Imperial Riverbank Hotel Kuching

Hotel
Jalan Tunku Abdul Rahman, Bandaraya Kuching, Kuching, Sarawak, Malaysia, 93100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Bagi para pengunjung yang ingin bercuti di Kuching, tempat penginapan yang ideal untuk menginap ialah Imperial Riverbank Hotel Kuching. Hotel ini terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Para pengunjung dapat melancong ke banyak tempat tarikan pelancong dengan hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki. Di samping itu, hotel ini telah memberi kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di hotel ini. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Tambahan pula, semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga rapi. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik dan di kawasan awam. Terdapat juga sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan untuk para tetamu hotel.
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2020: Pengalaman Terbaik

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Bilik Bagus (1)
Lokasi Strategik (20)
Sarapan Sedap (5)
Staf Mesra (13)
9.7
/ 10
Onny H. B. B.
Amat memuaskan, bilik yang sangat bersih. Staff yang ramah dan mesra pelanggan.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Tunku Abdul Rahman, Bandaraya Kuching, Kuching, Sarawak, Malaysia, 93100

9

Lokasi Strategik
Lobi Imperial Riverbank Hotel Kuching
Lobi 2 Imperial Riverbank Hotel Kuching

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Imperial Riverbank Hotel Kuching

Bagi para pengunjung yang ingin bercuti di Kuching, tempat penginapan yang ideal untuk menginap ialah Imperial Riverbank Hotel Kuching. Hotel ini terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Para pengunjung dapat melancong ke banyak tempat tarikan pelancong dengan hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki. Di samping itu, hotel ini telah memberi kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di hotel ini. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Tambahan pula, semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga rapi. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik dan di kawasan awam. Terdapat juga sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan untuk para tetamu hotel.

Bagaimana untuk ke Imperial Riverbank Hotel Kuching

Satu-satunya cara untuk sampai ke Imperial Riverbank Hotel Kuching adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di lapangan terbang terdekat yang dipanggil Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terdapat dua penerbangan yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Harga tiket penerbangannya adalah antara RM 170 hingga RM 470. Walau bagaimanapun, harga tiket penerbangan dijangka lebih tinggi pada musim perayaan dan cuti umum. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kuching akan mengambil masa selama 1 jam dan 35 minit. Apabila para pengunjung telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, para pengunjung boleh memilih untuk mengambil teksi atau menyewa kereta untuk menuju ke hotel.

Pilihan Bilik di Imperial Riverbank Hotel Kuching

Imperial Riverbank Hotel Kuching telah menawarkan tiga jenis bilik kepada tetamu mereka. Harga bagi tiga bilik adalah antara RM 120 hingga RM 175. Antara bilik yang telah disediakan ialah are Standard King Room, Superior King Room dan Deluxe Twin Room. Bagi Standard King Room, ia mempunyai saiz sebesar 22 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, pembuat kopi atau teh, televisyen, peti keselamatan dalam bilik, langsir gelap, air botol percuma, peti sejuk, meja, surat khabar percuma dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut, air panas, peralatan mandian, jubah mandi dan bilik mandi peribadi. Walau bagaimanapun, bilik ini tidak mempunyai tingkap. Seterusnya ialah Superior King Room. Saiz bilik ini adalah 24 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil raja. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan penyaman udara, pembuat kopi atau teh, televisyen, peti keselamatan dalam bilik, langsir gelap, air botol percuma, peti sejuk, meja, surat khabar percuma dan kemudahan menyeterika. Untuk bilik mandi, ia adalah bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, air panas, pengering rambut, peralatan mandian dan jubah mandi. Bilik yang berikutnya ialah Deluxe Twin Room. Keluasan bilik ini adalah 27 meter persegi. Jenis katilnya ialah 2 katil single. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, pembuat kopi atau teh, televisyen, peti keselamatan dalam bilik, langsir gelap, air botol percuma, peti sejuk, meja, surat khabar percuma dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, air panas, peralatan mandian, jubah mandi, pengering rambut dan bilik mandi peribadi.

