Hotel Kenangan

Hotel
65, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Kenangan adalah sebuah hotel yang mengenakan kadar bilik yang murah, terletak di tengah-tengah Kuala Terengganu. Hotel Kenangan sangat sesuai untuk mereka yang mencari penginapan murah di tengah-tengah bandar. Hotel Kenangan terletak di salah satu deretan rumah kedai yang banyak menghadap jalan utama di tengah bandar. Lokasinya menjadikan Hotel Kenang sebagai salah satu tempat terbaik untuk tinggal di Kuala Terengganu; berhampiran dengan pejabat kerajaan negeri dan masih boleh berjalan kaki ke tepi pantai.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
65, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 20200
Lobi Hotel Kenangan
Luar Bangunan 2 Hotel Kenangan

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Kenangan

Hotel Kenangan adalah sebuah hotel yang mengenakan kadar bilik yang murah, terletak di tengah-tengah Kuala Terengganu. Hotel Kenangan sangat sesuai untuk mereka yang mencari penginapan murah di tengah-tengah bandar. Hotel Kenangan terletak di salah satu deretan rumah kedai yang banyak menghadap jalan utama di tengah bandar. Lokasinya menjadikan Hotel Kenang sebagai salah satu tempat terbaik untuk tinggal di Kuala Terengganu; berhampiran dengan pejabat kerajaan negeri dan masih boleh berjalan kaki ke tepi pantai.

Bagaimana untuk ke Hotel Kenangan

Kuala Terengganu kini sangat mudah diakses oleh beberapa jenis pengangkutan. Memandu adalah cara yang paling mudah walaupun mungkin akan sangat memenatkan memandakan untuk satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, ini akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk selesai. Perjalanan lima jam ini akan melalui Lebuhraya Karak dan juga Lebuhraya Pantai Timur yang kini disambungkan ke Kuala Terengganu. Dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur ke Hotel Kenangan, ia akan mengambil masa kira-kira lima belas minit sehingga setengah jam untuk sampai ke sana. Bagi mereka yang tidak ingin memandu untuk masa yang lama, naik lah bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Harga untuk satu tiket bas ke Terminal Bas Kuala Terengganu bermula dari RM 43 untuk satu perjalanan sehala dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh jam, bergantung kepada keadaan trafik. Terminal Bas Kuala Terengganu terletak di sebelah Hotel Kenangan, lebih kurang 250 meter sahaja. Cara paling cepat untuk pergi ke Kuala Terengganu pastinya dengan menggunakan penerbangan. Harga untuk satu tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur bermula dari serendah RM 92 semasa masa promosi. Jika tidak, secara puratanya, harga tiket penerbangan le Kuala Terengganu adalah kira-kira RM 150, satu arah. Lapangan Terbang Antarabangsa Terengganu ini terletak lebih kurang lima belas minit dari Hotel Kenangan. Terdapat banyak teksi di lapangan terbang yang bersedia membawa penumpang mereka ke mana-mana tempat di bandar. Teksi di lapangan terbang ini tidak menggunakan meter, sebaliknya, mereka menggunakan sistem kupon untuk mengira tambang. Tambang diberikan berdasarkan pada jarak dari lapangan terbang ke destinasi.

Pilihan Bilik di Hotel Kenangan

Hotel Kenangan hanya mempunyai tiga jenis bilik di hotel. Bilik paling murah di Hotel Kenangan ini adalah jenis Double Room, yang bermula dari RM 65 malam. Bilik Double mempunyai ruangan sebesar 12 meter per segi dan sebuah katil bersaiz Queen. Bilik Double sesuai untuk pasangan atau yang berjalan secara solo. Bagi sebuah keluarga kecil atau kumpulan bertiga, jenis bilik Triple adalah lebih sesuai. BIlik Triple ini bermula dari RM 75 malam dan di dalam ruang sebesar 18 meter persegi ini, terdapat sebuah katil bersaiz Double dan sebuah katil bersaiz Single. Bilik jenis Keluarga di sisi lain pula, walaupun mempunyai saiz bilik yang lebih kecil pada 15 meter persegi, mempunyai dua buah katil bersaiz Double. Bilik Keluarga ini boleh memuatkan empat orang untuk tidur dengan selesa dan hanya bermula dari RM 85 untuk satu malam. Beberapa buah bilik di Hotel Kenangan ini adalah bilik merokok, jadi beritahu ke meja depan jika mencari bilik bebas rokok.

