Kajang Star Hotel

Hotel
No.15A,B,C Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, Kajang, Selangor, Malaysia, 43000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Kajang Star merupakan sebuah hotel bajet bertaraf dua bintang yang terletak di No. 15A,B,C Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, Kajang, Selangor, Malaysia, 43000. Hotel ini menjadi hotel kegemaran para tetamu yang melancong secara berkelana kerana kadar harga biliknya yang ditawarkan sungguh murah, iaitu serendah RM 52 semalam. Walaupun kadar harga biliknya murah, tetapi hotel ini mampu menyediakan penginapan yang selesa dengan kelengkapan dalam bilik yang cukup lengkap.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No.15A,B,C Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, Kajang, Selangor, Malaysia, 43000
Lobi Kajang Star Hotel
Lobi 2 Kajang Star Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Kajang Star Hotel

Hotel Kajang Star merupakan sebuah hotel bajet bertaraf dua bintang yang terletak di No. 15A,B,C Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, Kajang, Selangor, Malaysia, 43000. Hotel ini menjadi hotel kegemaran para tetamu yang melancong secara berkelana kerana kadar harga biliknya yang ditawarkan sungguh murah, iaitu serendah RM 52 semalam. Walaupun kadar harga biliknya murah, tetapi hotel ini mampu menyediakan penginapan yang selesa dengan kelengkapan dalam bilik yang cukup lengkap.

Bagaimana untuk ke Hotel Kajang Star

Jika anda bergerak dengan menggunakan kereta, bermula dari KL Sentral, anda harus memandu menuju ke arah Cheras / Kajang. Pandu terus dan ambil susur keluar ke Sungai Chua. Tiba di Sungai Chua, anda boleh mencari lokasi Taman Majlis Jaya. Hotel tersebut terletak betul-betul di Taman Majlis Jaya. Manakala, jika anda bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam. Anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan teksi terus dari Kl Sentral ke Hotel Kajang Star atau pun menggunakan kereta api. Jika anda menggunakan kereta api. Dari KL Sentral, anda dikehendaki membeli tiket MRT dan berjalan ke Stesen Merdeka melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Laluan tersebut menghubungkan KL Sentral ke Stesen Merdeka. Naik kereta api di stesen tersebut terus ke Kajang. Anda hendaklah turun di Stesen Kajang. Daripada stesen kereta api tersebut, ambil teksi untuk membawa anda ke Taman Majlis Jaya, Sungai Chua. Perjalanan dengan teksi tersebut akan mengambil masa kira-kira 10 minit.

Pilihan Bilik di Hotel Kajang Star

Pilihan bilik yang disediakan hanyalah Standard Double Room. Jumlah maksima tetamu untuk setiap bilik adalah dua orang. Oleh itu, hotel ini sesuai hanya untuk pengembara yang berkelana dan tidak sesuai untuk tetamu yang datang menginap dengan keluarga yang besar. Jika anda datang dengan keluarga, anda boleh memilih untuk tempah lebih dari satu buah bilik.

Restoran dan Kafe di Hotel Kajang Star

Hotel bajet ini tidak dilengkapi dengan restoran mahupun kafe sendiri oleh kerana ruang bangunannya tidaklah begitu besar. Walaupun begitu, terdapat banyak restoran-restoran atau kafe-kafe di kawasan sekitarnya. Terdapat pelbagai pilihan makanan di restoran-restoran tersebut. Anda boleh tujui dengan menggunakan teksi mahupun berjalan kaki ke restoran-restoran yang berdekatan.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Kajang Star

Walaupun kadar harga yang dikenakan begitu murah, Hotel Kajang Star mampu menyediakan kelengkapan dalam bilik seperti pendingin hawa, alat mandian, televisyen, kelengkapan membuat teh atau kopi, bilik air persendirian dan tuala. Selain itu, hotel ini juga mampu menyediakan Wi-Fi mudah diakses yang menjadi keperluan para tetamu. Meja penyambut tetamu turut dibuka 24 jam, oleh itu anda tidak perlu risau jika anda sampai ke hotel pada lewat malam sekalipun, anda masih boleh tempah bilik dan daftar masuk. Jika anda mempunyai kereta, kawasan parking kereta tetamu turut disediakan. Keselamatan dan keselesaan tetamu menjadi keutamaan Hotel Kajang Star.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Kajang Star