Restoran dan Kafe di Imperial Riverbank Hotel Kuching

Imperial Riverbank Hotel Kuching mempunyai sebuah kafe yang bernama Riverbank Café. Riverbank Café telah menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan. Para tetamu boleh menikmati hidangan a la carte yang lazat pada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kemudahan di Imperial Riverbank Hotel Kuching

Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang bagus telah disediakan oleh Imperial Riverbank Hotel Kuching. Antaranya adalah perkhidmatan bilik, Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat penyimpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa dan surat khabar di kawasan lobi. Selain itu, terdapat beberapa mesin ATM, salon kecantikan dan rambut, pasar raya dan beberapa kedai berhampiran dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Imperial Riverbank Hotel Kuching

Cat Monument -

Oleh kerana nama bandarnya dipanggil sebagai Kuching iaitu berasal dari haiwan kucing, terdapat beberapa patung kucing yang dapat dilihat oleh para pengunjung di bandar ini. Monumen ini telah dibina pada tahun 1990-an dan ia merupakan monumen kucing yang pertama di bandar Kuching. Cat Monument terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Monumen kucing akan dipakai dengan pakaian yang berlainan mengikut jenis perayaan di Malaysia. Para pengunjung dapat menemui Cat Monument yang terletak hanya berhampiran kompleks membeli-belah. Bagi para pengunjung yang dari Imperial Riverbank Hotel Kuching, perjalanannya akan mengambil masa selama 3 minit dengan berjalan kaki ke Cat Monument.

Upside Down House Kuching -

Terletak di Jalan Borneo, Upside Down House Kuching merupakan salah satu tarikan pelancong di Kuching. Tempat ini telah menerima ramai pengunjung yang datang dengan sekelompok keluarga, anak muda dan pelancong asing yang suka menangkap gambar. Apabila memasuki ke tempat ini, para pengunjung pelawat melihat bahawa semua hiasan dalaman, perabot dan bahagian lain seperti bilik tidur, tandas, dapur, bilik dobi dan pejabat rumah dalam keadaan terbalik. Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan makanan ringan di gerai makanan di kawasan resepsi tempat ini. Bagi bukan warganegara, yuran kemasukannya ialah RM 20 bagi seorang dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. Bagi orang Malaysia, tambang tiket ialah RM 15 untuk orang dewasa dan RM 10 untuk seorang kanak-kanak. Upside Down House Kuching dibuka pada setiap hari termasuk pada cuti umum. Waktu pembukaannya pada hari minggu adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 6 petang. Pada hujung minggu dan cuti umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 7 malam. Para pengunjung dapat sampai ke Upside Down House Kuching dengan mengambil masa 7 minit berjalan kaki dari Imperial Riverbank Hotel Kuching.

Top Spot Food Court -

Top Spot Food Court adalah tempat yang harus dikunjungi bagi mereka yang minat makan makanan laut. Ia adalah medan selera yang terletak di tempat letak kereta yang berperingkat. Tempat ini sentiasa menerima ramai pelanggan dari penduduk tempatan dan pelancong asing. Terdapat beberapa gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan. Para pengunjung boleh mendapatkan makanan laut segar seperti ketam, udang, ikan dan banyak lagi dari gerai-gerai di medan selera ini. Selain itu, harga bagi semua makanan di Top Spot Food Court sangat berpatutan. Para pelawat juga boleh mendapatkan jus kelapa segar yang dihidangkan dalam tempurung kelapa. Medan selera ini dibuka pada setiap hari dari pukul 5 petang hingga pukul 11 malam. Perjalanan dari Imperial Riverbank Hotel Kuching ke Top Spot Food Court hanya mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki.

Tua Pek Kong -

Tua Pek Kong adalah kuil orang Cina yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Waterfront. Ia adalah kuil Cina yang tertua di Kuching. Tua Pek Kong telah dibina sebelum abad ke-19 dan ia dibina untuk mendedikasikan Tua Pek Kong yang bermaksud “Grand Uncle”. Bangunan kuil ini mempunyai arca naga yang berwarna merah terang. Para pengunjung boleh melihat pelbagai jenis hiasan dan patung di dalam kuil ini. Terdapat juga beberapa ukiran dan lukisan di atas dinding, tiang dan gerbang. Kebiasaannya kuil digunakan untuk empat perayaan utama iaitu hari lahir Tua Pek Kong, hari lahir harimau Tua Pek Kong, Hari Kebangkitan Tua Pek Kong dan Festival Hantu Lapar. Para pengunjung dapat berpeluang untuk mengambil gambar yang hebat semasa melawat di dalam kuil ini. Tua Pek Kong terletak hanya 6 minit dengan berjalan kaki dari Imperial Riverbank Hotel Kuching.

Semua Kemudahan

Lobi Imperial Riverbank Hotel Kuching
Lobi
Perkhidmatan Hotel Imperial Riverbank Hotel Kuching
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Imperial Riverbank Hotel Kuching
Luar Bangunan
Bilik Tidur Imperial Riverbank Hotel Kuching
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Imperial Riverbank Hotel Kuching
Bilik Mandi dalam Bilik

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Pesanan bilik waktu terhad
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
  • Suratkhabar

Kemudahan Umum

  • Lif
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Jubah mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Restoran dengan penyaman udara
  • Sarapan
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Hidangan vegetarian

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Salun kecantikan
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.