Semua bilik di Hotel Kenangan mempunyai kemudahan dalam bilik asas yang sama seperti sebuah pendingin hawa, sebuah set televisyen dan juga sebuah meja tulis bersama dengan sebuah kerusi. Terdapat bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi dan air panas. Semua bilik di Hotel Kenangan ini juga dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma.

Harga untuk bilik ini termasuk perkhidmatan sarapan untuk dua orang. Setiap orang tambahan akan dikenakan bayaran RM 80 seorang untuk menikmati perkhidmatan sarapan pagi.

Restoran dan Kafe di Hotel Kenangan

Hotel Kenangan mempunyai sebuah restoran kecil di mana mereka melayani sarapan mereka untuk tetamu.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Kenangan

Walaupun hotel ini kecil dan murah, Hotel Kenangan mempunyai kemudahan yang cukup baik untuk menampung tetamu mereka. Hotel ini mempunyai kaunter penyambut tetamu dan pengawal keselamatan yang beroperasi 24 jam. Hotel ini juga mempunyai kemudahan perniagaan seperti sebuah pusat perniagaan dan kemudahan bilik mesyuarat. Kawasan umum di hotel dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma. Hotel ini juga mempunyai sebuah tempat letak kereta yang disediakan untuk tetamu tetapi untuk menggunakan perkhidmatan ini, bayaran tambahan akan dikenakan.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Kenangan

Terengganu Waterfront -

Hanya sepuluh minit berjalan kaki dari Hotel Kenangan, terdapat sebuah waterfront, sebuah taman yang menghadap ke muara Sungai Terengganu. Ia merupakan salah satu mercu tanda Kuala Terengganu yang baharu sahaja di bina. Terengganu Waterfront dibina dengan konsep taman yang indah yang menghadap muara Sungai Terengganu yang bertemu dengan Laut China Selatan. Terengganu Waterfront adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa, bersantai-santai dengan keluarga sambil menikmati pemandangan dan angin. Terengganu Waterfront juga mempunyai deretan kedai yang menjual makanan ringan tempatan sehinggalah butik-butik yang kecil.

Semua Kemudahan

Lobi Hotel Kenangan
Lobi
Luar Bangunan Hotel Kenangan
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel Kenangan
Bilik Tidur
Tempat Tarikan Berdekatan Hotel Kenangan
Tempat Tarikan Berdekatan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Pengangkutan

  • Parkir terhad
  • Parkir dengan surcaj

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah
  • Akses kerusi roda

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Kemudahan mesyuarat

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

Complete vaccinated depend what type of vaccine..

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel Kenangan?
Berikut facilities yang ada di Hotel Kenangan seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Kenangan?
Masa check-in di Hotel Kenangan bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 121 ulasan tetamu yang disahkan
7.4
Menyenangkan
Hebat
7
Bagus
59
Memuaskan
11
Biasa
44
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (1)
bilik luas (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
SA
Siti A. Y.
Percutian
6
/ 10
01 Oct 2022
Bagi saya, harga tidak sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Mungkin boleh kurangkan harga atau tukar katil baru.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MO
Michael O.
Perniagaan
6
/ 10
27 Jul 2022
Bersedia untuk membayar bayaran parkir tambahan sebanyak rm 12 kerana hotel tidak mempunyai tempat letak kereta sendiri seperti yang dinyatakan dalam aplikasi.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Hotel Kenangan

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved