Hotel Hamilas Shah Alam

Hotel
No.3, Jalan Singa "H" 20/H, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 43000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Hamilas Shah Alam terletak di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor. Ia terletak berhampiran dengan Teater Diraja Shah Alam dalam jarak 3.14 km. Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan tarikan pelancong lain di Selangor seperti Dataran Kemerdekaan Shah Alam kira-kira 3.21 km dan juga SACC Mall Shah Alam dalam jarak 3.22 km dari sini.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No.3, Jalan Singa "H" 20/H, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 43000
Lobi Hotel Hamilas Shah Alam
Luar Bangunan 2 Hotel Hamilas Shah Alam

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Hamilas Shah Alam

Hotel Hamilas Shah Alam terletak di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor. Ia terletak berhampiran dengan Teater Diraja Shah Alam dalam jarak 3.14 km. Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan tarikan pelancong lain di Selangor seperti Dataran Kemerdekaan Shah Alam kira-kira 3.21 km dan juga SACC Mall Shah Alam dalam jarak 3.22 km dari sini.

Bagaimana untuk ke Hotel Hamilas Shah Alam

Anda boleh datang ke Hotel Hamilas Shah Alam dengan mudah. Anda boleh memilih pelbagai pengangkutan awam untuk ke sini seperti bas, kapal terbang, kereta api ataupun anda boleh menaiki kenderaan anda sendiri.

Jika anda datang dari Johor Bahru misalnya, anda boleh menaiki bas dari Larkin Sentral ke Shah Alam, Selangor. Terdapat beberapa bas yang bergerak dari Johor Bahru ke Shah Alam. Perjalanan dari Larkin Sentral ke Shah Alam akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam bergantung kepada keadaan trafik ketika itu. Anda boleh pergi ke tempat ini dengan menaiki teksi atau kereta Grab.

Anda juga boleh datang ke Shah Alam dengan menaiki kapal terbang. Anda boleh memilih penerbangan pilihan anda untuk pergi ke sini seperti Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo Air. Jika anda datang dari Pulau Pinang, anda boleh menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang ke Lapangan Terbang Subang. Selalunya, penerbangan tersebut akan mengambil masa kira-kira 55 minit. Anda perlu menaiki teksi atau Grab dan akan tiba di tempat ini sekitar 30 hingga 40 minit kemudian

Di samping itu, anda juga boleh pergi ke Shah Alam dengan kereta api berkelajuan tinggi (ETS). Terdapat beberapa jenis koc yang anda boleh pilih dengan masa pilihan anda sendiri. Perjalanan anda akan mengambil selama 2 hingga 4 jam untuk tiba di Kuala Lumpur. Selepas itu, anda perlu mengambil kereta api lain untuk sampai ke tempat ini.

Bagi anda yang ingin memandu kenderaan anda sendiri, anda boleh mengikuti cadangan laluan dengan menggunakan Lebuhraya PLUS ke tempat ini. Anggaran masa untuk tiba kira-kira 4 jam bergantung kepada keadaan trafik.

Restoran dan Kafe di Hotel Hamilas Shah Alam

Tiada restoran dan kedai kopi disediakan di Hotel Hamilas Shah Alam. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan restoran dan kafe yang anda boleh temui terletak berdekatan dengan lokasi hotel ini.

Pilihan Bilik di Hotel Hamilas Shah Alam

Hotel Hamilas Shah Alam mempunyai beberapa jenis bilik iaitu Bilik Standard, Bilik Triple dan Bilik Keluarga. Kemudahan yang disediakan di bilik juga sentiasa dalam keadaan baik.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Hamilas Shah Alam

Terdapat banyak kemudahan disediakan di Hotel Hamilas Shah Alam dan sentiasa dalam keadaan terbaik. Tempat ini menyediakan bilik lengkap dengan penyaman udara, bilik keluarga dan bilik bebas merokok. Bilik juga sentiasa disediakan dalam keadaan bersih dan kemas. Semasa menunggu di kawasan rehat awam tempat ini, anda boleh menggunakan Wi-Fi untuk mendapatkan hiburan bagi mengelakkan anda berasa bosan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kakitangan 24 jam berbilang bahasa mereka sentiasa ada untuk membantu anda dalam apa-apa perkara yang berkaitan. Anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anda sepanjang berada di sini kerana mereka sentiasa mengawal keselamatan tempat ini selama 24 jam. Jika anda terlupa untuk membawa pakaian yang mencukupi ketika di sini, jangan bimbang, mereka ada menyediakan perkhidmatan dobi kepada anda. Anda juga boleh membeli apa-apa barang sekiranya anda terlupa membawa, di kedai-kedai dan pasaraya berhampiran tempat ini. Sekiranya anda memerlukan wang tambahan untuk melakukan beberapa bayaran tambahan, terdapat ATM tersedia di sini. Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri ke tempat ini, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta yang telah disediakan oleh pihak hotel.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Hamilas Shah Alam

SACC Mall Shah Alam -

Anda boleh pergi ke SACC Mall Shah Alam, yang terletak sekitar 3.22 km dari tempat ini. Sekiranya anda sukakan aktiviti membeli-belah, SACC Mall Shah Alam adalah salah satu tempat terbaik yang perlu anda pergi. Terdapat pelbagai kedai disediakan di sini, termasuklah kedai-kedai fesyen dan juga kedai-kedai optik. Selain aktiviti membeli-belah, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti acara perkahwinan, mesyuarat berskala besar ataupun sebarang acara yang memerlukan 30 hingga 3000 pengunjung pada satu-satu masa.