Sarapan Tambahan

Penginapan mengenakan caj tambahan MYR 25.00/tetamu untuk sarapan tambahan.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Imperial Riverbank Hotel Kuching?
Berikut facilities yang ada di Imperial Riverbank Hotel Kuching seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Imperial Riverbank Hotel Kuching?
Masa check-in di Imperial Riverbank Hotel Kuching bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Imperial Riverbank Hotel Kuching menyediakan sarapan pagi?
Ya, Imperial Riverbank Hotel Kuching menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,071 ulasan tetamu yang disahkan
8.8
Mengagumkan
Hebat
458
Bagus
519
Memuaskan
25
Biasa
69
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik bagus (1)
lokasi strategik (20)
sarapan sedap (5)
staf mesra (13)
makanan sedap (2)
kemudahan bagus (1)
bilik bersih (8)
harga berpatutan (1)
Lihat Lebih 8
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Ade N. V.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
28 Apr 2023
Lokasi yang hebat dan mudah untuk satu sama lain kawasan.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching dari Ade N. V.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 2 dari Ade N. V.

2 menyukai ulasan ini

EMIE M. A. M.
Percutian
9.7
/ 10
20 May 2022
Sangat disyorkan kepada semua. Tempat ini tenang dan hanya berjalan kaki ke kawasan tepian air yang terkenal. Kami mendapat bilik di tingkat 11 dan liputan wifi/rangkaian cukup baik.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching dari Emie M. A. M.

3 menyukai ulasan ini

QN
Qaharuddin N.
Perubatan
8.5
/ 10
16 Dec 2023
Pemandangan dari biliknya sejuk, terus menghala ke Tugu Kuching
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching dari Qaharuddin N.

Suka ulasan ini?

Desy
Perubatan
9.4
/ 10
30 Jan 2024
Saya inep 3 hari, begitu sampai langsung kami ke samping hotel menikmati jajanan di sekitar river. Banyak restoran sekitar sini, dan samping hotel ada Seven eleven. Perlengkapan kamar lengkap, hanya saja untuk sikat gigi by request, tidak ada sendal kamar. Kaca buram sekali tidak nampak view luar. Handuk bersih. Kamar cukup besar. Petugas sangat ramah semua. Wifi sangat bagus. Kencang sekali
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 2 dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 3 dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 4 dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 5 dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 6 dari Desy N.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 7 dari Desy N.

Suka ulasan ini?

RY
Rita Y.
Percutian
9.4
/ 10
18 Jan 2024
Lokasi strategis, kamar, tempat tidur dan handuk bersih. Sangat menyenangkan menginap dihotel ini.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching dari Rita Y.
Imej Ulasan untuk Imperial Riverbank Hotel Kuching 2 dari Rita Y.

Suka ulasan ini?

Petrus M. G.
9.7
/ 10
10 Oct 2023
Hotel ini terletak di pusat bandar. Dekat dengan Kuching Waterfornt. Dekat dengan Jalan Padungan yang terdapat kedai-kedai makan. Semuanya baik dengan kemudahan yang bagus, cuma satu yang perlu diperbaiki ialah, pihak hotel harus menyediakan paip dan hos untuk tandas bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang membuang air besar. Setakat ini kemudahan tersebut memang tiada di tandas hotel.
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

HB
Horiah B.
Percutian
9.7
/ 10
16 Oct 2022
Terbaikkk...sangat berpuas hati..

Suka ulasan ini?

Petrus M. G.
9.7
/ 10
03 Oct 2022
Hotel ni terletak sangat strategik. Dekat dengan Kuching Waterfront. Juga dekat dengan Jalan Padungan yang memang terkenal dengan makan-makanan non halal yang sedap. Hari tu datang awal sebelum jam 2.00, kami dibenarkan check in pada masa tu juga. Mantap.

Suka ulasan ini?

TIONG J. J.
Percutian pendek
10
/ 10
03 May 2022
Luas, selesa dan bersih. Kakitangan sangat ramah dan baik. Lokasi strategik ke semua tempat tarikan pelancong dengan jarak berjalan kaki. Disyorkan 👍
Translated by Google Icon

2 menyukai ulasan ini

CA
CHAIR A. A.
Percutian pendek
9.7
/ 10
05 Dec 2023
Bilik sangat bersih dan kakitangan di kaunter sopan. Berbaloi untuk wang.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
5
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Imperial Riverbank Hotel Kuching

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved