang dihidangkan sangat menggiurkan dan sebahagian daripadanya adalah yang terbaik (dan paling murah) di bandar ini.