Teater Diraja Shah Alam -

Tempat menarik seterusnya yang boleh anda lawati ialah Teater Diraja Shah Alam. Teater ini menyediakan tempat alternatif untuk penerbitan teater tempatan selain auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pusat Sivik Petaling Jaya. Ia telah dibina berdasarkan konsep Melayu-Bugis. Fungsi utama teater ini adalah untuk menjadi sebuah pusat seni budaya dan seni persembahan dan tarikan pelancong terkenal di Selangor, terutamanya Shah Alam.

Dataran Kemerdekaan Shah Alam -

Anda juga boleh melawat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ia telah dibuka ketika penganjuran sambutan Hari Kemerdekaan ke-43 peringkat kebangsaan pada 31 Ogos 2000. Ia sangat sesuai untuk sebarang jenis aktiviti keluarga di sini. Jika anda membawa anak-anak anda bersama-sama di sini, sila pergi ke tempat ini dan lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengikat malah merapatkan hubungan anda dengan mereka.

Semua Kemudahan

Lobi Hotel Hamilas Shah Alam
Lobi
Luar Bangunan Hotel Hamilas Shah Alam
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel Hamilas Shah Alam
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Hotel Hamilas Shah Alam
Bilik Mandi dalam Bilik

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Kakitangan berbilang bahasa

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • WiFi di kawasan umum

Pengangkutan

  • Parkir terhad

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel Hamilas Shah Alam?
Berikut facilities yang ada di Hotel Hamilas Shah Alam seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Hamilas Shah Alam?
Masa check-in di Hotel Hamilas Shah Alam bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 136 ulasan tetamu yang disahkan
8.0
Menyenangkan
Hebat
18
Bagus
83
Memuaskan
6
Biasa
29
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
SE
Shinta E. M.
Backpacking
8.5
/ 10
25 Jun 2019
Hotel ini sangat mudah dicari di kawasan Shah Alam. Mudah untuk mencari makanan halal di sekitar kawasan itu. Bilik bersih. Bilik mandi dan kemudahan semuanya bersih. Resepsionis sangat mesra. Harga yang terjangkau juga.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Hotel Hamilas Shah Alam dari Shinta E. M.
Imej Ulasan untuk Hotel Hamilas Shah Alam 2 dari Shinta E. M.
Imej Ulasan untuk Hotel Hamilas Shah Alam 3 dari Shinta E. M.

Suka ulasan ini?

AA
Aminah A.
5.5
/ 10
30 Dec 2019
The accond sangat dahsyat .. Bunyi acct sangat keras dan mengganggu tidur kita .. Kemudian check in time 2 pm..but kita hanya boleh memasuki ruangan pada 3.30 pm
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Hotel Hamilas Shah Alam dari Syafiq N.

Suka ulasan ini?

SS
Syamimi S. R.
9.7
/ 10
20 May 2019
Bilik tu nice, berpatuttan dengan hrga yang murah. Tandas pon bersih, saya pergi berdua dengan adik saya untuk 3 hari 2 malam and kitorang memang pias hati dengan bilik tu. Hotel ni pon bagus sebab dia sediakan mesin air coway di setiap aras, jadi senang untuk kitorang amik air tengah-tengah malam.

Suka ulasan ini?

Nb
Norhairi b. N.
Perjalanan Perniagaan
9.4
/ 10
23 Apr 2019
Terbaik dari akak dan abg yang duduk di kaunter, bilik bersih dan selesa.

Suka ulasan ini?

nf
nur f.
Perjalanan Perubatan
9.4
/ 10
15 Feb 2019
Memuaskan dan selesa untuk menginap selama sehari dua.

Suka ulasan ini?

AA
Adham A.
9.1
/ 10
16 May 2019
Hotel bajet yang bersih, tak gatal-gatal pun tidur di sini.

Suka ulasan ini?

fr
fauziah r.
Perjalanan Perniagaan
8.8
/ 10
09 Nov 2018
Not bad, harga pom murah, bilik luas.

Suka ulasan ini?

MN
Muhammad N. B. M. n.
8.5
/ 10
01 Jul 2018
Bilik yang luas dan selesa. Perkhidmatan amat memuaskan.

Suka ulasan ini?

SB
Syafikah B. K.
5.1
/ 10
28 Oct 2019
Kurang memuaskan. Bilik sempit, toilet takda towel. Then pintu bermasalah, tak boleh detect access card.

Suka ulasan ini?

FS
Farah S. F.
9.7
/ 10
31 Mar 2019
Bagus dan selesa untuk tinggal bersama keluarga.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
4
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Hotel Hamilas Shah Alam

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved