Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu terletak di tengah Bandar Terengganu dan juga Sungai Terengganu. Ianya bersebelahan dengan Chinatown dan juga Pasar Payang. Para tetamu boleh menikmati keindahan pemandangan Sungai Terengganu dan Pulau Duyung yang boleh dilihat dari bilik penginapan. Hotel bertaraf 3 bintang ini juga terletak berhampiran dengan kebanyakan tarikan pelancongan utama seperti Chinatown, Pasar Payang, Pulau Duyung, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan serba moden dan perkhidmatan yang terbaik. Hotel ini mempunyai 4 kategori bilik sebagai pilihan kepada para tetamu dan setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas serta kemudahan tambahan bagi setiap kategori bilik. Selain itu, hotel ini juga turut menawarkan bilik khas untuk kemudahan para tetamu menganjurkan persidangan, mesyuarat atau lain-lain acara khas. Di bahagian makan pula, para tetamu boleh menikmati hidangan makanan di restoran utama yang terdapat di dalam hotel dengan suasana yang elegan.
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu boleh dihubungi dengan memandu, menaiki bas ataupun kapal terbang. Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu juga turut dihubungi dengan penerbangan antarabangsa dan tempatan. Lapangan terbang berhampiran dengan hotel adalah Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang berada hanya 11 km sahaja dari hotel. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi, grab atau bas untuk ke Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dengan anggaran masa perjalanan lebih kurang 21 minit. Sekiranya anda merancang untuk memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 ke 5 jam. Selain itu, Kuala Terengganu juga mempunyai jaringan perkhidmatan bas yang baik dari kebanyakan Bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur, anda boleh menaiki Ekspress Darul Iman, Kesatuan Ekspress atau Transnasional Ekspress terus ke Terminal Bas Kuala Terengganu. Dari terminal bas anda boleh menaiki teksi untuk ke Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 7 minit.
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu menawarkan ruang bilik yang luas dan selesa pada harga yang berpatutan kepada para tetamu. Hotel ini mempunyai sejumlah 135 buah bilik yang dihiasi serba moden untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu. Terdapat 4 kategori bilik yang ditawarkan kepada para tetamu iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Standard Twin dan Bilik Keluarga. Suasana segar yang serba menenangkan boleh dirasai di dalam setiap bilik yang terdapat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Kemudahan seperti bilik bebas merokok, alat penghawa dingin, peti ais mini, langsir malam dan telefon merupakan sebahagian daripada kemudahan yang boleh didapati di dalam setiap bilik penginapan.
Bilik Superior menampilkan bilik dengan hiasan serba moden dengan pemandangan bandar lengkap dengan 2 katil bujang. Bilik ini mempunyai keluasan 108 kaki persegi lengkap dengan kemudahan asas bilik seperti TV Satelit, telefon, pancuran mandian, almari baju, pembancuh kopi/teh, peti ais mini, dan banyak lagi.
Bilik Deluxe pula mempunyai keluasan 108 kaki persegi dengan pemandangan bandar. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil saiz permaisuri dan tilam serta bantal yang empuk. Bilik ini juga dilengkapi dengan tuala mandi, cermin, kelengkapan mandian, telefon, TV, perkhidmatan mengejut bangun tidur, bilik bercantum dan banyak lagi.
Bilik Standard Twin mempunyai hiasan serba moden dengan keluasan yang lebih iaitu 161 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bujang dan mempunyai pemandangan Bandar. Kemudahan di bilik termasuklah TV Satelit, almari baju, kemudahan seterika dan banyak lagi.
Bilik Keluarga pula menawarkan keselesaan dengan ruang yang lebih luas untuk para tetamunya. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil bujang dan 1 katil berkembar yang boleh memuatkan 4 orang tetamu. Bilik ini dilengkapi dengan pancuran mandian dan tab mandi, almari pakaian, TV Satelit, kawasan rehat dan banyak lagi.
Para tetamu boleh menikmati hidangan juadah makanan yang disediakan di restoran utama Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan. Restoran ini dihiasi dengan hiasan klasik yang mempunyai suasana kontemporari lengkap dengan pilihan makanan tempatan, Asian dan Barat sebagai pilihan kepada para tetamu. Restoran ini mempunyai pemandangan Sungai Terengganu yang mengasyikkan menjadikan ianya sebuah restoran yang sesuai untuk bersantai sambil menikmati makanan. Restoran ini memulakan operasi dari jam 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi untuk menu sarapan pagi dan diteruskan dengan menu makan tengahari dan makan malam. Perkhidmatan pesanan makanan di bilik juga turut disediakan untuk kemudahan para tetamu.
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu turut menawarkan para tetamu dengan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik. Para tetamu boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti kaunter hadapan 24 jam, kemudahan untuk golongan kurang upaya, wi-fi di kawasan awam, ruang meletak kenderaan dan juga perkhidmatan bilik. Hotel ini juga mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik antaranya seperti beristirehat di taman untuk memberi ruang kapada para tetamunya menenangkan fikiran selepas penat seharian . Lain-lain kemudahan yang turut ditawarkan termasuklah perkhidmatan menyimpan bagasi, peti keselamatan, ruang meletak kenderaan percuma, perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang, bankuet, dan keperluan mesyuarat serta kemudahan persidangan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu | 135 |
Bilangan tingkat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu | 2 |
Fasilitas lain di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu | Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari, Pesanan bilik, Peti keselamatan |