Sate Kajang Haji Samuri -

Jika anda ke Kajang, tidak sah lah kalau anda tak singgah untuk mencuba sate di sebuah restoran terkenal Sate Kajang Haji Samuri. Jangan risau jika anda bergerak hanya dengan menggunakan pengangkutan awam kereta, stesen kereta api MRT Stadium Kajang terletak betul-betul bersebelahan restoran ini.

Stadium Kajang -

Stadium Kajang merupakan sebuah stadium mini terbuka. Stadium ini menjadi pusat tumpuan para penduduk Kajang untuk beriadah bersama keluarga pada waktu petang mahupun malam. Pada sebelah malam, semakin ramai yang mengunjungi stadium ini kerana tarikan kereta sewa berlampu, basikal berlampu dan beberapa lagi yang sesuai dan menarik minat orang dewasa tambahan lagi kanak-kanak. Kadar sewa kereta berlampu ini adalah RM30 untuk beberapa kali pusingan padang. Pada sebelah petang pula lebih digunakan bagi aktiviti perlawanan persahabatan bola sepak antara kumpulan-kumpulan penduduk Kajang.

Universiti Kebangsaan Malaysia -

Univerisiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM merupakan salah sebuah universiti awam yang berprestij di Malaysia dan di Asia Tenggara. UKM merupakan salah satu daripada lima buah universiti penyelidikan di Malaysia. Pada tahun 2014, UKM dinobatkan sebagai universiti ke-259 terbaik dunia oleh QS World University. UKM merupakan antara universiti yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan ramai pelajar-pelajar dibangku sekolah bercita-cita untuk belajar di sini.

Kelab Golf Impian -

Kelab Golf Impian merupakan antara kelab golf yang dikendalikan oleh Sime Darby Hospitality. Berkeluasan 142 ekar, kelab golf ini menyajikan para pemain dengan keindahan alam semulajadi kehijauan dan diserikan lagi dengan sebuah tasik buatan di tengah-tengah padang golf. Permukaan padangnya yang agak berbukit bukau membuatkan pengalaman bermain golf lebih mencabar dan menyeronokkan. Selain itu, sementara anda bermain golf, anak-anak anda boleh bersantai dan berenang di kolam renang ataupun menghabiskan masa bermain snuker di bilik yang disediakan. Kadar kemasukkan boleh dirujuk di meja penyambut tetamu. Tambahan lagi, kelab golf tidak akan sempurna jika tiada restoran dan kafe. Hidangan makanan yang disediakan oleh restoran ini tidak kurangnya hebat. Anda boleh mencuba sajian makanan di restoran tersebut setelah penat bermain golf.

Semua Kemudahan

Lobi Kajang Star Hotel
Lobi
Luar Bangunan Kajang Star Hotel
Luar Bangunan
Bilik Tidur Kajang Star Hotel
Bilik Tidur

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • TV
  • Pancuran mandi

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Kajang Star Hotel?
Berikut facilities yang ada di Kajang Star Hotel seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Kajang Star Hotel?
Masa check-in di Kajang Star Hotel bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 49 ulasan tetamu yang disahkan
7.0
Bagus
Hebat
3
Bagus
19
Memuaskan
8
Biasa
19
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bantal tidak selesa (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MA
Mila A. W. I. S.
9.7
/ 10
17 Mar 2023
Bilik bersih, harga murah, restoran berhampiran.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

K
Kusrifandi
9.7
/ 10
25 Jan 2023
Selesa, kat luar ada swimming pool.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

K
Kusrifandi
6.1
/ 10
20 Jan 2023
Pelayanan tidak baik. Pokoknya pelayanan sangat tidak bagus. Pertama cover hotel saya ditolak.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Kajang Star Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved